"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label hobbies and living. Show all posts
Showing posts with label hobbies and living. Show all posts

Wednesday, 10 June 2009

30's vs 20's - part 2


Malam ni gembira, hati berbunga bunga sebab Zura a.k.a Long puji aku dalam blog beliau. Bagus bagus. Tak sia sia Kak Dal didik korang dulu. Bila besar jadi insan berguna ( didik??? didik tengkorak aku. Didik makan megi adala)

Bila dah kena puji puji ni lansung nak buat entry perasan lawa ...

OK la sebelum ni aku ada buat entry 30's vs 20's - part 1 yg mengutarakan permasalahan kulit atau kertas pasir. Pas tu aku ada la beradjam ala-ala nak buat new facial routine.

Usaha aku tu dah menampakkan hasilnya. Kulit aku dah OK sikit la. Tak de la macam Rabiah yg tulus yg mulus . Tapi much better than before.

About the skin care product plak... aku stick dgn Nivea. Mula mula ingat nk try Clinique or Biotherm. Tapi aku nak kumpul duit beli Tefal Actifry. So.. Nivea pun Nivea lah.

Facial wash & toner:

Scrub and masker: Nivea tak de scrub n masker ( ke tak de jual kat sini..ntahhh). so aku guna Boots botanic selection

Krim 3 beradik yg mengandungi Q10 enzym untuk melambatkan proses penuaan...aku adalah paranoid terhadap kedutansetakat ni aku berpuas hati la dgn prestasi objek objek dalam gambarajah terutama krim 3 beradik. Kalau bangun tidur tu kulit nampak macam gebu jer... perasaan yg over. Tapi tak kisah le.. muka aku sukahati aku la kan nak cakap apa.

Ok, berbalik kepada nostalgia MRSM... aku ada cerita yg nak dikongsi.

Sebenarnya aku ngan MK ada history tersendiri.. Isk.. malu nak cerita... macam bodoh alang pulak rasanya. Masa MK memula masuk dulu, beliau sgt glamer ye tuan2 dan puan2. Ala ala gadis terhangat di pasaran gitu. Aku pun adala approach nak buat 'pet sis' (sengal kannn?). Tapi rope ropenya MK dah kena cop. Lepas tu lansung aku tak bercakap ngan MK sebab dah kena warning dgn X si kakak angkat supaya jgn kacau MK . Yg aku pun entah apehal skema ikut cakap X . Sengal kuasa dua di situ. Tak sangka bila dah berbelas tahun berlalu bleh la plak baik ngan MK kat alam blog nih. BTW, MK I am glad to be your friend here. Bak kata pepatah melayu lama...'better late than never'.... MK memang rawkk.

And to Long... I really miss you. Ingat zaman sama sama bersuluh pakai torchlight sebab nak study hehhee... dan ingat lagi betapa kelakarnya korang kena buli ngan Kak Esah. huhuhu

Monday, 4 May 2009

Alton Towers


-->Photobucket

Ni adalah cerita lapuk minggu lepas. On 24/04 we went for 2 days weekend gateaway @ Alton Towers Resort. Tempat yg ala2 Genting Kota Keriangan. Otak aku dah mula bernanah tengok spectrum/graph/table etc. Nasib baik ada The Sun/Alton Towers yg baik hati bagi tiket free (with a small effort oleh Midon yg emosi kumpul token selama 7 hari berturut2). Knowing me, he knows I‘ll love this place very much. Walaupun pun aku ni nampak angggun, ayu dah lemah lembut tapi aku suka naik rollercoaster.
Pagi tu, aku melangkah kaki keluar rumah dengan suatu perasaan yg sukar untuk ditafsirkan… wow ayat. Sangat takut dan berdebar2 ye tuan tuan dan puan puan. On that time I guess the adrenalin rush era is already over. There is no more extremely extreme ride for me. I started to think about my responsibilities for everybody in my life e.g kalau aku mati sape nak jaga laki aku (walaupun aku konpem beliau akan jer kawen lain) ataupun mak ayah aku dah tua inila masanya aku nak balas budi mereka (anak solehah juga aku rupanya). So aku rasa kalau mati katak di kala ketika aku tgh main roller coster sangat tak manis OK. Setelah meroyan sedikit sebanyak sepanjang perjalanan dalam kereta sampai laki aku ugut nak patah balik, aku decide nak main ride yg lite lite jer. Begitulah niatnya.
Akan tetapi, surprise surprise…. bila tengok orang menjerit jerit main roller coaster lansung jer aku teruja nak main jugak walaupun takut. The truth is I kind a love the intense feeling. Somehow it boosted my confident. It might be weird but it works on me. Example: Di suatu pagi yg indah seorang wanita berdiri di depan bilik B50 dgn perasaan berdebar2. Tatkala itu beliau terfikir akan sesuatu : ek…eleh, main Nemesis boleh tak kan nak jumpa Martin pun takut (read Martin = supervisor).
Seperti biasa sebagai seorang yg emo.. aku main almost semua permainan except permainan yg tak sesuai untuk org dewasa. My top 3 ride goes to
Nemesis
Photobucket
Air
Photobucket
Oblivion
Photobucket

