"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 22 December 2009

pre-celebration

Happy birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday, Happy Birthday! Happy Birthday to me!

lagi 3 hari nak capai umur 31 dah. Isk..isk... dah tua. Tapi bila ditengok-tengok, pencapaian dalam hidup terlalu la sedikit dan tidak membanggakan. Sayugia itu aku berazam sempena tahun baru ni untuk berubah dalam semua segi. InsyaAllah

Petronas Twin Tower: Up close and personal

Tahun ni birthday dinner kat Restoran Berputar Menara KL ...besh... tolong pergi ye kawan kawan kalau berkesempatan. Recomended. Two thumbs up. Makanannya adalah super delicious. Tak tipu.

Memandangkan sejak balik Malaysia ni aku kehulu ke hilir meeting/kursus/seminar kat hotel 5 star (terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan UKM) makanya review yg aku buat adalah reliable. Daripada korang spend makan dinner buffet kat hotel restaurant baik korang makan kat KL tower ni. Harga pun tak banyak beza. Pemandanganya pulak... subhanallah cantik sangat pada waktu malam.
KL diwaktu senja... masa ni tengah mengadap menara Maybank

So, being me and Midon yang akan sahaja mengoptimumkan bayaran yg telah dilakukan... kitorang sampai dari pukul 6.30 petang lagik. Makan starter + dessert. Pastu pukul 7.30 turun solat. Habis solat bersantai santai kat observation deck sekejap. Pastu pukul 8.30 masuk balik sambung makan sampaila pukul 10.30 malam. Berbaloi baloi.


@ observation deck



Lastly.. thank you hubby for the dinner and the dedicated song. Sangat terharu OK bila dengar dedicated song diiringi mainan piano. Langsung jer nak nangis.

Ralat gambar: tolong.... baju tu buat aku nampak gemuk. Mulai hari ni aku banned baju tersebut

Tuesday 15 December 2009

Bizi kembali....



Semester nak bermola dah. Aku akan bizi sampaila hujung bulan 1. Sekian

Tuesday 8 December 2009

Jom Heboh Heboh

Seperti biasa, kalau aktiviti yg berkaitan dgn artis lansung jer aku akan terkinja kinja nak sertai. Maka, pagi2 buta hari ahad tu kitorang dah bergerak pi Stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan Acara Penutup Karnival Jom Heboh 2009...dengan harapan akan kena interview dengan krew MELODI hehehe. Kalau datang lambat tak dapat parking OK

Sayup sayup di belakang aku tu adalah pelakon Dafi Spa Q. Yg lagi satu tu adalah pelakon tak terkenal sebab aku tak tau nama dia. Oleh kerana aku datang pagi makanya artis yg ada cumalah artis yg suam2 kuku sahaja. Kalau nak best kena datang petang. Tapi malangnya petang tu aku ada urusan yg lebih penting iaitu urusan akhirat.

Kat booth Hot FM.. jumpa Leya. Sangatla yer gaya posing semua adalah sama. Aku ketandusan idea cemana nk posing.Ni kat salah satu booth TV3. Mamat baju merah tu adalah budak yg berlakon jadi anak mak cik Merry kat cerita Cinderella... Faizul ke apa ntah namanya dalam cerita tu. Minah pakai cermin mata tu.. yg jadi Dr. Zulaikha dalam cerita Legasi 43 Karat. Pompuan yg duduk atas kerusi tu, yg jadi makwe Aliff dalam cerita Dendam. Iyer... sememangnya pengetahuan aku tentang drama Melayu sangat menakjubkan. Owhh...Neo Tari Tirana pun ada. Sgt la tak boleh pergi dekat sebab beliau telah dihurungi oleh gadis remaja. Memandang aku dah tak remaja aku mengundur diri saja.

One Nation Emcee tengah perform lagu Raja Gelek.. wah minah lead singer tu bukan main lagi sakan menggerudi.

