
Dah lama tak mengupdate blog. Nak kata busy sgt pun tidakla busy. Ala setakat busy busy biasa jer. Al maklumlah lepas lepas raya ni, aktiviti beramah mesra dengan kolestrol memang tak putus2.
Kalau weekend tu, memang dari pagi sampai malam berjimba atas highway bergerak dari satu rumah ke rumah. Hari kerja plak tak habis - habis dgn jamuan harian raya jabatan la, fakulti lah, university lah, kesatuan sekerja lah.
Selebihnya, sambutan hari raya aku macam orang lain juga. Sila rujuk di blog blog berdekatan. .. sebab aku malas nak tulis benda yg sama.
Lagi satu sebab aku tak update blog, sebab kat rumah tak de internet lagik. Aku tak biasa curi2 tulang masa kerja ni. Pabila waktu bekerja tiba, aku akan bekerja dengan tekun.... huhuhuhu. Tolong muntah ye kawan kawan.
OK la... aku terpaksa berenti mem'blogging' demi tuntutan khidmat masyarakat.