Saturday, 18 April 2009

30's vs 20's - part 1

2-3 hari yg lepas aku pergi ASDA ( iaitu supermarket ) untuk beli barang dapur. Dalam meround round sambil tolak trolley aku ternampak segerombolan bebudak undergraduate berumur awal 20-an yg jugak sedang membeli belah. So, macam biasalah bila jumpa orang Melayu, tegur tegur, salam salam sikit sambil tanya khabar.

Tiba2 hati aku berdetik, comel budak2 ni. Melalui teknik observation ‘close up & personal’ skin complexation mereka semua adalah sangat fair dan smooth. Lansung aku rasa macam nak pi cucuk BOTOX serta merta. Macam baru tersedar yg aku ni dah tua dan kulit muka dah umpama kerak nasi.

Photobucket

Aku dulu agak ‘beauty conscious’ orangnya. Time jadi student dulu modal tak besar sebab duit elaun habis buat beli baju ngan makanan. Masker pun aku pakai putih telur jer. Tapi sgt displin ye untuk buat basic home facial (wap muka, scrub, masker, toner), at least sebulan sekali. Nak lawa punya pasal.

Bila buat Master dah upgrade sket sebab elaun banyak. Selain dari home facial tiap2 minggu aku pi buat facial kat saloon dalam sebulan sekali. Favourite tempat aku adalah kat Herbaline, The Mines. Entah ada ke tak lagi tempat tu. Aku memang suka dengan produk herbaline… rasa kulit fresh aje. Rasanya 3 tahun aku setia dgn Herbaline.

Sekarang ni, aku rasa dah lebih 4 tahun kulit muka aku tak jumpa masker & scrub. Tak pasti apa factor aku malas nak layan kulit muka. Alasan stendet adalah busy. Atupun mungkin sebab dah kawen, maka aku pun dah tak der point nak pasang badan. Ataupun, it just as a simple as aku take for guaranteed dgn kondisi kulit aku. Kulit aku ni sebenarnya tak byk karenah, jerawat jarang datang,penyakit2 kulit lain pun jarang menyerang. Tapi tanpa aku sedari masa berlalu dan kesan penuaan tu dah datang menyapa.

Mulai hari ni aku beradjam nak beri perhatian lebih sket kat kulit aku. Buat permulaan ni aku nak buat home facial at least 2 minggu sekali. Pastu nak pi rikki moisturizer, toner, scrub and masker yg bagus bagus sket (current brand: aku pakai NIVEA jer). Ataupun mungkin aku perlu makan Imedeen ( emo…:D). Aku bukan la nak lawa sangat ataupun mempunyai kulit selembut salju….wow. Tapi cukuplah sekadar aku tak kopius samada kulit muka itu adalah kulit ataupun sehelai kertas pasir.

Sekian.. catatan dari aku yg alpa.

Thursday, 23 October 2008

Normal kah aku??

Demam Facebook dah reda sket. Syukran. Well instead of checking 10 times per day it reduce to 3-4 times. OK la tu kan. Kalau tak tersangatlah membuang masa menatap face book.

