"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"
Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, 26 October 2009

Rinduu..

Tengah2 tidur malam tadi aku terbangun. Tiba tiba mimpikan ecky dan ichi ... rindu. Lansung je menangis sambil sambung tidur semula.

For other people, they may be only a cats... but for me they are my babies. Macam ecky aku dah bela selama 3 tahun sejak umur dia 2 minggu. Kalau la dia tu manusia mungkin dah pandai berlari. Macam Ichi plak.. walaupun aku baru bela setahun since Kak Hanny/Jon balik Malaysia .. pun aku sayang jugak.


< --- Ichi. masa on the way pergi RSPCA Radcliffe. Tak pandai duduk diam .

Ecky ----> duduk diam jer kat tempat kaki. Aku rasa masa ni dia tau dia nak kena rehoming. Buat muka sedih je sepanjang perjalanan



RSPCA Radcliffe

Sebenarnya dah 3 bulan aku rehoming kucing 2 ekor ni kat RSPCA ... cuma aku tak tergamak nak tulis dalam blog, sebab sedih sangat. Kadang2 aku salahkan diri aku sebab tak mampu nak bawa diorang balik Malaysia. Yelah bukan sikit belanja ... kos nak bawak sekor kucing mencapai 500 pound. Lain la kalau aku ni keja cop duit. Walaupun hati aku ni emosi habis nak bawak balik .. at one point aku cuba bertindak se rasional yg mungkin.

muka aku sembab gila sebab dah 2-3 hari menangis...


Yang boleh aku doakan... supaya mereka dapat tuan baru yg baik. Aminnn

OK, aku tak lalu nak tulis panjang2 sebab air mata dah bergenang. Gambar2 yg dilampirkan adalah saat2 akhir bersama ecky dan ichi

Bye bye Ecky dan Ichi


We'll always love you

Wednesday, 1 July 2009

kepanasan



Dekat UK sekarang tengah peak summer. Panas sungguh... rasa macam nak pitam. Tekak haus toksah nak cakap la. Kalau jumpa cendol mamak boleh sujud syukur dibuatnya.



Aku rasa semua tempat panas kot. Kat FB stats tu tak kira di mana juer semua orang mesti buat statement kepanasan. Mungkin inilah yg dinamakan global warming. Tapi ingin aku tekan kan disini ye kawan kawan yang bahawasanya neraka jahanam itu adalah beribu kali lebih panas. Oleh itu aku menyeru, bagi sesiapa yg rasa ada banyak dosa itu bolehla mengambil kesempatan ini untuk berlatih.... hahahahaha (OK... lawak macam bangsat. Maafkan aku kawan2, sebenarnya emosi aku belum berapa stabil).

OK la korang.... aku nak sambung menangis. Babai.

p/s: usah risau dangan status psikologi aku. Masalah biasa untuk seorang pelajar PhD yg tak habis habis belajar.... kata pun Permanent Head Damage.

haa... lagi satu nak bagitau memandangkan blog aku ni dah jadi blog private, makanya new entry tak akan di update dekat blog list/link korang. Aku pun tak tau kenapa. Mmg sistemnya macam tu kot. So link tu akan sentiasa appear sebagai 'Tak tumbuh tak melata' meskipun aku ada new entry. Sekian.

Monday, 29 June 2009

tak tau nak letak tajuk apa


Aku adalah under pressure buat masa ni.. ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan.

Doakan kesejahteraan aku ye kawan2.

Doakan juga supaya aku mempunyai jiwa yg kental

Monday, 8 June 2009

korang biasanya tengok apa dulu

Semua orang pun sedia maklum la kan yg FB ni memang bagus kalau nak cari kawan kawan lama. Aku nak tanyala... once korang add the new friend, ape benda pertama sekali yg akan korang buat???

Kalau aku,

1) tengok profile Info - busy body nk tau si polan kerja kat mana or belajar kat mana dulu. Pastu kalau ada disertakan blog link best juga sbb boleh blog hopping.

2) pastu tengok Albums : tengok camane rupa paras terkini si polan . Dah kurus ke, gemuk ke, dah make over ke. Seriously.. ramai kawan2 aku yg dulu sekadar ala-ala jer sekarang dah cun melecun macam Catherine Zeta-Jones. Tak tipuu. Biasanya aku akan jer tengok semua gambar sampai habis.

3) Pastu baru le drop comment: say hi, tanya khabar lebih kurang atau pun buat tak tau jer hehehhe. Kalau ada isu/gossip personal aku prefer hantar private message je.

Aku rasa semua org normal akan melakukan step step seperti di atas(..ke aku yg tak normal)

Kalau ikut logik akal

org dah kawen mesti letak at least 1 gambar dgn suami

dan

kalau org tu dah ada anak... aku berani kerat jari le, mesti berlambak lambak gambar anak dalam FB diorang.

