"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 28 August 2007

prayer...

hoping my courage remain intact till the end... amin

capturing some swet moment in my life...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

(sambil2 cuba,try, test skill photoshop aku hehhe .. alamak leceh la plak..ini jerlah yg mampu aku buat :)..)

Saturday 25 August 2007

Missing them...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari ni genap 3 tahun 3 bulan 26 hari aku tak balik Malaysia … miss my family so much

Sepanjang di sini adalah beberapa occasion yg kitorang miss, antaranya

New born in family..Nadrah Jade, congrats to Yaya & Rudin on their 3rd daughter

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Caca & Wak Tong a.k.a Firdhaus wedding … congrats to both of you, sorry la kitorang tak balik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And…we miss a lot to see how Yassmine & Soraya Dean grew up.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And as usual bila rindu mencengkam hati…. angkat tepon talking-talking all the day la.. nasib baik bil tepon murah….

Wednesday 22 August 2007

Sorry for the incovenience...

Lately I have a feeling that somebody is ‘gossiping’ and ‘perli’ing me around.

How do I feel..

ANGRY... NO I’m not. I’m too old to get angry for such a small thing like this.

SAD .... YES a bit...because we use to be closed (perhaps it's only me who feel that way :(..)... but I don’t really want to layan the perasaan since I already got many more things to ‘sedih’ about especially when my PhD. research turned upside down.

However or whatever it is ... this entire blog is intentionally meant for my own use and was not really set up for an audience, so pardon the unprofessionalisme..

If any of you want to read it, you’re most welcome ... I always feel good + happy to share my days and thought with others.

But if you feel my writing annoyed you very very much ... PLEASE .. just please don’t bother to read it ... I never ever meant to ruined your bright perfect day ...and if I already did it, please accept my apology.

Aku dan berat badan

Dari aku tingkatan dua sampailah aku umur 22 tahun..berat badan aku maintain at 42 kg meskipun aku ni boleh masuk category kuat makan .. so aku pun confident yg aku ni mmg gene kurus .

Masa umur aku 23 – 27 tahun berat badan aku plak maintain in range 45 – 47… kadar food intake masih sama, cuma mungkin matabolisme rate dah rendah …. Still dalam zon selamat … hati kecilku berkata

The tak best part is …. Since from end of last year sampai lah ke hari ni berat badan aku semakin naik sehingga mencapai 56 kg….alamak camaner ni..

Fikir punya fikir aku rasa aku tau apa puncanya..

Dulu-dulu, the latest aku amik makanan dalam pukul 10 malam. Lepas pukul 10 aku dah siap-siap gosok gigi...tengok TV sampai ngantuk..pukul 12 dah confirm tidur.

Namun kini…

Aku sedang dlm fasa tulis thesis..so aku selalu stay-up sampai pukul 2-3 pagi. On the way nak sampai pukul 3, biasanya aku mesti minum Nescafe 2 cawan, makan biskut, cheesecake, triffle, tiramisu dan segala mala benda yg manis (kat UK ni senang nak dapat dessert yg sedap dan harganya murah) ...aku pasti inilah dia factornya..

So aku pun stop ler beli bahan kudapan ni semua….tapi masuk jer pukul 12.00 perut aku dah berbunyi..dan aku end up dgn makan nasi la plak..lagi dasyat

Since aku belum bersedia nak diet ..aku pun guna strategi exercise ..so sekarang ni aku pergi gym 2-3 kali seminggu …perkembangan setakat ni OK lah..turun lah sekilo dua.
Aim aku sebelum balik Malaysia aku nak pastikan berat badan turun at least ke 50 kg.. OK lah tu kira berat badan ideal aku…

Monday 20 August 2007

Cerekarama

Weekend baru ni sempat tengok dua dua cerekarama through youtube... MALANG HARI KERANA HATI & CINTA SI REMPIT

Comment aku ..

Malang Hari Kerana Hati..quite a good story, agak menginsafkanler untuk org yg selalu subuh gajah macam aku + aku suka tengok Zul Yahya berlakon

Cinta si Rempit .... hampehhh, kalau tak kerana aku nak nengok Faizal Yusof a.k.a husband Nana a.k.a Inspektor Faryzal Manjalara, 20 minit pertama aku dah tutup

Saturday 18 August 2007

Friday 17 August 2007

What is the end??