By the time pukul satu kitorang dah bertolak balik. Masa ni dah mula dah dapat tengok orang bergaduh berebut parking. Media Prima sila perhatian yer supaya perkara ni tak berulang lagi. Kalau ikut hati nak jer aku tunggu konsert, sebab ada Dato' CT & Jac Victor namun dalam setiap perbuatan kita perlu beristiqamah....hehehhe. Maka dengan berat hatinya aku melangkah pergi.

Sekian laporan hiburan minggu ini

Monday 7 December 2009

Congratulation my dear friend

Peristiwa hari Sabtu
Venue: ROmbau
Time: 12 noon


tak bleh letak gambar byk2 nanti Atie marah..hehhehe. .. dan muka aku adalah selenga + sembab sebab demam lepas kena meningitis jab. By the way, congratulation Atie on ur enggagement. I'm really happy for you.

For the NMCians. the bridegroom to be adalah adalah adik Abg Jamil/Kak Fida which also happened to be my ex-classmate masa tingkatan 3 dulu. Gambar beliau adalah sgt ekslusif dan tak diidjinkan dipaparkan di sini.

P/s: Abang Jamil/Kak Fida kena belanja saya 'Moonlight Roses' satu set ni memandangkan saya jadi org tengah untuk diorang berdua. Tak pe, lambat sket pun tak pe hehehe

Thursday 3 December 2009

Natrah: pergi...tak pergi..pergi..tak pergi..


hmmmm... tinggal 6 hari je lagi pementasan. Aku tak decide lagi whether nak pergi atau tak. Komitmen2 lain banyak keliling pinggang.

Walaupun niat asal aku nak pergi adalah semata2 sebab nak tengok Remy Ishak secara close-up and personal (OK..keji) tapi setelah review kata lakonan pelakon2 lain juga adalah sgt mantap (ie. Umie Aida, Maya Karin, Sofia Jane) lansung je aku semakin teruja.

nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...nak pergi.. tak pergi...

Tuesday 1 December 2009

Legaaaa

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Walaupun saki baki penat lelah masih terasa tapi rasa gembira sangat tanggungjawab sebagai sekretariat dapat dijalan dengan jayanya..


Sangat la aku terputus dari dunia maya 2-3 minggu lepas. Banyak perkembangan pesat yg berlaku dikalangan kawan kawan aku.. heehhe(you know who you are). Gossip artis pun dah banyak aku ketinggalan. Nasib baik mak aku sejak2 jadi cikgu pencen nih sentiasa update dgn gossip artis. Sekurang2nya aku dah ada pakar rujuk yg reliable.

Friday 6 November 2009

Cuci The Musical

Aku malas nak komen panjang panjang.. tapi memang bestttt gila sampai rasa nak menitik air mata.

picture credit to http://www.cucithemusical.com/

Oleh itu aku arahkan semua orang pi tengok dalam kadar yg segera. Hari Ahad ni dah abis tayangan. Cepat cepat sebelum ketinggalan.

p/s: aku sekadar menyampaikan pesanan Hans Isaac, dia kata kalau suka tolong habaq kat kawan kawan

Thursday 5 November 2009

finally... he is happy

Aku sorang je ke yg tak rindu dengan kehidupan di Notts...wow, tiba tiba rasa berdosa.Tapi tak bermakna aku lupakan korang-korang disana. Kadang2 tu teringat juga celoteh geng geng yg kepoh . hehehehe. Namun pabila dihidangkan dengan Sate Hj. Samuri lansung je kerinduan tu lenyap. huhuhuhu. Jgn marah ye kakak kakak adik adik. Gurau jer. Tapi Malaysia memang beshhhh.

OK berbalik kepada konteks asal entry ni.. sebenarnya aku nak cerita pasal Midon yg sentiasa rindukan Nottingham. Bak kata pujangga.. dalam keceriaan itu, terselit kerinduan. Tak pe lah, dia memang soka dengan orang-orang Nottingham, berbeza dgn aku yg lagi suka memerap kat rumah tengok TV.

Namun hari-hari mandom beliau telah kembali ceria sejak kehadiran buah hati dari UK. Setelah lama menunggu akhirnya berjaya juga kereta kami keluar dari port. Alhamdulillah.