Kalau tak de gambar itu bermakna org tu tak de laki or tak de anak. Itu adalah hukum alam yg simple.

So tak perlula nak bagi soalan2 yg annoying contohnya

Masih berdua ke?
Dah bertiga ke?
Bila ko nak ade anak ni?.. aku dah nak masuk anak yg ke 15 dah ni
ataupun... weh cepat cepat le beranak weh ko tu dah umur 30 dah..

WTF ... ha kan aku dah mencarut. Aku ni budak baik tawww. tak suka maki maki orang. Tapi aku adalah annoyed. Lagi lagi bila komen2 diatas disertai dgn smiley icon. Apa??? ingat kelakar ke.

The same thing happened to orang yg masih single. Pun struktur ayatnya sama
Dah berdua ke?
Single lagi ke?
Bila nak makan nasi minyak?

Aku pulak yg tolong rasa annoyed untuk orang2 single tersebut.

Well I guess people like that are simply not sensitive... because the question is sooo NOT genuine. Everyone can tell la. Tak payah le nak pura pura concern. Because concern people will definitely have a different approach. Don't they know at some level that type of question is not appropriate. You don't have to be a rocket scientist to understand the situation. It's just a common sense OK!!

Haa.. lepas ni mesti org ada orang cakap aku ni meroyan sebab tensen tak de anak... depressla.... desperate la... whatever

OK fine... aku memang la kalau bleh nak ada anak. Cuma belum tiba masanya and I have my very own reason for not having them. I made a decision and I learn to live with the consequences...but why can't other people being supportive. You don't have to pat my back. The smallest and easiest thing that you can do is just shut up your mouth (or in my case take off your hand from the keyboard) especially when you know NOTHING. ... and by that I rest my case.

Saturday, 30 May 2009

Barn Buddy


another distraction... menciiiiiiii

Friday, 1 May 2009

It is not easy but its worth a journey

Photobucket

What I need is just a little bit more of determination

Wednesday, 18 March 2009

Can't Wait

Photobucket

--> E-zi is coming over this Friday


--> She’s one of my best'est' friend.


-->We used to be a housemate… yg sangat cool


-->It’s been 5 years since our last meeting…


-->I should be prepared for the ‘jejak kasih’ moment


++++ I need to tidy up my ‘kapal-karam-look-a-like’ house.


-->So, I guess there will be no update till next Tuesday.

Monday, 16 March 2009

keletihan...

Aku penat, ngantuk dan nak muntah tengok spektrum...

Photobucket

kredit to Forum Cari


Sekian

'dari aku yg benar benar busy'

Monday, 9 March 2009

emotionally unstable

Dear my blogger friends (entry ini ditulis untuk mengelak dari disaman oleh polis blog a.k.a Are-T)

Photobucket

I'm not really in the mood to writes due to 'you-know-what' phase.... will be back in a couple of days time. Buat sementara itu idjinkan aku mengisi masa senggangku deangan bermain PSP

Photobucket

Tuesday, 11 November 2008

Selamat tinggal beg

hari ini pada tanggal 11 November 2008 aku dengan paksa relanya terpaksa membuang beg ini.

Photobucket

Kisah aku dan beg ini bermula 5 tahun lepas. Seminggu selepas aku sampai ke UK aku telah membeli beg ini di Argos ( masa tu aku sangat obses ngan Argos). Harganya tidak le mahal. Dalam 8 pound rasanya.

Maka bermulalah episod hidupku dengan beg ini. Hari2 pergi school bersama. Jadi teman menangis aku kalau reaction tak jadi, jadi teman gembira juga bila reaction berjaya. Actually beg tu dah ada koyak2 sket. 2 tahun lepas aku ada beli beg baru utk bawak pegi school. Tapi berat sgt hati aku nak pakai beg baru. Dalam hati aku biarlah beg buruk aku tu sama2 menyaksikan kejayaan... sgt sentimental ye aku ni. So, aku terus pakai beg tu sehingglah semalam. TAPI... malam tadi si IKI kucing durjana telah mengencing di atas beg aku. geram betul aku. Rasa nak potong jer ekor dia.

Photobucket
inilah aksi bengis yang tertuduh

Aku try rendam + basuh beg tu. Tapi seperti sedia maklum, bau kencing kucing memang susah nak hilang. So, setelah melalui beberapa proses penaakulan mantik... aku pun ambik keputusan nekad membuang beg ini.

Kepada beg... selamat berpisah. InsyaAllah kalau aku berjaya satu hari nanti, jasamu tetap akan ku kenang.