Open house pun tinggal baki baki jer. YAY!!!! Don’t get me wrong. I loooove to go to open house. Love to meet other people… especially part gossip gossip…hihihi. Tapi raya kat sini adalah dari pagi sampai ke malam. Maka routine hidup aku sedikit terganggu. Don’t I tell you before aku adalah orang yang extremely skema. Hidup harian aku stick kepada jadual. Ni adalah jadual aku

Isnin – Jumaat.
6.00 pagi – Bangun tidur, buatkan hubby coffe + bekal
7.00 pagi – Midon dah pegi kerja. So bermula episode buang masa.. check email, blogging, friendster’ing, bukak forum and now face booking
8.00 – siap-siap nak pegi school
8.30 - Jalan pegi scool
9.00 – 6.30 – kat school, all day dengan penuh concentration. =P
7.00 – sampai rumah, letak bag terus masak
8.00 – midon balik kerja, dinner
9.00 -11.00 – lepakking + tengok TV ler
11.00 -1.00 – study + mengulangi episode buang masa checking email bla..bla..bla
1.00 tidur

Except hari Selasa aku pergi Sauna + Hari Jumaat aku pergi Aerobik

Sabtu
7.00 - Bangun tidur, terus pergi jogging
8.15 - Balik jogging buat breakfast
10.00 - 2.00 - Pergi school
2.00 - Masak
3.30 - pergi swimming
Lepas tu berleisure-leisure dirumah. Masak masak yg xtravaganza sket. Best tawww

Ahad
Kalau nak pegi car boot pukul 6.30 dah bangun. Balik Carboot pukul 12.00
Kalau tak pergi car boot tidur sampai le ke pukul 12.00. Same jer
Lepas tu berleisure-leisure again. Spend 2-3 jam at the night untuk tengok-tengok kerja sekolah. Kalau tak hari Isnin jadi blur


Kalau lari sket jer dari jadual.. aku kan penat yg amat, hidup tak teratur. Rasa macam porak peranda. Pastu grumpy tak tentu pasal.

Mungkin sebab aku tak der anak lagi so aku bolh le ikut jadual aku. Kalau ada anak mesti tak bleh kan....kan..kan. Yelah kalau diorang melalak tak kan le nak campak kat luar plak kan.

Tuesday, 21 October 2008

'face book'ing la plak...

Aku sgt addict berface book sekarang ni yer kawan-kawan. Oleh itu adalah diistiharkan bahawa kerja-kerja mengupdate blog akan terganggu buat seketika.

Sangat teruja taww melihat rupa paras kawan-kawan lama yg telah tak ditatap hampir 12 tahun. Lebih-lebih lagi melihat wajah para-para 'old flame' gitu...hik..hik..hik.

BTW, itu cerita lama.. zaman cinta monyet kekdahnya. Zaman kirim-kirim salam, zaman bagi bagi request, zaman control ayu. Isk..isk geli tali perut aku.

Tuesday, 17 June 2008

Becky Bloomwood yang sengal.....

Shopaholic sequel yg menceriakan hari-hariku...

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Saturday, 7 June 2008

Good Luck Malaysian....

Harga minyak naik lagik... tak lama lagi mesti harga beras, tepung, gula, ayam pun naik jua.

So, pandai-pandailah korang UBAH GAYA HIDUP bak kata Pak Lah...

contohnya cuba try test makan ubi kayu hari-hari, minum air kosong, malam pakai lilin, pastu pegi kerja pakai kain batik ngan baju t-shirt MSSD (ala yg biasa dapat free kalau ada sukan tu)... pasti sumer org buleh survive.

Nasib baik aku tak jual lagi keter Kancil aku. Nanti balik Malaysia aku pakai Kancil jer lah nampaknya. JFU 969..wait for me.

Sunday, 27 April 2008

Blog aku dah bersawang...

I am extremely busy recently. Tengok TV pun tak sempat huwaaa. Diari AF pun tak tengok. Desperate Housewives marathon pun terpaksa dihentikan buat seketika.

Ini menunjukkan betapa busynya aku hihihihi. Dal.. kalau tak tengok TV bukan Dal namanya...

Takper mungkin sehari dua lagi akan ku update blog aku.

Thursday, 17 January 2008

dal@the kitchen

I am such a food lover .. it’s my passion …. It is just simply me.

Since I came to UK a few years ago, cooking is not an option … without a ‘warung’, restaurant or ‘pasar malam’ my life seems so miserable. I cannot survive with telur goreng or roti or chips etc.. I need to fulfill my longing to eat a nice decent food. So that I learn to cook from the scratch … years by years .. time by time, I think I developed an amazing cooking skills (poyo jer bunyinyer..hehhe). I am not an excellent cook but I think I’m good at it (at least for myself and hubs..hehhe). Whatever it is, I proud with my own personal achievement...

