"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 26 February 2009

Tag-5

The challenge is :

1. GO to your photos folder in your computer
2. GO to the 6th Folder of your photos
3. GO to the 6th photos in that folder
4. Put the picture on your blog & description of it.
5. Invite 6 friends to join the challenge
6. Link them in your blog & let them know they have been challenged.

Akudi tugaskan oleh Are-T dan Nurul (secara tak rasmi) menjawab tag ini.

Photobucket

Apa yang cuba dipaparkan dalam gambar di atas ??? Jangan biarkan misteri menyelubungi anda.

Gambar ni diambil pada 25 April 2006... camana aku boleh ingat tarikhnya??? jangan ditanya.. I just simply remember that day.

Bersempena dgn umur Iki yg mencapai 8 bulan masa tu (kira tahap akil baligh kucing) kami suami isteri telah bersepakat untuk meng'spay'/neutered/'kasi'/memandulkan (whatever you like just choose one) beliau. Benda plastik dileher beliau adalah berfungsi untuk menghalang beliau dari mengigit benang jahitan rentetan dari pembedahan kecil yg beliau jalani sebelum itu.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cat spay sila layari lawan web ini http://www.penmellyn.co.uk/animals/cats/cat_spay.htm

Sebenarnya bukan niat aku untuk menidakkan hak Iki untuk merasai keindahan menjadi seekor Ibu Kucing. Tapi masalah problemnya kalau dia beranak byk2 bila aku balik Malaysia siapa nak jaga diorang. Kat UK ni bukan macam kat Malaysia stray cat merata-rata. Kalu aku balik Malaysia nanti aku terpaksa hantar kucing kucing aku ni ke RSPCA. ..dan kalau tak de orang yg nak adopt mereka dalam masa sebulan 2, kucing2 ni akan dibunuh. Nasib si Iki dan Ichi(ni kucing angkat aku) pun tak terbela. So, it is better aku spay diorang ni awal2 daripada anak2 kucing yg tak berdosa tu dibunuh. Kan..kan..kan???


Wednesday 25 February 2009

Cebisan terakhir buat ku

Korang pernah makan benda ni? Kat johor orang panggil Mee Siput. Kat negeri lain orang panggil Mee Sanggul. Mee Siput ni makanan asasi waktu rehat masa aku sekolah rendah. Reganya 10 sen je. Sekarang ni tak tau la plak berapa harganya. Tapi wujud lagi ke makanan ni kat kantin sekolah. Ye lah budak2 zaman sekarang ni kan dah didedahkan dgn breakfast bar, cereal etc. Mana layan makanan2 classic cenggini.

Photobucket


Motip tajuk entry? Sebenarnya aku dah kehabisan stok Mee Siput. Masa balik Malaysia last year aku beli 3 bungkus. Malam tadi goreng the last piece ever. Setiap serpihan Mee Siput tersebut dimakan dengan penuh emosi. Masih adakah peluang untuk diri ini merasai kenikmatan Mee Siput???

Sunday 22 February 2009

NKOTB

It’s been a silent Sunday. Hubby is at work. I am still not in the mood to continue the work. So, to freshen up the day I googled about the 80’s top songs and I found this in youtube. This song has its own space down my memories lane. Back in 1990 when I was in my standard 6, every single girl in my class is soooo in love with NKOTB. Not really sure it’s because of they have such a killer songs or because of their handsomeness. Kecik2 lagi dah gediks.



Despite of studying for our UPSR, masing2 dengan bersungguh menghafal lirik lagu ‘Step by Step’ and ‘Tonight’. Pernah satu hari tu kami semua kena tangkap dengan cikgu sebab buat party joget2 lagu NKOTB lepas netball training. Adala pulak kawan aku ni bertindak sebagai kareographer hihihi. Memasing budget cool habes le tu. At that time, semua orang memasang angan-angan untuk menjadi aweks kepada Jordan or Jonathan Knight even me myself have their pics in my Fido Dido wallet. What a thought!!!! Budus macam selipar jepun OK.

Well, after 19 years went by, all of us are already in our 31. Dah tua semua. Sadly, I rarely heard any news from my primary school friends. Not even a single word. Whatever it is, I wish every one of you have a happy life and a good health as well. Sayonara.

Thursday 19 February 2009

Asrama Tun Fatimah

Disclaimer 1: entry ini adalah entry jiwang
Disclaimer 2: lagu tema hari ini adalah 'seribu impian-casey'. lagu masa penutup graduation day.

Photobucket

Photobucket

Hari ni Dian upload gambar2 MRSM , feeling feeling down memory lane lah tu. Dalam byk2 gambar tu terselitla sekeping dua gambar warga ATF. Sayu betul hati aku... masih teringat ingat perasaan ketika last day aku kat sana. Masa tu berjujuran air mata . Rasa macam nak duduk ATF sampai tua, but the weird thing is I can't remember my room no. B30 or B31 ??? .. selalu mix up ngan no bilik Rina. Masih terngiang ngiang jeritan DC & ADC kami ( Dian & KD) sebut "LIGHTS OFF' diikuti dengan row call. Masa tu hangin betul aku kalau lights off sebab biasanya aku tak abis gossip lagi ngan Esah. Terpaksala kami sambung cerita dengan kadar decible yg lebih rendah. Esah punya lawak power OK. Kadang2 sampai berguling2 aku tahan ketawa.