Mari kita sama sama saksikan keceriaan beliau ----->

Akan tetapi... yg tak beshnya beliau sedikit berlagak OK!!. Start jer engine kereta, terus cakap 'Ha!! ni la baru dinamakan kereta'.

Wah!! sebagai pemilik Kancil buruk yg dah 2 bulan berjasa ahkak adalah sedikit sentapp . Tapi tak pe.. buat sementara waktu, aku idjinkan



Thursday 29 October 2009

Bukan niatku



Bukan la niat aku nak berlagak.... tapi kat Malaysia ni panas gila OK!!! sampaikan dalam bilik air pun aku rasa kena ada kipas

Tuesday 27 October 2009

kemas office

Alhamdulillah... bila aku balik semula ke UKM, aku dapat office lama balik. Bukan apa... sebenarnya banyak khazanah lampau yg aku tak sempat kemaskan sebelum aku pi UK dulu. Walaupun tutor tutor silih berganti duduk kat bilik aku ni, tapi barang2 aku masih tersusun elok cemana aku tinggalkan 6 tahun dulu.

Hari ni free sikit sebab dah minggu exam ... dan otak aku pulak ala2 jammed nak tulis thesis. Maka aku pun amik kesempatan kemas office... buang barang barang tak penting yg selama ni aku sayang nak buang tapi sebenarnya tak de makna nya kalau aku terus menyimpan.

Antara barang2 tak penting yg aku simpan hampir belasan tahun ni adalah nota2 'request' yg aku dapat masa kat MRSM. Ex- MRSM students aku rasa dah well known dgn apa dia request ni. For those yg tak tahu 'request' ni ala gift/makanan berserta nota yg diberikan oleh kawan/classmate/roomatee/secret admire kepada seseorang. Tapi tidakla ia diberi secara direct. Biasanya ia diberikan melalui perantara. Dulu kat MRSM setiap homeroom diberi jadual untuk menjalankan jualan request.

Aku pun tak ingat yg aku masih simpan notes2 nih. I think it is already the time to get rid all this 'cinta monyet' stuff. Yelah aku sekarang ni dah jadi isteri orang... para para 'old flames' juga ramai yang dah jadi bapak orang. Tapi aku rasa kalau masing2 terbaca balik 'kalimah cinta' yg pernah ditulis, mungkin akan aje terjun bangunan mengenangkan kesengalan zaman muda mereka. hehhehe

Request ni bukan semata2 dari secret admire sahaja. Best friend juga diidjinkan untuk menghantar request. Antara2 request2 yg berjaya membuat aku tergelak sorang2 dalam opis adalah request dari Atie.


notes dari atie yg dipenuhi tuduhan terlampau. Aku tak jiwang OK!!!





Nota arahan supaya aku jgn tidur kat surau..hehe --->

Monday 26 October 2009

Rinduu..

Tengah2 tidur malam tadi aku terbangun. Tiba tiba mimpikan ecky dan ichi ... rindu. Lansung je menangis sambil sambung tidur semula.

For other people, they may be only a cats... but for me they are my babies. Macam ecky aku dah bela selama 3 tahun sejak umur dia 2 minggu. Kalau la dia tu manusia mungkin dah pandai berlari. Macam Ichi plak.. walaupun aku baru bela setahun since Kak Hanny/Jon balik Malaysia .. pun aku sayang jugak.


< --- Ichi. masa on the way pergi RSPCA Radcliffe. Tak pandai duduk diam .

Ecky ----> duduk diam jer kat tempat kaki. Aku rasa masa ni dia tau dia nak kena rehoming. Buat muka sedih je sepanjang perjalanan



RSPCA Radcliffe

Sebenarnya dah 3 bulan aku rehoming kucing 2 ekor ni kat RSPCA ... cuma aku tak tergamak nak tulis dalam blog, sebab sedih sangat. Kadang2 aku salahkan diri aku sebab tak mampu nak bawa diorang balik Malaysia. Yelah bukan sikit belanja ... kos nak bawak sekor kucing mencapai 500 pound. Lain la kalau aku ni keja cop duit. Walaupun hati aku ni emosi habis nak bawak balik .. at one point aku cuba bertindak se rasional yg mungkin.

muka aku sembab gila sebab dah 2-3 hari menangis...