Since I always don’t have much to share about my everyday life (for the reason please refer to my prev. post hahaha…what a routine, ‘same as usual’ life that I have).From now on, I feel I want to share a recipe of what I cook or to be exact what I know how to cook. It is not like the recipe that I invented by myself … it just a typical recipe which everybody know how to do it. It also NOT like I want to show off that I know how to cook this and that.. since I fully aware there is like a ‘beratus ribu juta’ people out there who’s a better cook than me .. but it is more to my personal ‘buku masakan’ given that if I write the recipes in a piece of paper it will easily magically disappear …

I actually thinking to have another blog for the recipes but it just like pursuing another ‘not important’ commitment. So, for the time being I think its better to put the recipes in the ‘already have’ blog . Well I will make labels for each recipe post for the easy access next time for me or for whoever wanna try the recipes… ENJOY!!!!

Monday, 14 January 2008

Yoga

Photobucket


Last Friday I went to the YOGA class for beginner. It was my first yoga experience ever. Overall I enjoyed the class even though my body feel sooo 'terpeleot' by the posture and ached for the next 2 days.

But I still like swimming the most followed by gym since there is no personal instructor, so I will not 'terhegeh-hegeh' to follow the movement. Aerobic is the one that I like the least. May be because of the movement is too fast and I cannot cope with it, then I can't enjoyed it anymore. ... but I have to do it to tone my body shape....

Well for this Yoga practice I plan to attend another few classes (4 or 5 times maybe) and then continue just at home. I already downloaded the movie of Yoga intstruction together with the music for meditation ...

....soooo emotional me......

Monday, 24 September 2007

pencapaian hujung minggu

apa pencapain hujung minggu aku kali ni...

1. Aku berjaya menonton filem Waris Jari Hantu setelah sekian lama aku dowload cerita tu. Komen: Ceritanyer agak menarik, cuma buhsan asyik org2 yg sama jer berlakon cerita Shuhaimi Baba

2. Aku berjaya update list DVD ku ... wow, aku dah ada 288 set DVD collection. Tapi sedikit tensen sebab ada 14 DVD yg aku tak tau sape pinjam dan tak dipulangkan.

Dah 4 hari aku tak masak... dari hari Khamis sampai Ahad asyik berbuka kat rumah org jer. Hari ni kena masak balik..malasnyer aku

Sekian coretan dr aku yg penat dan lapar

Saturday, 4 August 2007

Terapi minda

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku pun tak tau kenapa aku suka sgt tengok ceriter FRIENDS..... dah kira macam perkara wajib dalam hidup aku...dalam satu hari at least aku mesti tengok satu episod ... pas tu tergelak-gelak tak hingat ngan lawak diorang.. padahal aku dah tengok lebih 10 kali. Kat UK ni hari-hari diorang ulang Friends series via E4 channel pukul 5 ptg...dulu-dulu aku selalu miss sebab time tu aku kat school. Oleh kerana hubby aku rasa mood aku akan bertambah baik kalau tengok Friends ...so dia pun hadiah kan aku The whole season (1-10) of FRIENDS series masa birthday aku tahun 2005 ...so aku tak akan miss lagi..thanks hubby ...

Suatu ketika dulu aktiviti terapi minda aku adalah shopping, makan-makan & tengok wayang/tv. Sebab tu lah duit aku tak pernah cukup rasanya. Kalau balance duit ada lagi RM 100 masa the next gaji masuk tuh dah kira bagus sangat la.

Lately aku rasa dah tak de perasaan nak shopping, kalau pegi city tu baru sejam dua aku dah tak larat. Ingat dulu-dulu, setakat Mid Valley & Suria KLCC tu, dr mula bukak sampailer ke tutup gagah jer aku shopping.

Kenapa ye?... terasa aku ni semakin tua…dah tak interest kat aktiviti org muda remaja . Well salah satu sebabnyer mungkin dah tak der benda aku nak shopping, dulu-dulu preference aku memang shopping baju...tapi since dah kawen ni banyak sgt rules mengenai fashion yg hubby aku tetapkan... mesti tutup punggung, no three quater lengan baju, baju kena longgar, no jarang-jarang + + + +. Dah tu kat UK ni bukan senang nak cari yg menepati kriteria tuh... so aku pakai jerlah baju apa yg ada.