Kalaulah aku boleh time travel.. nak jer aku pegi balik year 1995, when every single of us in our 17. Bestnya ... nothing to worry except the coming up SPM. Hujung minggu plak pi outing dengan bahagianya. Sabtu malam Ahad tunggu request datang depan pintu (seronok dapat makan free + feeling-feeling glamer). Masa tu aku rasa semua orang ke hulu ke hilir dengan buku latihan add math kaler merah. Tak pun revision book Biologi & Kimia brand 'PELANGI'. Siapa yg baca buku 'PRESTON' tu masuk kategori genius la tu... huhuhu definately not me(mine is SASBADI but I turned to Pelangi few months before trial).

Cukup je la setakat ini aku berjiwang karat. Tak sanggup aku nak mengingat semua kenangan silam, lagi diingat lagi sayu rasa hati.

Dalam aku bernostalgia bagai.. tak lupa juga mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Onie a.k.a Rosnita Abu Talib yg telah kembali ke Rahmatullah back in year 1998 akibat kemalangan jalan raya. You will be missed forever Al- Fatihah.

Wednesday 18 February 2009

Tag-4

Entry kali ini adalah sekadar mengimarahkan blog ni...copy & paste from the FB, some of my FB friends might already read this
___________________________________________________________________
Copy and paste and put your own answers in. The purpose of this is to get to know your friends better and it's so much fun!Here are the rules - post this list on your profile (in Notes) replacing my answers with yours. (You can add the notes tab to your profile page!)Tag 25 people to do the same thing. - I only tagged some of you whom are very close to me only.. If I tagged YOU, it's because I want to know more about YOU!

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
nobody, it's a nama campoq2 ayah and mak kot.. aDAn haLImAh.. see ---> copycat from my sis answer

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
last 2 days… sebab???? as usual ‘messy house’

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
never…

4. WHAT IS YOUR FAVORITE LUNCH MEAT?
seafood .. meat kah ini?

5. DO YOU HAVE KIDS?
nope… kucing can count or not? I have 2

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON, WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
akan dipertimbangkan

7. DO YOU USE SARCASM?
sometimes

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Not sure.. memang semua orang dilahirkan ada tonsil ke. How come I never get ‘tonsil bengkak’?

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
kalau diberi RM sejuta dua mungkin boleh dipertimbangkan

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL?
I don’t like cereal

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
nope

13. WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM?
cornetto

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
their handbag … oh yer saya ni memang entah aper-aper

15. RED OR PINK?
pink

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVORITE THING ABOUT YOURSELF?
Love gossips… I know its ‘lagha’ but hard to avoid laa

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
right now.. my hubby

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
suka hati korangle nak buat ke tidak

19. WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Blue pants with no shoes

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
zikir munajat… Are-t ko mesti kata ‘WOW’ hihihih

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE?
yellow

23. FAVORITE SMELLS?
‘sambal tumis’…oh yeah I love foods

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Encik Midon

26. FAVORITE SPORTS TO WATCH?
Football

27. HAIR COLOR?
Black

28. EYE COLOR?
Dark brown

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
yes I am

30. FAVORITE FOOD?
doughnut forever

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
both

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Body of lies

33. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING?
white

34. SUMMER OR WINTER?
summer

35. HUGS OR KISSES?
both

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
FB’s stats… like nothing else to do la kan

38. LEAST LIKELY TO RESPOND? r
inging phone… saya memang tak suka bercakap except gosipping

39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
Chemistry of the Elements – statement pura-pura raji n :P

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
‘Mouse’ la takkan kuali kot

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Saya budak baik… tak menonton TV malam tadi kerana dipaksa belajar oleh Midon

42. FAVORITE SOUND(S)?kitaro’s43. ROLLING STONES OR BEATLES?
neither

44. WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Nottingham

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
I can gossips about artists from dusk to dawn. Tak percaya??? Tanya ZZ

46. WHERE WERE U BORN?
Hospital Sultanah Aminah, JB

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Semua

48. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
he came to my house on Hari Raya ke- (tak ingat) back in 1995

Tuesday 17 February 2009

I got busted

huhuhu... ini semua gara gara farah a.k.a ZAFWAh le ni yg pegi link blog aku kat blog dia. Nasib baik ko kat kat Malaysia farah.. kalau tak ish..ish

BTW for the NMC'ians or ex-NMC'ians yg mungkin telah menjumpai blog saya baru2 ini.... saya memang ada intention untuk TAK mempromote blog saya ini :). There is actually no specific reason. It is just, I feel not comfortable that people who I meet everyday read my writings... apa ke tah aku cakap ni macam keling. Kalau tak nak kasi orang baca baik tak payah tulis blog kan. .. hihihih.

