"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday 11 February 2010

Semoga diberkati....


Sudah sampai masanya aku mengikuti jejak langkan Dato' CT Nurhaliza dan Rozita Che Wan untuk pergi menjejakkan kaki ke tanah suci. hehhehhe. OK itu intro jer.


InsyaAllah, dengan izinNya aku akan pergi menunaikan umrah pada 15 Februari ni. Sepatutnya aku pergi 25/12 hari tu. Tapi ada problem visa la apalah, so terpaksalah ditunda hinggalah ke minggu ni. Ni pun tak tau lagi samada ditunaikan niat aku tu. Iyerlah... kekadang kalau kita belum bersedia, Allah tak perkenankan hajat kita untuk jadi tetamuNya di Tanah Haram. Perkembangan setakat ni, Visa dah approved, flight ticket pun dah confirmed. Harap2 tak de last minute cancellation.

OK bersempena dengan kepergian aku ni, aku mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada kawan kawan diluar sana diatas semua salah silap aku tak kiralah dalam apa segi sekalipun, samada deraan mental ataupun fizikal. Kalau ada yang aku berhutang tu bagitau, kalau baik hati halalkan la ;D.

Semoga kepergian ini menjadi suatu titik permulaan untuk aku untuk menjadi muslimah yg lebih sempurna. Semoga lepas balik ni aku menjadi orang yg lebih sabar, kurang meroyan dan merempan-rempan, kurang bergossip, jadi anak/menantu yg lebih baik dan seterusnya.

Untuk rakan-rakan diluar sana, jika ada kesempatan dan diberi ruang, InsyaAllah akan aku doakan kesejahteraan korang semua. Untuk rakan2 yg sama2 membuat PhD. akan aku doakan supaya urusan research kita dipermudahkan dan amanat untuk membawa pulang PhD. dapat dilaksanakan. InsyaAllah.

Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang yer kawan2. Sampaikan juga salam aku kepada semua yg mengenali diri ini (wow.. ayat jiwang)

Untuk memastikan fokus ibadah aku tidak tersasar, aku akan meng 'offline'kan diri aku selama 2 minggu. No emailing, no blogging, no facebooking dan apa2 saja yg seangkatan dengannya.

Semoga kita ketemu lagi. Insya Allah

Monday 1 February 2010

Idjinkan aku...

Idjinkan aku meroyan hari ni yer kawan2.

Intipati royanan adalah seperti berikut

* suka hati aku la nak kalerkan dinding rumah aku kaler oren

* suka hati aku la tak nak ada italian furniture

* suka hati aku la kalau aku tak minat chesterfield

*suka hati aku la kalau aku tak nak display pinggan mangkuk aku

* suka hati aku la tak nak buat langsir ada gambar bunga ros besar penumbuk

* suka hati aku la kalau aku tak nak buat deko english style. Bila masa plak ada fatwa yang mengatakan semua orang balik dari UK wajib buat english style.


No offence kepada penggemar english deco. It is a nice deco... just, it is not my preference

I never bothered on how other people decorate their house, so I expect the same thing from the others.

Sekian.... dari aku yg berjiwa kacau.

Kerja berlambak2, projek make-over rumah tak siap2 lagik, writing thesis lagik, itu lagi.. ini lagik ....