Petikan berita ni aku amik dari Harian METRO. Ia hanyalah secebis kisah dari bermacam2 kisah yg melanda cikgu zaman sekarang. Hmmm, patutla bila aku tanya mak aku..' Ma, kalau Jabatan Pendidikan suruh sambung mengajar kontrak, Mama nak tak?'. Mak aku jawab 'Eeee.. tak nak la. Baik mama duduk rumah tengok ASTRO'.
__________________________________________________________________
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila tiga pelajar dari kelas lain masuk ke kelas yang sedang diajar oleh guru berkenaan sebelum bertindak mengganggu dan membuat bising.
Sumber memberitahu, guru wanita itu kemudiannya mengarahkan ketiga-tiga pelajar itu supaya keluar dan tidak mengganggu pelajar yangsedang belajar di dalam kelas berkenaan.
Bagaimanapun, seorang daripada tiga pelajar terbabit bercakap kasar yang berbunyi “kalau watak mau keluar, lu mau buat apa,” sehingga menyebabkan guru berkenaan hilang sabar dan bertindak menamparnya.
"Pelajar itu yang berang dengan tindakan guru wanita berkenaan, bertindak balas dengan menampar gurunya itu di depan pelajarlain dalam kelas itu.
“Seorang rakan pelajar itu yang tidak berpuas hati mengambil kerusi plastik dan membaling ke arah guru itu tetapi berjaya dielak.Selepas itu pelajar berkenaan beredar selepas ditarik seorang lagi rakan mereka,” kata sumber berkenaan.
Berikutan kejadian itu, guru terbabit memaklumkan kepada pengetua sekolah sebelum dinasihatkan membuat laporan polis pada jam 3.15 petangpada hari sama.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, ketika dihubungi Berita Harian, mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh guru berkenaan.
Katanya, pelajar yang menampar gurunya dibawa oleh keluarganya ke balai polis semalam, manakala dua lagi masih menghilangkan diri.
"Polis menahan pelajar itu semalam (kelmarin) sebelum membebaskannya hari ini (semalam) selepas memberi keterangan danjaminan RM2,000 oleh bapanya," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 kerana menakutkan secara jenayah.
Komen untuk highligted area:
1. Aku salute dengan parents yg sanggup bawa anak mereka ke balai polis. Yang salah tetap salah, keadilan kena ditegakkan.
2. Untuk dua budak yg lari tu: Tau pulak kau takut yer. Kalau berani sangat ko tampor le abang polis tu.