Yang boleh aku doakan... supaya mereka dapat tuan baru yg baik. Aminnn

OK, aku tak lalu nak tulis panjang2 sebab air mata dah bergenang. Gambar2 yg dilampirkan adalah saat2 akhir bersama ecky dan ichi

Bye bye Ecky dan Ichi


We'll always love you

Thursday 22 October 2009

Home Sweet Home


Yeay!!!! loan rumah dah approved.

Wednesday 21 October 2009

poppadom



Sebagai menyambut seruan Atie... aku nak tengok Poppadum malam ni kat TGV Mines sambil makan popcorn.

Tuesday 13 October 2009

Regim diet bermula

Jom kawan2... ayoh kita sama sama nyahkan lemak dan kolestrol dari badan kita. Mulai hari ni aku berikrar akan menjalankan regim penurunan berat badan. Sebagai langkah pertama aku dah update Diari Kurus yg telah lama terbiar sepi .

Saya dah mula. Anda bila lagi (macam iklan MLM la plak)

Aku sudahi entry ini dengan ucapan

KALAU SITI BOLEH, KITA PUN BOLEH... sekian

Wednesday 7 October 2009

post- raya depression

Dah lama tak mengupdate blog. Nak kata busy sgt pun tidakla busy. Ala setakat busy busy biasa jer. Al maklumlah lepas lepas raya ni, aktiviti beramah mesra dengan kolestrol memang tak putus2.

Kalau weekend tu, memang dari pagi sampai malam berjimba atas highway bergerak dari satu rumah ke rumah. Hari kerja plak tak habis - habis dgn jamuan harian raya jabatan la, fakulti lah, university lah, kesatuan sekerja lah.

Selebihnya, sambutan hari raya aku macam orang lain juga. Sila rujuk di blog blog berdekatan. .. sebab aku malas nak tulis benda yg sama.

Lagi satu sebab aku tak update blog, sebab kat rumah tak de internet lagik. Aku tak biasa curi2 tulang masa kerja ni. Pabila waktu bekerja tiba, aku akan bekerja dengan tekun.... huhuhuhu. Tolong muntah ye kawan kawan.

OK la... aku terpaksa berenti mem'blogging' demi tuntutan khidmat masyarakat.

Thursday 17 September 2009

surat rasmi


tolong...tolong.... aku dah separa pitam nak buat surat rasmi. Dah dekat 2 jam aku dok termenung depan komputer.

Biasala.. balik2 ni kena buat kerja admin sket2, bagi surat kat org tu, bagi surat kat org ni.

Aku rasa skill aku untuk mengarang ayat 'sempurna' dalam Bahasa Melayu dah berkarat. Tapi yg tak bestnya English aku pun tak de la power rangers sgt. Inilah akibatnya kalau menulis/bercakap dalam bahasa rojak + bahasa pasar + bahasa rempit. Boleh menitik air mata Ungku Aziz kalau tengok hasil karangan aku.

Tiba2 rasa nak tepon mak aku. Beliau adalah Cikgu BM pencen. Mungkin beliau boleh menyelamatkan aku. Mama!!!! tolonglah anak mu ini.

Monday 14 September 2009

Ucapan dariku untukmu

Sebelum aku terlupa...... dengan hati yg tulus ikhlas ingin aku sampaikan ucapan ini


dengan pesanan berhati-hati dengan lemak dan kolestrol di musim perayaan ini. Ingat!!! mereka adalah pembunuh.

Sekian ucapan dari aku yang mempunyai 4 helai baju raya.... (gila emo)

Thursday 10 September 2009

pictures says a thousand words....




both of us ....
.

them....


I am loosing my sisters...


he is loosing his brothers




best friend forever.....



