"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday, 1 July 2009

kepanasan



Dekat UK sekarang tengah peak summer. Panas sungguh... rasa macam nak pitam. Tekak haus toksah nak cakap la. Kalau jumpa cendol mamak boleh sujud syukur dibuatnya.



Aku rasa semua tempat panas kot. Kat FB stats tu tak kira di mana juer semua orang mesti buat statement kepanasan. Mungkin inilah yg dinamakan global warming. Tapi ingin aku tekan kan disini ye kawan kawan yang bahawasanya neraka jahanam itu adalah beribu kali lebih panas. Oleh itu aku menyeru, bagi sesiapa yg rasa ada banyak dosa itu bolehla mengambil kesempatan ini untuk berlatih.... hahahahaha (OK... lawak macam bangsat. Maafkan aku kawan2, sebenarnya emosi aku belum berapa stabil).

OK la korang.... aku nak sambung menangis. Babai.

p/s: usah risau dangan status psikologi aku. Masalah biasa untuk seorang pelajar PhD yg tak habis habis belajar.... kata pun Permanent Head Damage.

haa... lagi satu nak bagitau memandangkan blog aku ni dah jadi blog private, makanya new entry tak akan di update dekat blog list/link korang. Aku pun tak tau kenapa. Mmg sistemnya macam tu kot. So link tu akan sentiasa appear sebagai 'Tak tumbuh tak melata' meskipun aku ada new entry. Sekian.

17 comments:

Anonymous said...

idak le, kat akunya ko punya entry post baru je update.. by the way, bertahan sis, ada hikmahnya.. aku doakan serba terbaik untuk kau.. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...

aah.. kat my bloglist baek jer dia update..

kucingorengemok said...

pagi tadi kl hujan... heheh

eyda said...

sungguh seram lawak bangsat hari panas ittew....tapi tergelak gak bace..muahahaha...bawak2 bersabo yek ngan cuace..g le duk tempat aircond selalu..hehe

Ms.Lilies said...

errkkkk...lawak anda dikategorikan sebagai ngeri....insaf sekejap hehehe

areT said...

panas2 kau dal..panas lagi hati aku yg tgh packing barang sorang2 nih T_T

dari~ummie said...

kak dal..semoga sukses selalu..
moga semuanya dipermudahkan.. ^^

Neny said...

so far kat sini xde la panas sgt. Tp x tau kalau sikit lg panas melamapu. Bulan posa x lama lg...aku x tau ler cemana posa dr kul 2 pg sampai 10 mlm in summer.

teratakmuslaily said...

ok per dal, ada ni latest entry kat blog akak... ala kengkadang mmg cenggitu dal, dia lmbt sket walaupun tak private...

kat sini dah mula nak musim hujan agaknya.. dah 2,3 hari ni asyik ujan jer... seb baik ptg nie dah nampak mentari so akak nak calooooooo gi senamrobik...

sabo bebanyak ye dal.. menangislah jika itu yg boleh menghilangkan head mu yg damage... asal jgn hilang pala udah ler yea.. hehee.. gelak sket sket buley kan dal..

tik said...

heheh dal..aku pung sama jgk.. emosi tak pernah stabil.. (bab nangis tak pyh cakap la). tuh la org ckp buat phd nih.. Permanent Head Damage. Habis belaja karang.. biol jea otak... anyway, good luck to you. Semoga Allah permudahkan urusan ko dan aku serta kawan-kawan yg lain :)

kak cahaya said...

dia ada update la da..tp baru entry ni jek..entry tention tu dia tak update..

byk2 bersabo la dal...bertahun2 ko bersabor..tinggal sket ni jek...tabahkan hatimu....

-dal- said...

Thanks korang di atas segala kata kata hikmah?

BTW... sebenarnya tajuk entry update kat link blog korang sebab aku cuba buat eksperimen.

Aku un-privatekan satu malam.. that's way dia update.

Tajuk before ni tak update.

tak pe nanti aku cuba try test lagi sekali

-dal- said...

tanda ? tu sebenarnya nak buat :). Typo error :B

noor said...

cayyok... cayyok... teruskan usaha... sket je lagi... insya-Allah setiap usaha yg dibuat, setiap air mata yg keluar, setiap keringat yg mengalir (sbb panaskan :-) ) bila diniatkan tujuan mencari ilmu ni kerana Allah, utk mendapatkan keredhaanNya, moga2 kita lebih hampir dan iman kita bertambah... ianya akan dikira sebagai ibadah. Selain drp ianya membentuk satu jiwa yg kental dan mengukuhkan keyakinan kita yang bertambah dgn Allah sebagai Maha segala Maha... dan betapa kerdilnya kita utk mendalami setitis daripada ilmuNya... kuatkan semgt. Insya-Allah hasil kesudahannya amat manis sekali... didoakan agar dal berjaya.

. said...

lupa nak tanya.. brapa degree kat UK skang ni?

-dal- said...

K. noor --> thanks byk2 atas kata2 semangat. InsyaAllah akan saya sematkan dalam hati.

Ita --> tak pasti la plak berapa degree. Tapi panas la jugak. BTW, 2-3 hari ni hujan turun. Alhamdulillah