"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label gossips. Show all posts
Showing posts with label gossips. Show all posts

Thursday, 28 May 2009

dua tiga kucing berlari (tiada kaitan)


boring betul aku hari ni, tak de cerita besh nak tengok. Last-last aku pun menonton cerita MATAHARi kat TV3. Sangat tak best OK cerita tersebut. Jalan cerita ntah haper haper. Dari awal sampai hujung cerita sengal tak berkesudahan.



Forum Gossip pun tak de cerita menarik. Ada tak de yg heboh sekarang adalah kisah cinta tiga segi antara Ustad rebonding- bini ustad- Wasinni. Malas le aku nak amik port. Tapi bila kes2 macam ni terjadi yg aku paling menyampah adalah kat TV3. Sangat la menangguk di air yg keroh. Panggil interview la kat WHI. Pas tu Melodi hari Ahad nanti mesti Misel si rambut karat jadi batu api.

Tapi aku suka plak tengok gambar-gambar majlis cukur jambur Engku Aleesya anak Erra- EE. siap ada pelamin lagik. Lagi lawa dari pelamin masa aku kawen dulu. Yelah aku kan kawen tak de budget. Haruslah pelamin tak semenggah. Make-up pun ala ala stok mak lampir.

OK la... malam ni nak tidur cepat. Dah 3 malam aku tidur pukul 7 pagi. Mata pun dah macam kungfu panda. Tapi tadi dah letak krim Nivea Q10 plus. Esok pastinya mataku kembali bersinar.

Tuesday, 4 November 2008

masih lagi kes NH - AA

minta maaf yer kawan-kawan, aku masih emo ngan isu ini. Semalam aku cuma kesian ngan Abby... tapi takdela menyampah sgt ngan Norman Hakim. Tapi statement surat khabar dia ari ni membuatkan perasaan amarah aku tu sedikit memuncak.

Aku bukan le nak emo tak tentu pasal. Tapi Norman Hakim tu ngaku jerla ko tu penjahat. Tak yah le nak buat dialog ala-ala ko tu lelaki lindungan Kaabah.

ni sedikit petikan dari Utusan malaysia Online

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.

- patutnya ko tukar perkataan bersedia tu kepada 'memang merancang'

''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.

''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,''

- tak payahle guna ayat 'ketentuan' tu cakap jerla 'saya memang berharap saya dapat kawen ngan memey'

Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.

''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga.

- cuba kalau bini ko kasi wilayah hati dia kat lelaki lain, ada hati ko gembira???

''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia.

- kalau dah sedar napa tak hargai dia, sakit taww dia beranak

''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi.

- ini adalah jawapan standard.. every man on the earth please take a note

Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini.

''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya.

- penyelamat??? Apa ko ingat memey tu kerja bomba ke??

iskk... aku ni dah macam lawyer mahkamah syariah Abby lak.

Monday, 3 November 2008

Skandal NH - AA



Norman Hakim kena tangkap basah. Abby Abadi minta cerai. Sedih ahkak menengok nyer. Kepada Norman Hakim .. kalau dah sebuk sgt nak menggatal ngan pompuan lain tu lepaskan jer lah Abby tu, tak payah le nak disakitkan hatinya. Perempuan ni emo taww. Kalau ko siap langkah mau kena belasah aweks ko tuh.

Aku tau mesti ada pendapat yg mengatakan Abby tu is not the perfect wifey la, garang la itula inila. But still, that's not gives Norman Hakim the right untuk curang OK!!! Kalau ko dah rasa bini ko tu penjahat sangat lepaskan la baik2.

Untuk si Memey plak .. biasala kan bebudak lagi. Fikirannya sesingkat skirt JLo. Tak leh pikir rasional gitu. Aku pun tak salahkan dia lelebih. Dia tu cuma terpedaya dgn kata2 manis NH jer. Tapi salah tetap salah yer cik Memey .. oleh itu sila la kembali kepangkal jalan.