Saturday, 16 August 2008

feeling down???? try this

just got this quote from somebody and I kind a like it

Sabda Rasulullah:

Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam Syurga dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah maka Tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu maka kekallah darjat itu di dalam Syurga.”

Saturday, 1 March 2008

everything have a reason...

It’s been a long time since my last entry. Explanation????. As always… busy..busy and busy. What’s make my life so busy??

My never ending experimental work..waarrrrgghhh…. bila la SV aku akan suruh aku berenti buat eksperimen… asyik2 tambah kerja.

Chapter 1 and Chapter 2 corrections.. still many things to do… Chapter 3 and Chapter 4 still in my SV hand. Lots and lots more corrections waiting. No doubt hehhe. ..

Struggling on writing Chapter 5 and Chapter 6 (eventhough this is just a conclusion chapter)

Cooking..cooking..cooking.. Do I have any other options???

House chores !!!! Haruskah aku pakai maid/helper ?????

Last but not least

My ‘never try to learn’ husband … we got the very same conversation everyday

HUBBY: Yangggg mana stoking?.. mana jumper?.. mana pisau?..mana seluar?.. mana itu? mana ini?

ME: Hubby ni tak penat ke tanya benda yg sama hari-hari, cuba la ingat kat mana benda-benda ni.. kan senang.

HUBBY: Yang tak penat ke membebel hari-hari…. bagitau jer lah kat mana..kan senang.

Hmmm...Whatever he is I still love him till the bone. I love you hubs...

Monday, 21 January 2008

Nana Tanjung II

Semalam aku tengok cerita Nana Tanjung II.

Tensen sampai rasa nak pecahkan TV

Sekian review dari aku

Thursday, 26 July 2007

Chemistry hates me !!!!!!

Inilah yg aku rasa sekarang sepanjang aku buat PhD. ni. Entah kenapa semua reaction yg aku buat susah sgt nak dapat macam yg aku nak. Semua serba tak betul..bengong aper..kat dalam journal OK jer aku tengok..ala-ala straight to the point. Bila aku buat tak macam straight pun. Sampaikan supervisor aku cakap..'Dalina..I don't know why you are so unlucky, it's not your fault, it's chemistry.

Selalu aku mengeluh, kadang-kadang aku nangis, dah biasa sgt aku feeling down (biasanya kalau down..mulalah aku tak nak pegi school), ada masanya bila dah tahap kronik tu aku meracau-racau..macam org gila pun ada.

Tapi towards the end, aku dah belajar redha..ini ujian aku, samada ada aku lulus atau tak, itu atas Allah untuk tentukan rezeki aku..tapi aku akan tetap terus usaha selagi ada masa..InsyaAllah.

Biasanyer bila aku tensen.. aku fikir balik, Alhamdulillah aku dapat ujian macam ni, at least aku masih ada peluang untuk usaha.

Skurang-kurangnyer aku belum lagi diduga dgn berita kematian sepanjang aku merantau ni

katakanlah mak & ayah aku pegi dulu ..mesti aku menyesal sebab dah lama tak jumpa diorang, dah 3 tahun setengah aku tak balik Mesia ..macam anak durhaka plak rasanya

Katakanlah nenek aku pergi dulu ... mesti aku sedih sebab aku memang rapat ngan nenek aku ..dan aku dgn perasannya rasa aku lah cucu yg paling dia sayang :)

Katakanlah adik-beradik aku pergi dulu ... mesti aku akan rindukan diorang sampai akhir hayat aku..tak puas lagi aku rasa bermesra, yelah masa belajar dulu semua duduk asrama..

katakanlah mak & ayah mertua aku pegi dulu ..mesti aku ralat sebab tak sempat nak kenal diorang betul-betul. Lepas kawen 2 minggu aku terus balik UK dan tak pernah jumpa sampai sekarang

and the list goes on...............

Tapi yg paling aku bimbang kalau hubby aku pergi dulu.... rasa tak puas lagi hidup bersama (walaupun kitorang selalu bertekak..:)), siapa nak sayang aku nanti, siapa nak bagi aku semangat kalau aku down, siapa nak baiki komputer aku, siapa nak tolong aku vacuum rumah dan seterusnyer...

Dan yg paling aku takut...
Kalau aku yg pergi dahulu... sesungguhnyer aku belum bersedia..aku belum jadi hamba Allah yg sempurna, isteri yg taat setia, anak yg membalas jasa, kakak/adik yg baik, kawan yg sentiasa disisi kawannyer...alamak banyak nyer yg aku belum jadi.. semoga dipanjang kan umur aku..Amin

Sesungguhnyer..all this thought ...membuatkan aku rasa bersyukur dgn apa yg aku ada... Alhamdulillah.