Once in the while, this ‘scary’ feeling will interfere into my mind…

Apa kesudahan perjuangan PhD. aku ..LULUS ke.. dapat MPhil. aje ker .. or the worst thing is GAGAL

Kalau ikut kan ke’successful’ an research….mungkin aku akan failed, sebab half of the research objective tak tercapai pun.

If the evaluation considering how much effort that I put to make the things work, tp still tak berjaya …. aku masih ada harapan

Personally, after all the years, me myself still don’t know how bad I want the PhD., kekadang aku rasa kalau fail pun aku OK jer… sebab pada aku tak ada benda yg aku tak buat dlm usaha aku nak jadikan research aku ni berjaya ..kalau scale effort tu 100%..aku rasa aku dah capai 99.99%. So, nothing to regret about…. mungkin memang aku unlucky or I’m not brilliant enough which I cannot help it :). Kalau ada rezeki aku..insyaAllah lulus ..kalau gagal..aku percaya rezeki aku kat tempat lain.

Cuma kalau aku fail… byk persoalan yg menanti…

Camana dgn nasib aku di UKM.. kena buang kerja ke??

Manala aku nak cari duit RM 700K untuk bayar balik semua scholarship aku

Will all the closest people of mine still stay behind my back?.. and the list goes on …

Well, I won’t care with what other people will gossiping about me.... because they never know..

All this harsh imaginations make me remember what type of person I am suatu masa dahulu…

Used to be in ‘comfort zone’ for 25 years of my life before … make me ungrateful person. Always whining around about the unnecessary thing such ….how bad I want to drive the HONDA car, tapi tak der duit... complaining, bengang, kecik hati dan sebagainya with surround people who is not nice to me ( well, semua org pun ada perangai sendiri… aku sendiri pun bukan baik sangat) ..dan macam-macam lagi benda tak penting..

Facing a difficult PhD. life …. force me to learn how I should appreciate what I already have and not to mourning around about what I don’t have…

Semoga hidup aku dipermudahkan Allah…Amin

Monday 6 August 2007

Baby???

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bulan April 08 nanti genap 4 tahun aku kawen..rasa macam sekejap jer

Mesti ada di kalangan korang yg baca blog ni tertanya-tanya kenapa aku tak der anak lagi... tapi segan-segan nak tanya. So biarlah aku menjawab pertanyaan korang.

Aku tak der anak sebab aku perlu menghabiskan PhD aku dulu. Kerja aku kat dalam lab yg penuh dengan segala macam chemical memang tak menggalakkan utk aku pregnant. Kalau aku pregnant pun possibilities nak misscarriage sgtlah tinggi dan sangat byk juga chemical yg berlabel ‘harmful/dangerous to unborn child’. So untuk kebaikan semua pihak, aku memilih untuk melambatkan aktiviti pengembangan keluarga.
Actually, masa aku mula2 kawen dulu aku pernah pregnant … bila aku bagitau SV aku dia suruh aku cuti setahun, dia memang haramkan aku masuk lab…and he seems really unhappy with my condition, siap hint suruh aku berenti lagi tu. Tapi mungkin memang bukan rezeki kami, after 2 months aku miscarriage. Since that, kami bersetuju untuk tunggu aku habiskan dulu PhD..barulah planning utk dapat anak…

Kat sini aku nak express my acknowledgement utk hubby aku yg sentiasa sabar walaupun selalu kena sakat pasal kitorang tak der anak lagi..dan semua family aku kat kampung yg tak pernah pressure kami dgn segala soal siasat..

Akhir kata, aku minta korang doakan aku cepat habis PhD.. maka cepatler aku dapat anak

My little buddy...Iki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Currently, I ‘ve been very-very busy with my PhD life…pity me. But still have a little courage to update my blog… but cannot write the long-long one lor…

Just wanna share with you lot a pictures of my beloved kitten IKI ….

