"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday, 25 July 2010

Shusi King..... again

Semalam pergi Alamanda planned nak tengok Inception lakonan Leornado D Kopi O. Surat khabar review macam best gila cerita ni. Nurul the cousin pun beria2 buat status kat FB mengatakan cerita ni worth to watch. Tapi malang nya tiket pukul 9.30 dah habis jual. Tiket pukul 12.30 malam adala. Malas la aku. Ngantuk. Lepas tu mesti banyak wayang ringan-ringan di sekeliling aku nanti. Wah.. sungguh cabul tangan aku membuat tuduhan.

So... the next agenda, makan2 time. Dua kali sebelum ni, kitorang akan tuju ke Chakri Express. Tapi dua dua kali tersebut jugak la aku kecewa sbb the food adalah sgt ala2 sahaja. Aku moskil jugak, sebab sebelum ni makan kat Chakri Palace dekat Plaza Armada (yg tepi federal Highway tu) aku rasa macam sedap gila. Tapi kat Chakri Express lansung tak kena dengan selera aku. Sayugia itu, aku ngan Midon dah memangkah Chakri Express dari list tempat makan kami.


Kalau ikut aku, aku teringin nk makan kat Manhattan Fish Market. Tapi Midon dengan kereknya dia kata he's not in the mood on western food. Last-last masuk Shushi King jer la. sentiasa sedap dan menyelerakan... dan murah juga.

Saksikan kegembiraan aku menchopstik shusi kegemaran.. FISH ROE. Yummy yummy. Midon plak mesti makan shusi belutt. Ewww.

2 comments:

areT said...

Inception tu best gak la..mimpi dlm mimpi..tp agak mengantuk di awalnyer..sempat gak la aku p kencing dan masuk semula tp terlupa tmpt dodok....ada org gelakkan aku..heheheh

-dal- said...

hehe.. aku ada pun pi toilet gak sebelum movie mula. Pastu salah masuk panggung, termasuk panggung cerita Mantra. Macam takut jer cerita tu