Happy birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday, Happy Birthday! Happy Birthday to me!
lagi 3 hari nak capai umur 31 dah. Isk..isk... dah tua. Tapi bila ditengok-tengok, pencapaian dalam hidup terlalu la sedikit dan tidak membanggakan. Sayugia itu aku berazam sempena tahun baru ni untuk berubah dalam semua segi. InsyaAllah
Tahun ni birthday dinner kat Restoran Berputar Menara KL ...besh... tolong pergi ye kawan kawan kalau berkesempatan. Recomended. Two thumbs up. Makanannya adalah super delicious. Tak tipu.
Memandangkan sejak balik Malaysia ni aku kehulu ke hilir meeting/kursus/seminar kat hotel 5 star (terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan UKM) makanya review yg aku buat adalah reliable. Daripada korang spend makan dinner buffet kat hotel restaurant baik korang makan kat KL tower ni. Harga pun tak banyak beza. Pemandanganya pulak... subhanallah cantik sangat pada waktu malam.
So, being me and Midon yang akan sahaja mengoptimumkan bayaran yg telah dilakukan... kitorang sampai dari pukul 6.30 petang lagik. Makan starter + dessert. Pastu pukul 7.30 turun solat. Habis solat bersantai santai kat observation deck sekejap. Pastu pukul 8.30 masuk balik sambung makan sampaila pukul 10.30 malam. Berbaloi baloi.