Umur IKI dah setahun 2 bulan sekarang. Emm...sedih aku mengenangkan yg aku tak boleh bawak dia balik Malaysia nanti. The main reason is because it is too expensive, it’ll cost me around 500 GBP. Then, the Jabatan Haiwan already warned us about the risk … they said most pets from the 4 season climate like UK ni biasanyer tak tahan dgn cuaca Malaysia … dan aku tengok memang betul, jangankan kat Malaysia, sekarang masa summer ni pun aku tengok IKI macam suffer jer..terjelir-jelir lidah kepanasan

I will miss you IKI…she’s always be my good companion every night until 3 a.m at the morning while I am writing…. Thanks buddy sob, sob

Saturday 4 August 2007

Terapi minda

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku pun tak tau kenapa aku suka sgt tengok ceriter FRIENDS..... dah kira macam perkara wajib dalam hidup aku...dalam satu hari at least aku mesti tengok satu episod ... pas tu tergelak-gelak tak hingat ngan lawak diorang.. padahal aku dah tengok lebih 10 kali. Kat UK ni hari-hari diorang ulang Friends series via E4 channel pukul 5 ptg...dulu-dulu aku selalu miss sebab time tu aku kat school. Oleh kerana hubby aku rasa mood aku akan bertambah baik kalau tengok Friends ...so dia pun hadiah kan aku The whole season (1-10) of FRIENDS series masa birthday aku tahun 2005 ...so aku tak akan miss lagi..thanks hubby ...

Suatu ketika dulu aktiviti terapi minda aku adalah shopping, makan-makan & tengok wayang/tv. Sebab tu lah duit aku tak pernah cukup rasanya. Kalau balance duit ada lagi RM 100 masa the next gaji masuk tuh dah kira bagus sangat la.

Lately aku rasa dah tak de perasaan nak shopping, kalau pegi city tu baru sejam dua aku dah tak larat. Ingat dulu-dulu, setakat Mid Valley & Suria KLCC tu, dr mula bukak sampailer ke tutup gagah jer aku shopping.

Kenapa ye?... terasa aku ni semakin tua…dah tak interest kat aktiviti org muda remaja . Well salah satu sebabnyer mungkin dah tak der benda aku nak shopping, dulu-dulu preference aku memang shopping baju...tapi since dah kawen ni banyak sgt rules mengenai fashion yg hubby aku tetapkan... mesti tutup punggung, no three quater lengan baju, baju kena longgar, no jarang-jarang + + + +. Dah tu kat UK ni bukan senang nak cari yg menepati kriteria tuh... so aku pakai jerlah baju apa yg ada.

Aktivity makan-makan plak... emm kat sini nak cari kedai halal selain Pakistan bukan senang, dah dekat 4 tahun aku dok kat UK, rasa dah tak lalu tekak aku nak makan pizza, kebab, burger pakistan nih. Kalau ada choice puin pegi makan kat restoran vegetarian ... tapi tekak aku selalu loya mengenangkan kuali periuk yg diorang gunakan ... oleh kerana aku was was... aku memilih tak makan di restoran yg at the same time serve b*b* dan menu yg seangkatan dengan nyer. Last-last aku cuma ada satu choice.. kalau nak makan sedap aku kena la masak sendiri, tapi tak kuasa la plak aku, tak pelah biarlah aku save tekak aku untuk makan kat Malaysia nanti.

Aktiviti tengok TV + movie plak.... berjalan seperti biasa. Nasib baik kat UK ni ada semua series yg best-best...so aku layan jer semua CSI, Prison Break, Desperate Housewives, Ugly Betty, Smallville, The O.C., Greys Anatomy, E.R., 24, Alias, Lost, American/Britain Next Top Model ++++..sampaikan laki aku kata kalau ada exam pasal series TV mesti aku lulus dgn cemerlang punyalah. Movie plak ...memang aku akan allocate masa aku utk tgk wayang 2-3 kali sebulan untuk cerita yg best-best, cerita yg kurang best pun aku tgk jugak, dowload kat internet jer lah... kenkadang tu aku rasa aku ni patutnya jadi wartawan hiburan jer (the same thing should goes to Atie and Nor :) am I right??) ... chemistry is not my passion..hehheeheh