Selamat tinggal 46 Bramcote Street ....
Selamat tinggal Iki & Ichi ....
Selamat tinggal NMC'ians ..... ada rezeki kita bertemu lagi. Thanks for everything and I'll never forget any of you.

Selamat tinggal Nottingham

Wednesday 9 September 2009

yeay..

yea...yeahhh ( version Bandi Amuk di ERA)

Bilik aku dah internet. Lets ronggeng !!!!!

Thursday 3 September 2009

Malaysia oh Tanahairku

Hola everybody…

Selamat berpuasa diucapkan, hari tu sebelum puasa tak sempat nak bagi kata kata aluan. Semoga ibadoh kita di sepanjang bulan yg mulia ni diberkati olehNya. Habis puasa nanti bolehla puan puan sambung aktiviti2 tak bermoral yg sering dilakukan.

Hari ni genap 13 hari kita berpuasa… bermakna dah 13 hari juga aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia tercinta , chewah. Kepada kawan2 diperantauan dipersilakan untuk cemburu.



Kronologi kepulangan aku ke Malaysia:


0900: Shariza a.k.a Sherry, tetamu pertama yg sampai untuk mengucapkan selamat tinggal. Diikuti dengan kak Has Kamal, Kak Maft dan kak Yati Nazri. Jiran sebelah, Puan ZZ sentiasa ada untuk memberi sokongan moral dan bekalan makanan : ))


1130: makin ramai yg datang. Aku pun ingat2 lupa siapa. Yang aku ingat, Fara, Kak Fida, Kak Tim, Ciki Nur, Kak Shanaz, Eija, Mashitah, Aishah, Ana, Kak Zana, Mazlina, Ros dan Azura dan. Terima kasih korang sebab sudi membabai aku. Terima kasih juga kepada yg menelefon dan berkirim salam. Terharu aku. Masa ni dah start sebakkk dah. Macam tak percaya je nak pergi meningglkan Notts.


1300: Sempat lari pergi rumah sebelah kejap untuk lunch. ..lauk asam pedas ayam dan bendi tajaan ZZ. Sodapppp. Burrpp

14.00: Sessi nangis2 pun bermula. Wahh… sakan aku menangis. Memula aku ingat aku tak sedih pun. Rupa-rupanya sedih gila. Bekerja keras kelenjar air mata aku hari tu.


1430: Bertolak ke Heathrow menaiki BMW Muzammil yg terkini lagi sensasi. Terima kasih abg Jamil sebab sudi hantar kami. Terima kasih juga kepada dayang2 pengapit i.e: Zamri dan Hisham-Royal. Jasamu tetap dikenang.

1700: Sampai ke Heathrow dengan selamat. Wah.. tak sakit badan lansung naik kereta Abg Jamil.


1715 : Lepak2 depan departure area sambil makan cucur badak dan karipap tajaan kak Cahaya. Terima kasih kakk… melampau sedapnya, cepat jer habis. Aku dapat makan 3 keping jer. Semua orang kebuluran kekdahnya.


1800: Beratur untuk check-in. Masa ni jumpa penyanyi/pelakon Shah Rezza, Syed Sobri n Azie. Memandangkan aku tengah mode sayu, so aku buat tak paham jer. Kalau tak, mesti aku gedik nak amik gambar sama.


1815: Petugas kaunter cakap kapal terbang delay ke pukul 7.00 esok paginya. Tapi Alhamdulillah, MAS provide hotel + dinner + breakfast.


1830: Makan nasi lemak tajaan kak Fida pula…. Kekenyangan lagi sekali. Terima kasih kak Fida. Memang sedap nasi lemak tuhh. Boleh gulung tikar lah tokeh nasi lemak kat Pasar Malam Bangi ni kalau kak Fida meniaga.


1900 – 1945: Turn Midon plak untuk berpisah dengan kawan2nya. Punyalah lama, dekat satu jam. Peluk jer dah 4-5 kali aku rasa. Tapi tak naik naik bas jugak. Tak pelah, aku biorkan aje.

