
Aku pun tak tau kenapa aku suka sgt tengok ceriter
FRIENDS..... dah kira macam perkara wajib dalam hidup aku...dalam satu hari at least aku mesti tengok satu episod ... pas tu tergelak-gelak tak hingat ngan lawak diorang.. padahal aku dah tengok lebih 10 kali. Kat UK ni hari-hari diorang ulang Friends series via E4 channel pukul 5 ptg...dulu-dulu aku selalu miss sebab time tu aku kat school. Oleh kerana hubby aku rasa mood aku akan bertambah baik kalau tengok Friends ...so dia pun hadiah kan aku The whole season (1-10) of
FRIENDS series masa birthday aku tahun 2005 ...so aku tak akan miss lagi..thanks hubby ...
Suatu ketika dulu aktiviti terapi minda aku adalah shopping, makan-makan & tengok wayang/tv. Sebab tu lah duit aku tak pernah cukup rasanya. Kalau balance duit ada lagi RM 100 masa the next gaji masuk tuh dah kira bagus sangat la.
Lately aku rasa dah tak de perasaan nak shopping, kalau pegi city tu baru sejam dua aku dah tak larat. Ingat dulu-dulu, setakat Mid Valley & Suria KLCC tu, dr mula bukak sampailer ke tutup gagah jer aku shopping.
Kenapa ye?... terasa aku ni semakin tua…dah tak interest kat aktiviti org muda remaja . Well salah satu sebabnyer mungkin dah tak der benda aku nak shopping, dulu-dulu preference aku memang shopping baju...tapi since dah kawen ni banyak sgt rules mengenai fashion yg hubby aku tetapkan... mesti tutup punggung, no three quater lengan baju, baju kena longgar, no jarang-jarang + + + +. Dah tu kat UK ni bukan senang nak cari yg menepati kriteria tuh... so aku pakai jerlah baju apa yg ada.
Aktivity makan-makan plak... emm kat sini nak cari kedai halal selain Pakistan bukan senang, dah dekat 4 tahun aku dok kat UK, rasa dah tak lalu tekak aku nak makan pizza, kebab, burger pakistan nih. Kalau ada choice puin pegi makan kat restoran vegetarian ... tapi tekak aku selalu loya mengenangkan kuali periuk yg diorang gunakan ... oleh kerana aku was was... aku memilih tak makan di restoran yg at the same time serve b*b* dan menu yg seangkatan dengan nyer. Last-last aku cuma ada satu choice.. kalau nak makan sedap aku kena la masak sendiri, tapi tak kuasa la plak aku, tak pelah biarlah aku save tekak aku untuk makan kat Malaysia nanti.
Aktiviti tengok TV + movie plak.... berjalan seperti biasa. Nasib baik kat UK ni ada semua series yg best-best...so aku layan jer semua CSI, Prison Break, Desperate Housewives, Ugly Betty, Smallville, The O.C., Greys Anatomy, E.R., 24, Alias, Lost, American/Britain Next Top Model ++++..sampaikan laki aku kata kalau ada exam pasal series TV mesti aku lulus dgn cemerlang punyalah. Movie plak ...memang aku akan allocate masa aku utk tgk wayang 2-3 kali sebulan untuk cerita yg best-best, cerita yg kurang best pun aku tgk jugak, dowload kat internet jer lah... kenkadang tu aku rasa aku ni patutnya jadi wartawan hiburan jer (the same thing should goes to Atie and Nor :) am I right??) ... chemistry is not my passion..hehheeheh