"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 11 February 2010

Semoga diberkati....


Sudah sampai masanya aku mengikuti jejak langkan Dato' CT Nurhaliza dan Rozita Che Wan untuk pergi menjejakkan kaki ke tanah suci. hehhehhe. OK itu intro jer.


InsyaAllah, dengan izinNya aku akan pergi menunaikan umrah pada 15 Februari ni. Sepatutnya aku pergi 25/12 hari tu. Tapi ada problem visa la apalah, so terpaksalah ditunda hinggalah ke minggu ni. Ni pun tak tau lagi samada ditunaikan niat aku tu. Iyerlah... kekadang kalau kita belum bersedia, Allah tak perkenankan hajat kita untuk jadi tetamuNya di Tanah Haram. Perkembangan setakat ni, Visa dah approved, flight ticket pun dah confirmed. Harap2 tak de last minute cancellation.

OK bersempena dengan kepergian aku ni, aku mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada kawan kawan diluar sana diatas semua salah silap aku tak kiralah dalam apa segi sekalipun, samada deraan mental ataupun fizikal. Kalau ada yang aku berhutang tu bagitau, kalau baik hati halalkan la ;D.

Semoga kepergian ini menjadi suatu titik permulaan untuk aku untuk menjadi muslimah yg lebih sempurna. Semoga lepas balik ni aku menjadi orang yg lebih sabar, kurang meroyan dan merempan-rempan, kurang bergossip, jadi anak/menantu yg lebih baik dan seterusnya.

Untuk rakan-rakan diluar sana, jika ada kesempatan dan diberi ruang, InsyaAllah akan aku doakan kesejahteraan korang semua. Untuk rakan2 yg sama2 membuat PhD. akan aku doakan supaya urusan research kita dipermudahkan dan amanat untuk membawa pulang PhD. dapat dilaksanakan. InsyaAllah.

Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang yer kawan2. Sampaikan juga salam aku kepada semua yg mengenali diri ini (wow.. ayat jiwang)

Untuk memastikan fokus ibadah aku tidak tersasar, aku akan meng 'offline'kan diri aku selama 2 minggu. No emailing, no blogging, no facebooking dan apa2 saja yg seangkatan dengannya.

Semoga kita ketemu lagi. Insya Allah

6 comments:

Neny said...

wah, bestnya nak pegi buat umrah. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.

zafwah said...

alhamdulillah dpt peluang jejak kaki kat sana..minta2 aku pun ade rezeki ke sana gak satu hari nnt..anyway..smg selamat sumenyer..doakan aku skli kak ek leh balik mesia cpt.. ;)

areT said...

Dal...selamat pergi dan balik...

kak cahaya said...

hahaha....(yg ni tuk n3 dibawah)..tertinggal gerabak daa...)
wat pe dengar ckp derang...bkn derang yg nak dok umah ko......huhu
memasing kan ada citarasa memasing..kalo dah sume suka satu bende...takyah ler penat2 nak pk...copy paste je style rumah

(utk n3 ni)
semoga sama2lah kita berazam menjadi muslimah sejati...(aku terasa sbb baru lps baca blog ummu husna) pasal aurat wanita..rupany2 masih byk lagi yg perlu diperbaki....
semoga lepas ni dapat g Haji plak...

mama2D said...

alhamdulliah..semoga hajat ko dal utk mengerjakan umrah tercapai..aku doakan ko selamat segalanya..dan doakan juga kwn2 mu yang masih berjuang ini..take care :)

teratakmuslaily said...

Insya Allah, semoga semua urusan dipermudahkan... Doakan kami akan turut mengikut jejak langkah korang pulak yea...