"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday, 20 July 2012

Dejavu di Kinabalu

Anda tengok drama Dejavu di Kinabalu ???

Hero & Heroin drama

OK... pada aku cerita ni biasa je. Cerita cinta ala korea yang teramatla slow-mo. Aku x minat cerita cinta slow-mo nih. Rasa nak pengsan tunggu ending. The only reason aku tengok cerita ni adalah kerana Aqasha.

Aku  dari keluar cerita Embun dulu mmg dah mula minat ngan Aqasha nih. Pas tu dalam drama Mertua vs Menantu. Tapi sekadar lite-lite ajer. Kemuncak nya adalah semasa menonton drama lakonan beliau dalam Gemersik Kalbu. Mantop OK.. sampai berdarah hidung ahkak. huhuhuh

OST Gemersik Kalbu = Obsessiku

Tapi watak beliau dalam DKK ini x best sangat. Jiwang terlampau and a bit selfish. Tapi sebagai peminat tegar beliau aku tabah je tonton tiap2 siri.

Owwhhhh. OST DKK ni boleh tahan meruntun jiwa juer. Tolong hayati video di bawah untuk kesan jiwang yang maksimum



Ni plak gambar Rebecca Nur Islam a.k.a Uzma kakak kepada Nadirah. Dalam drama ni Rebecca sangat gigih menayang peha beliau yang besau  persis pembentung air Syabas.


4 comments:

Neny said...

aaaa...ko lagi sorang aku kenal minat aqasha!!! aku pon sama, nengok aqasha dlm Gemersik Kalbu, tersengih2 cam kerang busuk sampai laki aku jeles pi tutup tv...hehehe.

BTW, dejavu dikinabalu aku x dpt nk komen sbb TV3 dah x dpt dah. Arial rumah aku tumbang dilanda angin...huhuhu

-dal- said...

Nenny .... Midon pun jengkel dgn aku. hehehhe. Tapi sbb aku cool ajer bila dia suka tengok Rozita Che Wan makanya dia terpaksa pasrah.

Anonymous said...

Dal,

Akak tak tahan dengan slow nye tu. Dan kemudian faktor utamanya Maghrib. Nak tunjuk teladan pada anak-anak, maka terpaksa tutup kecuali bila dapat cuti dari Ilahi...

K.Nas

teratakmuslaily said...

hehe Dal... paling tak minat dgn Aqasha.. (jgn marah yer peminat tegar aqasha hehe)..
so, ko mesti vote for aqasha kan?..
apa endingnya? aku tak pernah tgk pun sbb waktu sgt tak sesuai.. tapi kalau cerita best mcm nora elena (sbb ada aaron aziz) aku sanggup tonton di 'tonton' hehe.. hari tu try tgk kat tonton tapi sgt slow la dal, so aku men'stop'kan tengok huhu..
apa ending'nya? ko tak conclude'kan pun kat entri..