"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday, 7 October 2007

ucapan dariku untuk mu ..


Get your own glitter and more at BlingyBlob.com



Sempena kedatangan Syawal yg mulia aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta dimaafkan segala salah silap dan dihalalkan yg termakan,terminum dan terambil.

Kepada kawan-kawan blog aku disini.. Atie, As, Nurul, Nor, Fid, Helen .. terima kasih sebab menceriakan hidup aku.

Kepada kawan2 lain yg jadi silent reader.. Azah, Kerry, Umi, Nalin, Nani dan lain2..terima kasih jugak sebab selalu support aku 'mentally'... tp respond kat friendster aku ( aku rasa diorang ni segan ngan geng2 USM yg aggresif muahaha)

Akhir kata ... semoga persahabatan kita berkekalan

Akhir kata kedua dr aku... meriahkanlah Aidilfitri anda, kalau kita tak meneruskan tradisi..siapa lagi :).


Thursday, 4 October 2007

9 hari lagi raya....

Update sambutan raya aku adalah seperti berikut ...

1. Baju raya kitorang dah selamat sampai ke Nottingham, di bawa adik angkat kami yg paling comel..namanyer Mek Fadiah. So, theme raya tahun ni colour maroon .. baju aku siap ada manik+ labuci lagik, glamour sgt la plak si Mek Fedi ni pilihkan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
thanks to fedi yg byk berjasa...

2. Kuih raya pun dah sampai ... ada kuih tart, sarang semut, batang buruk, almond london, almond london white choclate , baulu, kuih makmur, mini popiah, kerepek, serunding etc... thanks tu Kak Anizah my SIL yg baik hati sponsor kuih dan susah payah poskan dr Malaysia...

SO hujung minggu ni .... aktiviti kemas rumah

Sepanjang bulan puasa ni, berat aku dah turun 5 kilo... waw... maunyer bila hujung ramadhan nanti aku kurus kering.. aku tau aku ni kalau diet cepat jer turun berat, tapi masalahnyer aku ni suka makan so berat jer hati kalau nak diet. Aku pasti, abis jer ramdahan nanti badan aku naik semula la gamaknyer.

Namun begitu.... aku sedikit tensen sebab washing machine aku rosak, dah la aku ni jenis yg mesti basuh baju tiap-tiap hari, tak leh tengok kain berlonggok...tensen..tensen... namun ku sabarkan jer lah.

Monday, 1 October 2007

dah mula sejuk dah...

Bumi UK ni dah mula sejuk .... average suhu @10 degree. Aku seperti biasa bila dah sejuk mula la nak demam... since hari khamis lagi aku sakit kepala, batuk + selsema. Padahal aku ni tak pernah miss makan Vit C, nak elak demam punya pasal. Tapi syukur lagik, last 2 years aku demam lagi teruk, sampai 3 hari tak boleh bangun katil. InsyaAllah semua ada hikmahnyer..tak gitu Atie :).

So memandangkan badan tak sihat, kerja aku cuma makan ubat, ulang greys anatomy Season3, pastu tidor..zzzz. Ade la aku selak journal sket2 buat syarat.

Menu berbuka puasa aku lak... ari Jumaat makan kat rumah orang, ari sabtu aku goreng telur jer (sebab midon takder..gi airport hantar org balik), semalam lak aku masak kari ayam.

Aku baru lepas makan ubat tadi..so mata aku dah ngantuk kembali.... tata titi tutu