"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday, 17 March 2010

good news

Sebenarnya, kalau ikutkan, aku nak tunggu lagi 2-3 minggu baru nak announce. Tapi, memandangkan aku ni berlakikan insan yang bernama MIDON, makanya, tak sampai 24 jam, berita aku disahkan pregnant telah tersebar ke seantero dunia. Tapi tak pelah, aku malas nak hangin ngan laki aku yg sentiasa over excited ittewww.


so..... Alhamdulillah. Setelah hampir 6 tahun berkahwin akhirnya dah sampai rezeki kami untuk menimang cahaya mata.

Apa perasaan aku????

First impression ---> blur

2nd impression ----> gembira sebab tak payah belikan belikan hadiah birthday midon + wedding annivessary. Mengandung ni kira hadiah la tu. OK... aku memang keji.

3rd impression -----> blur semula

4th impression -----> mula berfikiran negatif

1. Alamak!!! tak laratnya nk melalui fasa morning sickness
2. Alamak!!!! lepas ni mesti tak boleh tidur lena
3. Alamak!!!! lepas ni mesti makan tak puas
4. Alamak!!! mesti lepas ni tak boleh ternganga nganga concentrate tengok movie. Sekejap2 mesti dengar bunyi baby nangis
5. Alamak!!!! mesti sessi gossip aku akan terganggu. Just imagine tengah naik syeh bergossip tetiba anak ajak pegi toilet. Anti klimaks betul

Opppsss... jgn silap sangka, bukan aku tak bersyukur. Cuma dah lama sgt hidup berdua. Dah get used bak kata omputih. This is a new phase in my life. I really need a time to digest everything.


and finally....

5th impression

I'am truly happy. Alhamdulillah.

1. suka sebab sesungguhnya aku di beri peluang untuk naik ke satu peringkat lagi dalam hidup aku iaitu menjadi seorang ibu.
2. Suka sebab boleh kumpul lagi byk pahala. Banyak wooo pahala jadi ibu. (keji lagi sket, macam tak ikhlas)
3. Suka sebab dapat mengandungkan zuriat kami, darah daging sendiri
4. Suka sebab boleh bukak Quinny Buzz
5. Suka sebab boleh bukak kotak baju baby, toys, bla bla bla... hasil peng 'car boot 'an sepanjang kat UK
6. speechlesss.....

Doakan aku sihat dan baby sihat yer kawan2. Selamat sehingga melahirkan. Cukup sempurna sifatnya dan comel lagi bijaksana.

owhh.. lupa nak bagitau. Umur kandungan baru masuk 6 minggu. Belum stabil lagi. Sekarang ni masih fasa berhati hati.




25 comments:

SevenDrops said...

Salam Dal,

Tahniah untuk Dal dan Midon.... masa umrah hari tu dah pregnat ke????

Apa-apa pun memang kena berhati-hati... semoga di selamatkan semuanya.

K.Nas

the seasonal blogger said...

OMGGGGGGGG, (Alhamdullilah, ehhe) kak N masih kat offc, bace smbil berkaca air mata. sappy nye. hehehe. congrats to u both :D :D

(i'll do the honor to tell mak ngah n pak ngah ekk ekk :P)

-dal- said...

Thanks Kak Nas

NH ---> wow.. touching. diidjinkan untuk bagitau Abu Bakar clan :)))

MK said...

BIG CONGRATS!!!!!! jaga diri, jgn lompat-lompat, jgn panjat-panjat..bla..bla..bla..

this is the time to eat everyting!!!! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

. said...

congrats!!! nanti lepas deliver boleh meriahkan diari kurus kembali :P

:cahya schatz: said...

OMG...Alhamdullillah...
tahniah kak dal n abg midon..
pesan kat abg midon soh jaga fizikal n mental akak elok2..

Wanna said...

congratz kak dal n midon...jadi ibu mmg penat tp BEST!!
semoga semua nya selamat...

Anonymous said...

CONGRATZZZZ!!! Welcome to the club! :)

-nadira-

iman said...

Taniah kak Dal... huhu... semoga kak dal dan baby sihat sentiasa.. Aminnn... rahmat dari kak dal umrah hari tu agaknya... rezeki allah buat kak dal... taniah... semoga sihat sentiasa... take care kak dal

teratakmuslaily said...

tahniah Dal!!! kalau aku jadik midon pun mestilah aku pun over excited gak! midon tu kan suka budak2.. so, lepas ni leh la main dgn anak sendiri plak..

areT said...

dal ..tahniah...aku happy sgt dgr kau pregnant..aritu midon kol N, sgt excited giler..hehehe...

Neny said...

Dal!!!! Tahniah!!!! Aku pon excited dgr news ni. Dan aku paham sgt la kalau cik midon ter over excited. Entry ko ni sgt cute ok...hehehe. Moga semuanya selamat.

Nihlah Insyirah said...

tahniah kak Dal & midon...Kami doakan akak dan baby dalam perut sihat dan selamat dilahirkan...

kak cahaya said...

tahniah3x..
first impression aku dgr berita ko ni...
- aku terkejut
- aku gembira
- aku cm tak eprcaya
- aku was2 (bole ko bersabo kui kui ..keji nyer ko kan...sampai aku tak caye...tp aku percaya midon bole sabo)

Ahamdulillah berkat doa ko kat Jabal Rahmah kot...

Nasihat2 aku
-pasni mmg harus ko kurangkan mende lagho (spy anak tak ikut cma ko gak)
- pesan kat midon ~ jgn mendera mental ko (fizikal mgkn tidak)-kui kui kui
- jaga baby baik2...jgn lari2 kejo bas lagi...tak pon lari2 kejor kete ke kejo bos ke
-jgn lari2 naik tangga(jgn lupa ko nak jadi ibu dah)
-jgn tgk citer kat tv byk..supaya muka anak ko cantik cam ko..jgn cam artis akt tb tu

ok tu je karangan dari aku...nnt2 aku sambung lagi...

semoga slamat sumenye...keep updating yeahh..

ZZ said...

dal, mula ingatkan x nak komen dah sbb dah reply sms, tapi takut plak ko terasa hati.. maklum lah, org preggie nih extra sensitip..hehe.. kang ko ingat aku dah x syg kan ko ke hapa kan.. hihihi..

dgn ini aku pun nak wish ko - many congratulations my dear.. take care..

umi sophea said...

Dal.... so happy for you... mudah-mudahan selamat semuanya... take care

Anonymous said...

Salam,

satu lagi doa ko termakbul..tahniah....
farah sharif

ummufawwaz said...

alhmdlh..
akak tumpg gumbirasss...
jaga elok2 diri tu..
jgn lasak2..diawal peknen sensitip wooo..

zafwah said...

kak...congrats...take care tau..jgn lasak beno..kena setiap masa ala2 ayu gitu.. :)

Unknown said...

terima kasih... terima kasih. Tak taww nak tulis ape. Adakah otak pompuan mengandung memang blurrr.

sya said...

salam kak, hope it's not too late to wish congrats.semoga sumenya smooth, ok sepanjang your pregnancy ye:)

ujam said...

Dal, tahniah ye! Jaga diri tau!
-Mazu-

kucingorengemok said...

ops kita terlambat... alhamdulillah + tahniah :)

mama2D said...

tahniah Dal & Midon..tumpang happy diatas kegembiraan korang..insyallah lama2 get used le tu..tak leh nganga lai tgk movie..:)

-dal- said...

terima kasih kawan kawan