Aktivity makan-makan plak... emm kat sini nak cari kedai halal selain Pakistan bukan senang, dah dekat 4 tahun aku dok kat UK, rasa dah tak lalu tekak aku nak makan pizza, kebab, burger pakistan nih. Kalau ada choice puin pegi makan kat restoran vegetarian ... tapi tekak aku selalu loya mengenangkan kuali periuk yg diorang gunakan ... oleh kerana aku was was... aku memilih tak makan di restoran yg at the same time serve b*b* dan menu yg seangkatan dengan nyer. Last-last aku cuma ada satu choice.. kalau nak makan sedap aku kena la masak sendiri, tapi tak kuasa la plak aku, tak pelah biarlah aku save tekak aku untuk makan kat Malaysia nanti.

Aktiviti tengok TV + movie plak.... berjalan seperti biasa. Nasib baik kat UK ni ada semua series yg best-best...so aku layan jer semua CSI, Prison Break, Desperate Housewives, Ugly Betty, Smallville, The O.C., Greys Anatomy, E.R., 24, Alias, Lost, American/Britain Next Top Model ++++..sampaikan laki aku kata kalau ada exam pasal series TV mesti aku lulus dgn cemerlang punyalah. Movie plak ...memang aku akan allocate masa aku utk tgk wayang 2-3 kali sebulan untuk cerita yg best-best, cerita yg kurang best pun aku tgk jugak, dowload kat internet jer lah... kenkadang tu aku rasa aku ni patutnya jadi wartawan hiburan jer (the same thing should goes to Atie and Nor :) am I right??) ... chemistry is not my passion..hehheeheh

Wednesday, 25 July 2007

Harry Potter & The Deathly Hollows

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
My precious Potter book.....

By the time aku tulis kat dlm blog ni.. dah 2 kali aku khatam the last installment of Harry Potter book .. Harry Potter and Deathly Hollows.

Komen aku….full of satisfaction. Love all the characters..muah..muah ..Tak nak komen lelebih, nanti jadi spoiler lak for those yg tak baca lagi . Nasihat aku, beli jgn tak beli … tiada yg best melainkan best belaka .. hehhehe

Akhir kata ..thanks Rowling for brighten my life .. Tapi sedih gak lepas ni dah tak der nak tunggu-tunggu Harry Potter dah.

Thursday, 19 July 2007

Harry Potter

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Call me whatever.. tapi aku adalah salah seorang die hard fan of Harry Potter. I've got a full collection of Harry Potter books and DVDs (original OK..).

Yesterday night, me and hubby managed to steal our time to watch Harry Potter new released film 'Order of The Phoenix'. As for me who already read the novel 3-4 times.... my one and only comment is the movie's suck. But for hubby yg memang tak kuasa nak layan the novel said the movie is great...well the movie really spoiled my night..tunggu punya lama tapi tak best..sedih woo. Balik jer dr cinema after mandi, makan sket2(hilang selera aku), solat aku terus capai the novel and baca part-part yg diorang tak include dalam movie untuk merawat jiwa yg lara sampailer aku tertidur.

Emm...bangun jer dr tidur aku dah rational balik ... memang ler tak logic kalau diorang nak include semua scene, mau movie tu makan 10 jam ...so salah siapa semua nih??? salah penonton yg high expectation? Salah David Yates and the HP and OoTP crew? Aku buat conclusion ini semua adalah salah J.K. Rowling sebab buat the novel best sgt. Damn you Rowling ;(.

Lagi 2 hari the latest HP novel keluar..yea..yea. Aku dah order kat Tesco online since last month. Pagi Sabtu ni diorang deliver sampai depan pintu rumah. As a preparation... malam ni aku nak tukar langsir, bedsheet, duver cover, vacuum bilik tidur semua... nak create the best mood ever sambil bermalas-malasan membaca Harry Potter. Dah sound hubby awal-awal..'weekend ni kita makan beli kedai jer tau, oghang malas nak masak'. Kain baju aku dah siap cuci(tinggal lipat jer), dapur aku dah kemas siap-siap malm tadi, living room aku dah vacuum ..no journal, no thesis, no experiment for me this weekend.

Ohh..indahnyer dunia aku kalau hari-hari camnih..:)