Actually aku pun tak berapa nak pasti nak buat entry pasal apa sempena perasmian semula blog aku nih. Memandangkan sekarang nih tengah demam Euro 2012 tak salah rasanya aku menyumbang sepatah dua kata berkenaan dengan permainan bola sepak nih.
Malam ni semi final match between GERMAN vs ITALY. Memandangkan team tanah tumpah darahku iaitu INGIRLAND dah balik kampung makan scone, dan team kekasih gelapku abang CR7 iaitu PORTUGAL pun dah bungkus maka aku dengan rasminya menjadi penyokong team GERMAN. Dah buhsan tengok ESPANIA asyik menang je.
Rentetan dari cerita bola nih...sebenarnya aku dah terexpose dengan bola sejak kecik lagi memandangkan ayah aku adalah coach team bola sepak yang berkaliber tidak kira di mana saja beliau mengajar. Selaku anak coach aku pun dapat la tempias glemer hehehhe. Ala2 Posh Beckham gituh.
Dulu aku sangat penyokong tegar skuad Johor yer. Zaman2 Abas Saad dan Erwin Boban. Mula2 kenal bola sepak EPL masa kat U. Masa tu team Menyu sedang meniti kegemilangan. Tapi sebagai seorang remaja gedik aku rasa aku lagi minat David Beckham dari minat game. Biasala, budak baru nak jadi artis bak kata Atie.
Kemudian tahun 2002, first time follow World Cup dengan bersungguh2. May be sebab masa tu main kat Jepun, so tak pyh bangun malam2 utk tengok game. Masa ni zaman kegemilangan Ronaldo Brazil.
Tahun 2004, aku kawen dengan peminat tegar bola sepak. Di tambah pulak masa ni dah duduk kat UK. Tak payah bersengkang mata nak tunggu bola. Game biasa pukul 7 or 8 malam. Jarang2 miss tengok bola. Memang besh ahhhh. Masa ni nama pemain semua kat hujung jari lah. Sebagai isteri solehah, aku menurut kata suami supaya menjadi penyokong club kegemaran beliyau iaitu Chelsea. Tapi kadang2 aku sokong jugak Menyu sebab masa tu abang CR7 main Menyu. hehehehe
Abang CR7
Tahun 2009, balik Malaysia aku dah tak follow sangat EPL nih. Ketamanya sbb malas nak bangun malam. Keduanya sebab aku ibu mithali, busy jaga anak. Ketiganya sebab rumah aku tak de Astro. Jarang2 sangat le tibi tigasuku nak tayangkan game2 EPL nih. Basically sejak balik Malaysia ni aku cuma follow championship yang besaq2 je iaitu World Cup 2010 dan EURO 2012. Itupun tersengguk2 menahan mata nak tunggu siaran pukul 2.30 am. Selalu nengok bola dalam mimpi jek.
OK lah... dah pukul 11 malam ni. Aku nak nap jap. Nanti pukul 2.00 nak bangun. Nak jadi pom pom girl untuk Germany.
4 comments:
abes dah suma team ko bungkus Dal (akak pun huhuhu).. sila la pilih Italy selepas ini yer.. hehehe..
aku blur, sapakah CR7 itu...mungkin arwah abah hanya polis...heheheheh
Kak Laily.... EURO 2012 kali ni ku lalui denga penuh kekecewaan hehhe
areT ..... mohon buat sedikit kajian literasi mengenai persada bola sepak antarabangsa
Post a Comment