Sebenarnya blog ni ditulis untuk tatapan kawan2 lama dan adik beradik di Malaysia (mama & ayah tak computer literate :P) yg mana saya tak de masa nak tepon mereka untuk mengupdate perkembangan terbaru dan mungkin rindu akan saya... oh yer ada ayat perasan di situ.

Tapi bila dah kantoi begini... aku pasrah jer la kan. So kepada kawan2 welcome to my blog BUT just please do not link my site to your site, I just don't want my blog become too public. I actually thingking to make it private blog though. ..

Oh yer.. ada lagi satu disclaimer disini... blog ini hanyalah untuk bacaan wanita sahaja. Sekiranya anda lelaki anda tidak dialu-alukan untuk membaca blog saya. Kalau nak baca blog juga silala suruh isteri anda buat blog sendiri. Sekian terima kasih.

Tuesday 10 February 2009

Trip to Amsterdam 1: P & O Ferries

Photobucket


Idea nak pegi Amsterdam ni tercetus dalam 2 minggu yg lepas. Masa tu aku ngan ZZ (kakak sebelah rumah) mengalami tekanan mental yg maksimum dengan kerja2 PhD kami. So aku saje-saje serve website P & O ferries. Wah tengok2 ada offer. Harusla tergedik2 aku nak pergikan. Setelah calling2 a few people, family aku, ZZ ngan Kak Fida setuju nak pergi. So kitorang decide bertolak 7/2/09 dan balik 9/2/09. Ada masa lebih kurang seminggu untuk buat tentative, bincang pasal makan, booking tiket etc.

So for those yg mungkin berminat, harga cruise pakej ni 84GBP(2 adults) for return trip ( Hull Port - Rotterdam Port) + cabin for 2 nights + transfer coach from Rotterdam Port - Amsterdam City - Rotterdam Port)

Petang Sabtu (7/2) pukul 2.00 pm masa tempatan bertolak lah kami 3 keluarga dari Nottingham ke Hull. Konon- konon nak singgah The Deep Aquarium sebab nak tengok Jaws, tapi pusing punya pusing tak jumpa2. Last2 kitorang singgah TJ Hughes pi shopping Tefal.

Dalam pukul 6.30 pm kitorang sampai ke Hull Port untuk check in. Pastu dalam pukul 7.3o pm dah dapat masuk cabin. Apalagi feeling feeling Titanic le. Pada aku dengan harga pakej cabin tu boleh dicategorykan sebagai selesa la. Pastu ada ensuite bathroom. Tuala, bed linen, toilettries semua ada. Buleh makan makan bekal dalam cabin (penjimatan berganda di situ sebab tak payah makan kat restoran yg mahal).Memang aku recommend la untuk orang2 yg nak budget price. Cuma yg tak bestnya P & O tak provide kettle & cofee/tea. Nasib baik aku bawa kettle sendiri.

Photobucket

Photobucket

Ini plak itenerary yg aku copy paste dari P & O website. Yg bestnya kita buleh tinggal beg dalam cabin masa jalan2 kat Amsterdam. So bulehla berlenggang dengan lebih bergaya.

Amsterdam minicruise itinerary

Day 1

15:00 - 19:30: Check in at passenger terminal in Hull
21:00: Ship departs Hull for overnight cruise to Rotterdam (Europoort)

Day 2

08:00: Arrive Europoort
08:30: Coach departs terminal in Europoort
10:30: Arrive at Amsterdam city centre and explore the cosmopolitan city at your leisure
17:00: Coach departs Amsterdam city centre for Europoort
18:45: Arrive at Europoort
21:00: Ship departs Rotterdam for another entertainment-filled overnight cruise back to Hull

Day 3

08:00: Arrive at Hull
Terasa macam duta P & O ferries plak aku harini. Next entry aku akan cerita pasal trip aku ke Zaanse Schan & Amsterdam City

Hello

Photobucket

Dah lama gila aku tak menulis blog. Actually there is a few reason but I think it doesn't matter anymore. Well from now on aku akan update blog aku ni. Tapi tak de la kerap sgt kot sebab kerja yg menanti adalah bertimbun.


Mula-mula tu aku ingat taknak teruskan karier berblogging ni pastu nak deleted ajer blog aku. Tapi dari hari ke hari macam ada satu perasaan bak kata omputih 'urge to writes'. Gitula kekdahnya. So last week dengan bersusah payahnya aku buat makeover kat blog aku ni. Finally berjaya juga aku guna template yg cun sket. TAPI still aku tak pandai nak save semua link/function kat previous template eventhough aku dah ikut dah instruction. So, Atie atau sesapa sahaja yg sudi tolong bagi lecture sikit kat aku camane nak buat perkara tersebut.

see you all in the next entry