2000: Check in hotel. Tidur sekejap ---> makan ---> tidur semula ---> breakfast


0430 (21/08): Bas amik untuk pergi Heathrow. Sampai2 diorang cakap flight delay ke pukul 1000 plak. Agak hangin la jugak kami

1000: Akhirnya, kapal terbang berlepas. Alhamdulillah. Tapi tak dapat nak upgrade business class. Benciiii. Review aku mengenai perkhidmatan MAS: Makan Cuma 2 kali. Dah la sikit. Lapor siuttt. The rest OK jer.


0500 pagi(waktu Malaysia) tanggal 22/08/09: Alhamdulillah. Akhirnya kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah hampir 6 tahun merantau di tempat orang. Sepanjang aku disana Cuma 2 kali aku balik ke Malaysia iaitu masa aku balik kawin tahun 2004 dan juga last year masa arwah Hamidi (Midon’s twin brother) meninggal. Bermulalah suatu fasa baru dalam kehidupan aku. Insyaallah.

Tapi… handbabg kena curi la pulak. Grrrrrr… marah btoln aku. Lain kali la plak aku cerita pasal ni….till then. bubaii

Wednesday 19 August 2009

bizibee - episode 2.

wah... laser betul KOG a.k.a kak Lin Fahmi sound aku dalam entry lepas. heheheh. Sorrylah, desktop dah masuk kontena. Sekarang ni pakai laptop... lembab nak mampus macam siput sedut. Al-maklumlah laptop zaman Hang Tuah.

Sekarang ni tengah kat school sekejap. Lega rasanya dapat guna desktop.

sambungan entry yg lepas




Acara mengangkat barang bermula ....
Inhouse supervisor - sape lagi kalau bukan laki aku yg gila kuasa...







Barang dah mula upload dalam kontena ---> terima kasih tak terhingga kepada para2 badang sekelian. Warga Notts memang rawkk











Para engineer susunan barang tengah berbincang cemana nak bagi kontena muat. Punya lah banyak barang aku.. kontena 20 kaki pun ala2 tak muat gitu











Akhirnya... siap dah upload barang dalam kontena . Buat partition untuk masukkan kereta plak..


Bersambung lagi di episode seterusnya...

bizibee

..... busy packing barang sampai rasa nak pitam. Sekarang ni pun otak aku tengah jammed sebab penat melampau. Rasa tak tercapai akalku nak structure ayat. Tapi emo jugak nak tulis entry sebab dah 2 minggu lebih tak update blog. So.. korang tengoklah gambar2 untuk mewakili hidup aku yg porak peranda akhir2 ni.



Barang yg dah siap packing ----> masa ni rasa macam nak tempeleng diri sendiri 8 kali sebab banyak sangat beli barang










17/08/09: Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Hari mengangkat barang ke dalam kontena.

<--- gambar kontena parking depan rumah









Akan bersambung di episod seterusnya......

Monday 3 August 2009

Nur Kasih

picture from here

Membilang hari... tak sabar tunggu hari Jemaat

Friday 31 July 2009

Tak sehat lagik



Not in a good s
hape.....



Flu + Allergy Reaction + Gastrik + Packing Barang + Kemelut Pilihanraya NMC

Adusss

Rasa macam nak larik pi planet Pluto

Thursday 23 July 2009

Expecto Potronum

Kalau ikutkan malas aku nak buat entry pasal Harry Potter & Half Blood Prince sebabnya sana sini pun org cerita pasal benda yg sama. Tapi memandang kan HP ni adalah salah satu obsession aku makanya aku gagahkan juga menulis. Untuk kenangan masa tua .... yg suatu hari dulu aku pernah jadi seorang perempuan sengal yg chentakan Ronald Weasley.

Pada aku HBP movie ni OK OK sahaja. .... better than OoP. Akan tetapi Midon keluar wayang dengan mulut mengomel ngomel ditambah sedikit dgn cercaan sebab beliau tak paham jalan cerita. Aku hadapi jer dgn senyuman, sebab aku paham perasaan tersebut. Ala2 aku konfius tengok cerita Star Wars.

