"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday, 17 June 2008

Becky Bloomwood yang sengal.....

Shopaholic sequel yg menceriakan hari-hariku...

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Friday, 13 June 2008

Terima Kasih yang amat

Hari ni Delegasi dari UKM datang melawat Nottingham University sebab ada meeting regarding to research collaboration between the university.

So terlanjur ber ‘meeting’ mereka pun berhajat nak berjumpa dgn staff UKM yg further study kat Notts. Salah sorang nya tentulah aku

Dari pagi lagi perut aku dah kecut, macam-macam perasaan ada … berdebar-debar, takut sedih sampai nak nangis pun ada. Yelah, tahun ni kan dah masuk tahun kelima aku buat PhD. Aku takut jer kena hentam dengan Dekan dan staff unit latihan. Segala macam doalah aku baca sebelum bertolak dari rumah.


Aku sampai kat bilik A13(Trent Building) dalam pukull 11.00 pagi. Kami diminta berjumpa dengan wakil Unit Latihan dulu iaitu Puan Normah Adam (Penolong Pendaftar). It turns out Puan Normah Adam ni punyalah baik dan tersangatlah memahami masalah yg kami hadapi. Siap puji baju aku cantik lagik..hihihihih.

Dah lepas hampir sejam baru kami pun dibenarkan jumpa dengan wakil Fakulti masing. So wakil FST adalah Dekan Prof. Aminah dan Timbalan Dekan Prof. Musa. Prof. Musa ni dulu supervisor aku masa buat Master. Prof. Aminah pulak tak pernah ajar aku.. tapi masa aku dah kerja kat UKM dulu aku selalu jugak borak-borak ngan dia.

Photobucket
Inilah Prof. Aminah yg baik hati

Photobucket

Ini pulak Prof. Musa yg banyak berbudi

Jumpa-jumpa aku jer.. Prof. Aminah terus peluk aku sambil menangis .. yelah dah 4 tahun lebih tak jumpa kan. Aku yg dari muka pucat2 terus tergamam lantas menangis hihiih. Tak sangka rupanya diorang tak marah ngan aku. Siap tak kasi aku explain lagi kenapa aku extend sebab diorang kata diorang faham. Sangat terharu hoccay!


Rasa nak menagis bila diorang tanya aku cukup makan pakai ke tidak .. terasa diri aku yg tak berapa pandai ni dihargai. Lepas tu biasalah sessi memberi kata semangat dan doa untuk aku. Sangat sentimental.

Sebagai penutup kepada entry aku ni.. Aku nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada Prof. Aminah, Prof. Musa dan juga Pn. Normah Adam sebab sangat memahami situasi aku dan juga sangat2 mengambil berat. Tak terbalas budi tu rasanya.

Ermmm.. sekarang ni aku tengah terfikir2 apa nak belikan diorang sebagai sourvenir masa balik Malaysia nanti. Itu jerlah yg aku mampu.




Wednesday, 11 June 2008

Makan Bola, Minum Bola, Tidur Bola...

Photobucket


EURO 2008 dah mula dah hari Sabtu yg lepas. Hari hari ada match..huhuuhh. Yang bestnya kat UK ni buleh tengok bola live tanpa perlu bangun pagi-pagi buta macam kat Malaysia.

Hakikatnya aku ngan Midon adalah penyokong tegar team England.
Sangat patriotik hoccay!!!
Tapi memandang tahun ni England tak dapat masuk final round terpaksalah aku sokong team lain.

So, fauvorite team aku pada tahun ni jatuh kepada

Photobucket
PORTUGAL!!!!!

dan

Photobucket
GERMAN!!!

Saturday, 7 June 2008

Good Luck Malaysian....

Harga minyak naik lagik... tak lama lagi mesti harga beras, tepung, gula, ayam pun naik jua.

So, pandai-pandailah korang UBAH GAYA HIDUP bak kata Pak Lah...

contohnya cuba try test makan ubi kayu hari-hari, minum air kosong, malam pakai lilin, pastu pegi kerja pakai kain batik ngan baju t-shirt MSSD (ala yg biasa dapat free kalau ada sukan tu)... pasti sumer org buleh survive.

Nasib baik aku tak jual lagi keter Kancil aku. Nanti balik Malaysia aku pakai Kancil jer lah nampaknya. JFU 969..wait for me.

Thursday, 29 May 2008

Ada untukmu

Love this song very-very much... go! go! Nubhan go

Wednesday, 28 May 2008

yuuhuuu everybody....

tersangatlah lamanya since entry aku yg terakhir... entah kenapa aku tak der mood nak menulis blog. Mulai hari ni aku berazam nak sambung balik menulis blog.. at least satu entry satu minggu... macam skema la plak.

Actually banyak benda yg berlaku dalam sebulan lebih aku tak menulis blog nih. itulah..inilah... nanti kalau aku rajin aku cerita la sesikit.

So, sempena aku buat come back ni, entry pertama aku ni bersifat ala2 ustazah. Entah kenapa hari ni..tetiba hati aku rasa tersentuh dgn email yg diforwardkan oleh rakan HELWA kat Notts ni

Quran Menjawab Rungutan Manusia

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Oleh itu kawan2...marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..sekian

Sunday, 27 April 2008

Blog aku dah bersawang...

I am extremely busy recently. Tengok TV pun tak sempat huwaaa. Diari AF pun tak tengok. Desperate Housewives marathon pun terpaksa dihentikan buat seketika.

Ini menunjukkan betapa busynya aku hihihihi. Dal.. kalau tak tengok TV bukan Dal namanya...

Takper mungkin sehari dua lagi akan ku update blog aku.