"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 13 June 2013

Misi Hampa

Segala bermula dengan pemboikotan produk Israel. . Nak derma duit, aku x berduit. Jobless kata... Nak pergi berperang, dengan mercun katak pun aku takut. So aku buat la setakat termampu. Iaitu memboikot McD dan Nescafe.

Boikot McD mudah je. No sweat bebeh, sbb aku lagi suka makan berger Ramly. On the other hand, nak boikot Nescafe  memerlukan jati diri yang tinggi. Agak tertekan hidup buat seketika Dah banyak cap coffee aku try. Dari Alicafe ke Superpower ke Indocafe ke Coffeemix hinggakan Kopi 434 yang menjadi kebanggaan rakyat MuOr (read Midon) pun aku taram. Tapi takde satu pun yang mampu memberikan kesan umpphh yang signifikan.

Segalanya bermula dengan kunjungan aku ke rumah adinda di Kota Damansara. Beliau telah memperkenalkan aku dgn Instant Teh Tarik bertajuk Chek Hup. Memula aku mengeji .. cheh produk chinese ni (sedikit 'resis' di situ.. idjinkan). Tp masa tu x de choice. Rumah beliau x de kopi (pening kepala minum kopi katanya). Aku plak mmg dh habit, sarapan pagi kena minum air panas (mat saleh la katan...). So, layankan jelah si Chek Hup. Rupa rupanya....  Sedappp OK. Setakat teh tarik mamak Impian Maju Seksyen 4 tu memang boleh celen la. Masa nak balik Bangi, siap mintak satu sachet lagi nak buat sampel pencarian.

Pagi tadi puas meround Econsave, Giant dan Pasaraya CS( x glemer lansung nama :D) cari teh Chek Hup. Hampa sangat rasa hati dengan misi yang x kesampaian. Biasala aku, bila bab makan minum ni emotional lebih. At last aku terpaksa berpuas hati dengan 'Teh Tarik Nona'.


Review on ' teh Tarik Nona': Hmm... boleh tahan. Tp Check up lagi Ho Liau.

Next week nk shopping groceries kat TESCO... semoga dipertemukan dengan Teh Chek Hup idaman hati.

4 comments:

Neny said...

aku baru berkira2 nak invest kat coffee machine dan cari biji kopi sedap kat Coffee beans...tapi ongkosnya besar! Plus coffee beans pon dalam senarai boikot dak?

-dal- said...

Aku pun ala2 jatuh hati ngan 'dolce-gusto' hehehe. BTW.. status coffee bean adalah x pasti

areT said...

nama agak x glamer 'chek hup', tp rasa nyer ho liau...so manakah tempat kau perlu kau tujui?tanya adik ko mana dia beli?

-dal- said...

Adik aku beli di Giant KD katanya.