Seriously... pada aku whether OoP or HBP kedua2 dua novelnya penuh dgn explanation. Adalah super impossible nak muatkan semua fakta dalam movie yg hanya 120 minit. There is always plot jumping here n there yg membuatkan 'non-reader' lost in transaction. So, aku rasa langkah producer nak buat 'Deathly Hollow' dalam 2 bahagian sangatlah dialu-alukan. sebabya dalam DH lagila kan, diorang akan buat conclusion dalam semua aspek. Kalau nak main jumping2 plot mau ada orang bakar panggung.

Fakta aku dan Harry Potter:

* Average aku baca setiap buku HP adalah 3 kali. So, 3x7=21 kali. Tiap2 kali Midon nampak aku ulang baca HP, mesti dia bagi syarahan perdana berbunyi ' Yang, kalau ko baca Quran mesti dah khatam 8 kali'. Malas aku nak layan

* Average aku tengok setiap movie HP adalah 5 kali. So, 5x5=25 kali +1 (HBP movie). Sangatla dah hapal dialog yer.

* Buku Harry Potter yg paling best adalah 'Half Blood Prince' dan 'Deathly Hollow'. Yer aku tau aku cakap aku suka HBP the most dalam the previous entry. But today realized that I love both of them equally.

* Movie Harry Potter yg paling best adalah 'HP & Prisoner of Azkaban'. Suka sebab ada element turning turning time.

* Satu-satunya movie HP yang lagi best dari novel adalah 'HP & the Goblet of Fire'. Mungkin sebab byk action kot.

* Aku selalu tertanya-tanya berapakah yuran pengajian di Hogwarts School of Witchcraft and Wizadry.

* I wish my PhD. supervisor is Albus Dumbledore.

OK la korang ..babai. I am off to Hogwarts.


Tuesday 14 July 2009

updates


New updates

* sekarang ni rasa macam dah bernafas semula ---> got my normal life back. Will blog about it later, not soon...but I will.

* problems will never end ... that's what so called life. But here I am 'jatuh dan bangun semula'. Thanks to Allah for giving me the strength. Thanks to all of you for the calming words. I really appreciate it.

* Barn Buddy dah reached rank 11 ---> Ok, itu pun nak cerita ker

* rumah aku dah macam tongkang pecah ---> but for the first time I am happy looking at the messiness(betul ke perkataan ni??) because it means I am going home to Malaysia soon... owh sungguh happy.

* can't wait to watch Harry Potter new movie released. I always like Half Blood Prince book the most.



Wednesday 1 July 2009

kepanasan



Dekat UK sekarang tengah peak summer. Panas sungguh... rasa macam nak pitam. Tekak haus toksah nak cakap la. Kalau jumpa cendol mamak boleh sujud syukur dibuatnya.



Aku rasa semua tempat panas kot. Kat FB stats tu tak kira di mana juer semua orang mesti buat statement kepanasan. Mungkin inilah yg dinamakan global warming. Tapi ingin aku tekan kan disini ye kawan kawan yang bahawasanya neraka jahanam itu adalah beribu kali lebih panas. Oleh itu aku menyeru, bagi sesiapa yg rasa ada banyak dosa itu bolehla mengambil kesempatan ini untuk berlatih.... hahahahaha (OK... lawak macam bangsat. Maafkan aku kawan2, sebenarnya emosi aku belum berapa stabil).

OK la korang.... aku nak sambung menangis. Babai.

p/s: usah risau dangan status psikologi aku. Masalah biasa untuk seorang pelajar PhD yg tak habis habis belajar.... kata pun Permanent Head Damage.

haa... lagi satu nak bagitau memandangkan blog aku ni dah jadi blog private, makanya new entry tak akan di update dekat blog list/link korang. Aku pun tak tau kenapa. Mmg sistemnya macam tu kot. So link tu akan sentiasa appear sebagai 'Tak tumbuh tak melata' meskipun aku ada new entry. Sekian.