"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday, 27 July 2010

Inception..... 5 stars !! Phewittt

Kepada anda anda yang gemarkan heavy drama sila tengok cerita ni yer. Pasti tak akan menyesal. Tak rugi bayar duit tiket wayang/parking/minyak kereta/ popcorn/air coke.
Untuk aku yg memang fanatik dgn dunia perfileman, memang rasa dah lama sangat Hollywood tak keluarkan cerita yang betul-betul meningglkan kesan kpd penonton. Semuanya setakat ala2 sahaja. Tak de cerita yg membuatkan aku nak tengok 2-3 kali. Demi cerita ni juga aku masuk balik forum berkaitan movie yg dah lama aku tinggalkan semata-mata nak berdiskusi dengan fanatik2 movie macam aku. Dan demi itu aku sanggup amik cuti separuh hari demi nak membuat research yg lebih mendalam pasal movie ni. Seriously teruja OK.
On the concept, generally INCEPTION ni sama je dengan konsep THE MATRIX dan AVATAR. But if we go deeper, we can see the differences between the movies. Avatar mengetengahkan konsep perwakilan minda dalam jasad yg berlainan tetapi pada dunia yg sama. The Matrix melibatkan kemasukan ke universe/dunia lain dalam keadaan separa sedar. Dalam The Matrix universenya adalah lebih besar dan banyak related dengan terma IT dan cyber. Untuk Inception pulak dunia yg dimasuki adalah dunia mimpi. Personally, aku lebih suka konsep Inception sebab lebih dekat dengan realiti. Iyela, setiap orang pastinya mengalami mimpi.
Aku cerita panjang pun tak guna sbb cerita perlu ditonton untuk difahami. Aku yg dah tengok ni pun masih confuse. Malam tadi macam faham. Lepas baca review/ diskusi kat forum A.. jadi tak faham. Lepas tu masuk forum B... faham balik. Pastu.. masuk Forum C... makin tak faham. Memang thrill la tengok cerita ni. Akan kutonton lagi sekali weekend ni.
Namun... kesukaan/kegemaran seseorang terhadap sesuatu muvie adalah sangat subjektif. Ramai juga yg kata cerita ni boring. Slow pace, susah difahami dan sebagainya. Satu je pesan aku, sebelum masuk wayang sila pastikan anda dah masuk toilet siap2 sebabnya kalau miss jalan cerita dalam 5-10 minit aku confirm lepas tu korang akan totally lost.

4 comments:

the seasonal blogger said...

egegegg. best kannnnn. yeah haa.

kak cahaya said...

byk entry makan2 nih...tapi salute ler badan tak naik..maintain je...

-dal- said...

Kak N... sgt kan. I tgh gigih mendownload untuk collection

Kak Yati ... memang pun berat tak naik sgt. Tapi aku muka jer nampak kecik, tapi diameter pinggul bertambah la jugak hehhe

areT said...

aku mmg dah agak kau mmg suka citer berat2 ni...