"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday, 20 July 2012

Dejavu di Kinabalu

Anda tengok drama Dejavu di Kinabalu ???

Hero & Heroin drama

OK... pada aku cerita ni biasa je. Cerita cinta ala korea yang teramatla slow-mo. Aku x minat cerita cinta slow-mo nih. Rasa nak pengsan tunggu ending. The only reason aku tengok cerita ni adalah kerana Aqasha.

Aku  dari keluar cerita Embun dulu mmg dah mula minat ngan Aqasha nih. Pas tu dalam drama Mertua vs Menantu. Tapi sekadar lite-lite ajer. Kemuncak nya adalah semasa menonton drama lakonan beliau dalam Gemersik Kalbu. Mantop OK.. sampai berdarah hidung ahkak. huhuhuh

OST Gemersik Kalbu = Obsessiku

Tapi watak beliau dalam DKK ini x best sangat. Jiwang terlampau and a bit selfish. Tapi sebagai peminat tegar beliau aku tabah je tonton tiap2 siri.

Owwhhhh. OST DKK ni boleh tahan meruntun jiwa juer. Tolong hayati video di bawah untuk kesan jiwang yang maksimum



Ni plak gambar Rebecca Nur Islam a.k.a Uzma kakak kepada Nadirah. Dalam drama ni Rebecca sangat gigih menayang peha beliau yang besau  persis pembentung air Syabas.


Wednesday, 11 July 2012

Usaha yang membuahkan hasil

Aku ni nak kata x pandai masak x de lah jugak. Setakat ni Alhamdulillah x de sape lagi yang muntah makan air tangan aku. Tp yang puji melambung kata sedap pun x de jugak. So so je lah senang cerita.

Tapi.. salah satu benda yang aku x pandai nak buat adalah cekodok pisang. Padahal orang lain darjah 5 dah pandai buat cekodok.

Tiap kali buat ada je la masalah problem. Biasanya cekodok leper tak mau kembang. Tu OK lagi. Yang paling  aku hangin kalau serap minyak. Yang tu memang masuk tong sampah le jawabnya.

Tapi dengan amazingnya hari ni aku berjaya membuat cekodok yang cantik mengembung. Rasa manisnya pun just nice. Sangat gembira OK. sbb aku x suka beli cekodok kat  gerai or pasar malam. Biasanya keras sbb byk tepung dan x manis.


Gambar keratan rentas cekodok yang berjaya di hasilkan
Nota kaki: kesan hangit adalah disengajakan

Sebenarnya x de resepi spesific nk buat cekodok ni. Yang penting adunan batter tu kena seimbang tepung ngan pisangnya. Darjah kemanisan pulak depends on pisang. Sambil2 lenyek tu rasa la pisang tu manis ke tidak. Kalau x manis tambah je gula secukup rasa.  Aku tambah soda bicarbonat powder sket bagi kesan penegembungan. Lepas gaul rata tu simpan dalam peti ais untuk setengah jam gitu. Then pastikan minyak betul2 panas masa menggoreng.

sekian tips men'cekodok' utk hari ini

Thursday, 5 July 2012

Junk foods

Ok... aku gedik nak buat entry. Tapi x tau nak post apa.  Berikut aku senaraikan top 3 junk food kegemaran aku.

 

Yang Pertama  TWISTIES KALER MERAH.  Ni memang sangat feveret. Dan sifat sifat mahmudah tersebut dah diwarisi oleh Amni. Beliau pun obsess dengan twisties merah.


 

Yang kedua, PRINGLES SOUR CREAM & ONION. Kalau boleh nak makan hari2. Tapi kerana harganya yang agak mahal (untuk rakyat marhein macam aku). Makan sekali dua sebulan pun cukup la. Dan seperti biasanya Amni dengan taatnya menurut perangai aku.



Yang ketiganya, CADBURY CRUNCHIES. Yang ni makan kegemaran aku masa tingkatan 5. Masa tu hari2 beli kat koop yer. Tapi lama kelamaan atas kesedaran sivik terhadap kemanisan makanan ni, aku dengan jayanya mengurangkan frekuensi pengaambilan.

So.. apa junkfood kegemaran korang. Di pohon jangan memberikan ceramah pemakan sihat di post ini.

Tuesday, 3 July 2012

Tajuk Green Tea Kegemaran Saya

Untuk makluman... aku tengah pregnant lagi. Dah nk masuk 35 weeks pun. Nak jalan pun x larat.

Seperti biasa wanita berbadan dua dimomokkan  dengan keburukan kafein yang terkandung dalam coffee. Sebagai penagih coffee tegar aku memang terseksa sepanjang tempoh pregnant nih. Tu pun tak de la pantang 100%. Pagi kena minum at least secawan neskefe susu.....Waktu2 lain tu aku berjaya substitute ketagihan aku dengan green tea

Ni adalah tajuk green tea kegemaran aku. TEN REN. Sebelum ni pernah try Lipton n Boh tapi pahit sangat la plak. Tak tertelan aku. Green Tea berperisa (biasanya Jasmine) pun aku x soka.
Baca review kat forum depa cakap green tea tajuk OSK dan Nishio adalah yg paling sedap di pasaran. Tapi kat supermaket2 sendu area Bandaraya Bangi ni susah nak jompa. Ten Ren ni pun aku beli kat Cold Storage Alamanda.

