"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Wednesday 24 March 2010

Sahabat Sejati : UNIC

Nasyid ini ditujukan khas untuk rakan karib aku yg baru

Wednesday 17 March 2010

good news

Sebenarnya, kalau ikutkan, aku nak tunggu lagi 2-3 minggu baru nak announce. Tapi, memandangkan aku ni berlakikan insan yang bernama MIDON, makanya, tak sampai 24 jam, berita aku disahkan pregnant telah tersebar ke seantero dunia. Tapi tak pelah, aku malas nak hangin ngan laki aku yg sentiasa over excited ittewww.


so..... Alhamdulillah. Setelah hampir 6 tahun berkahwin akhirnya dah sampai rezeki kami untuk menimang cahaya mata.

Apa perasaan aku????

First impression ---> blur

2nd impression ----> gembira sebab tak payah belikan belikan hadiah birthday midon + wedding annivessary. Mengandung ni kira hadiah la tu. OK... aku memang keji.

3rd impression -----> blur semula

4th impression -----> mula berfikiran negatif

1. Alamak!!! tak laratnya nk melalui fasa morning sickness
2. Alamak!!!! lepas ni mesti tak boleh tidur lena
3. Alamak!!!! lepas ni mesti makan tak puas
4. Alamak!!! mesti lepas ni tak boleh ternganga nganga concentrate tengok movie. Sekejap2 mesti dengar bunyi baby nangis
5. Alamak!!!! mesti sessi gossip aku akan terganggu. Just imagine tengah naik syeh bergossip tetiba anak ajak pegi toilet. Anti klimaks betul

Opppsss... jgn silap sangka, bukan aku tak bersyukur. Cuma dah lama sgt hidup berdua. Dah get used bak kata omputih. This is a new phase in my life. I really need a time to digest everything.


and finally....

5th impression

I'am truly happy. Alhamdulillah.

1. suka sebab sesungguhnya aku di beri peluang untuk naik ke satu peringkat lagi dalam hidup aku iaitu menjadi seorang ibu.
2. Suka sebab boleh kumpul lagi byk pahala. Banyak wooo pahala jadi ibu. (keji lagi sket, macam tak ikhlas)
3. Suka sebab dapat mengandungkan zuriat kami, darah daging sendiri
4. Suka sebab boleh bukak Quinny Buzz
5. Suka sebab boleh bukak kotak baju baby, toys, bla bla bla... hasil peng 'car boot 'an sepanjang kat UK
6. speechlesss.....

Doakan aku sihat dan baby sihat yer kawan2. Selamat sehingga melahirkan. Cukup sempurna sifatnya dan comel lagi bijaksana.

owhh.. lupa nak bagitau. Umur kandungan baru masuk 6 minggu. Belum stabil lagi. Sekarang ni masih fasa berhati hati.




Thursday 4 March 2010

Suratan atau kebetulan

sejak aku balik dari umrah ni... tak pernah sekali pun aku berjaya utk acces ke FORUM CARI. Tak de internet la, page cannot display la. Adakah forum CARI dah tukar website address nyer. Sesapa ada info tolong habaq kat aku yer. Sangat la yer ketinggalan tentang gossip artis terkini



Aku mula rasakan yg doa aku di Masjidil Haram termakbul. (antara doa aku adalah supaya jgn dibiarkan hati aku ni terpesona dengan benda benda yg lagha)

Haruskah aku bersyukur atau rasa kesal??? Setelah berfikir panjang lansung jer aku ucap Alhamdulillah.

Tapi sejam sekali mesti ada attempt nak acces Forum CARI... adakah kerjaya aku sebagai penggiat gossip tnah air akan berkubur. Kita tunguuuu.