Tak tau nak buat ending ape hehhehe. tata titi tutu.

Thursday, 28 June 2012

EURO 2012 fever

Actually aku pun tak berapa nak pasti nak buat entry pasal apa sempena perasmian semula blog aku nih. Memandangkan sekarang nih tengah demam Euro 2012 tak salah rasanya aku menyumbang sepatah dua kata berkenaan dengan permainan bola sepak nih.



Malam ni semi final match between GERMAN vs ITALY. Memandangkan team tanah tumpah darahku iaitu INGIRLAND dah balik kampung makan scone, dan team kekasih gelapku abang CR7 iaitu PORTUGAL pun dah bungkus maka aku dengan rasminya menjadi penyokong team GERMAN. Dah buhsan tengok ESPANIA asyik menang je.

Rentetan dari cerita bola nih...sebenarnya aku dah terexpose dengan bola sejak kecik lagi memandangkan ayah aku adalah coach team bola sepak yang berkaliber tidak kira di mana saja beliau mengajar. Selaku anak coach aku pun dapat la tempias glemer hehehhe. Ala2 Posh Beckham gituh.

Dulu aku sangat penyokong tegar skuad Johor yer. Zaman2 Abas Saad dan Erwin Boban. Mula2 kenal bola sepak EPL masa kat U. Masa tu team Menyu sedang meniti kegemilangan. Tapi sebagai seorang remaja gedik aku rasa aku lagi minat David Beckham dari minat game. Biasala, budak baru nak jadi artis bak kata Atie.

Kemudian tahun 2002, first time follow World Cup dengan bersungguh2. May be sebab masa tu main kat Jepun, so tak pyh bangun malam2 utk tengok game. Masa ni zaman kegemilangan Ronaldo Brazil.

Tahun 2004, aku kawen dengan peminat tegar bola sepak. Di tambah pulak masa ni dah duduk kat UK. Tak payah bersengkang mata nak tunggu bola. Game biasa pukul 7 or 8 malam. Jarang2 miss tengok bola. Memang besh ahhhh. Masa ni nama pemain semua kat hujung jari lah. Sebagai isteri solehah, aku menurut kata suami supaya menjadi penyokong club kegemaran beliyau iaitu Chelsea. Tapi kadang2 aku sokong jugak Menyu sebab masa tu abang CR7 main Menyu. hehehehe

 Abang CR7

Tahun 2009, balik Malaysia aku dah tak follow sangat EPL nih. Ketamanya sbb malas nak bangun malam. Keduanya sebab aku ibu mithali, busy jaga anak. Ketiganya sebab rumah aku tak de Astro. Jarang2 sangat le tibi tigasuku nak tayangkan game2 EPL nih. Basically sejak balik Malaysia ni aku cuma follow championship yang besaq2 je iaitu World Cup 2010 dan EURO 2012. Itupun tersengguk2 menahan mata nak tunggu siaran pukul 2.30 am. Selalu nengok  bola dalam mimpi jek.

OK lah... dah pukul 11 malam ni. Aku nak nap jap. Nanti pukul 2.00 nak bangun. Nak jadi pom pom girl untuk Germany.

Tuesday, 26 June 2012

Testing testing

Hajat di hati nak aktif semula... tapi sangat dah lopa all the setting yer. Idjinkan aku mengambil sedikit masa untuk belajar semula.

Monday, 4 October 2010

Full Speed

Dah lama tak update blog... mesti korang rasa jelek dengan semangat hangat2 taik ayam aku. heheh

Yeay... bulan raya dah nak sampai ke penghujungnya. Lepas ni boleh la aku jadi orang normal semula. Bukan apa, biasala hari raya. Busy beropen house kat sana sini + entertained guest yg datang rumah. Dengan keadaan perut aku yg berat ni memang penat sungguh rasanya. Tapi tetap happy.

Semalam ramai geng-geng x-Notts datang rumah. Sebenarnya Hisham+ Niza dengan Sharif+Fara buat open house. Dengan tak semena-mena aku pun terjebak sekali. Walaupun pada awalnya sedikit tertekan, tapi at the end of the day aku rasa happy sangat. Rasa macam raya kat Notts... cuma cuaca aje yang berbeza. The rest are still the same. The warm of the friendship masih macam dulu2.

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers

About pregnancy plak.. seperti yg tertera dalam gambarajah Lilypie di atas... aku sekarang ni dah 36 weeks. Lagi 4-5 minggu je 'The Day' will come. Badan aku pun dan macam jentera berat 'KOBE' .... heavy, big and slow. Almost everything dah prepared. Sebenarnya macam barang- barang baby aku memang dah lama beli kat UK pun. So tinggal buka kotak je. Barang2 aku plak, yg belum dibeli cuma Jamu & bengkung. Aku nk beli lepas bersalin nanti. Tunggu samada aku bersalin normal or caeser. So... doakan aku selamat yer rakan2.

Dengan sisa masa yg ada ni... aku tengah full speed nak habiskan syllabus mengajar. Huuhuhuh.. banyak lagi nak kena cover ni. Rasa macam nak pitam