"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 17 September 2009

surat rasmi


tolong...tolong.... aku dah separa pitam nak buat surat rasmi. Dah dekat 2 jam aku dok termenung depan komputer.

Biasala.. balik2 ni kena buat kerja admin sket2, bagi surat kat org tu, bagi surat kat org ni.

Aku rasa skill aku untuk mengarang ayat 'sempurna' dalam Bahasa Melayu dah berkarat. Tapi yg tak bestnya English aku pun tak de la power rangers sgt. Inilah akibatnya kalau menulis/bercakap dalam bahasa rojak + bahasa pasar + bahasa rempit. Boleh menitik air mata Ungku Aziz kalau tengok hasil karangan aku.

Tiba2 rasa nak tepon mak aku. Beliau adalah Cikgu BM pencen. Mungkin beliau boleh menyelamatkan aku. Mama!!!! tolonglah anak mu ini.

Monday, 14 September 2009

Ucapan dariku untukmu

Sebelum aku terlupa...... dengan hati yg tulus ikhlas ingin aku sampaikan ucapan ini


dengan pesanan berhati-hati dengan lemak dan kolestrol di musim perayaan ini. Ingat!!! mereka adalah pembunuh.

Sekian ucapan dari aku yang mempunyai 4 helai baju raya.... (gila emo)

Thursday, 10 September 2009

pictures says a thousand words....




both of us ....
.

them....


I am loosing my sisters...


he is loosing his brothers




best friend forever.....



Selamat tinggal 46 Bramcote Street ....
Selamat tinggal Iki & Ichi ....
Selamat tinggal NMC'ians ..... ada rezeki kita bertemu lagi. Thanks for everything and I'll never forget any of you.

Selamat tinggal Nottingham

Wednesday, 9 September 2009

yeay..

yea...yeahhh ( version Bandi Amuk di ERA)

Bilik aku dah internet. Lets ronggeng !!!!!

Thursday, 3 September 2009

Malaysia oh Tanahairku

Hola everybody…

Selamat berpuasa diucapkan, hari tu sebelum puasa tak sempat nak bagi kata kata aluan. Semoga ibadoh kita di sepanjang bulan yg mulia ni diberkati olehNya. Habis puasa nanti bolehla puan puan sambung aktiviti2 tak bermoral yg sering dilakukan.

Hari ni genap 13 hari kita berpuasa… bermakna dah 13 hari juga aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia tercinta , chewah. Kepada kawan2 diperantauan dipersilakan untuk cemburu.



Kronologi kepulangan aku ke Malaysia:


0900: Shariza a.k.a Sherry, tetamu pertama yg sampai untuk mengucapkan selamat tinggal. Diikuti dengan kak Has Kamal, Kak Maft dan kak Yati Nazri. Jiran sebelah, Puan ZZ sentiasa ada untuk memberi sokongan moral dan bekalan makanan : ))


1130: makin ramai yg datang. Aku pun ingat2 lupa siapa. Yang aku ingat, Fara, Kak Fida, Kak Tim, Ciki Nur, Kak Shanaz, Eija, Mashitah, Aishah, Ana, Kak Zana, Mazlina, Ros dan Azura dan. Terima kasih korang sebab sudi membabai aku. Terima kasih juga kepada yg menelefon dan berkirim salam. Terharu aku. Masa ni dah start sebakkk dah. Macam tak percaya je nak pergi meningglkan Notts.


1300: Sempat lari pergi rumah sebelah kejap untuk lunch. ..lauk asam pedas ayam dan bendi tajaan ZZ. Sodapppp. Burrpp

14.00: Sessi nangis2 pun bermula. Wahh… sakan aku menangis. Memula aku ingat aku tak sedih pun. Rupa-rupanya sedih gila. Bekerja keras kelenjar air mata aku hari tu.


1430: Bertolak ke Heathrow menaiki BMW Muzammil yg terkini lagi sensasi. Terima kasih abg Jamil sebab sudi hantar kami. Terima kasih juga kepada dayang2 pengapit i.e: Zamri dan Hisham-Royal. Jasamu tetap dikenang.

1700: Sampai ke Heathrow dengan selamat. Wah.. tak sakit badan lansung naik kereta Abg Jamil.


1715 : Lepak2 depan departure area sambil makan cucur badak dan karipap tajaan kak Cahaya. Terima kasih kakk… melampau sedapnya, cepat jer habis. Aku dapat makan 3 keping jer. Semua orang kebuluran kekdahnya.


1800: Beratur untuk check-in. Masa ni jumpa penyanyi/pelakon Shah Rezza, Syed Sobri n Azie. Memandangkan aku tengah mode sayu, so aku buat tak paham jer. Kalau tak, mesti aku gedik nak amik gambar sama.


1815: Petugas kaunter cakap kapal terbang delay ke pukul 7.00 esok paginya. Tapi Alhamdulillah, MAS provide hotel + dinner + breakfast.


1830: Makan nasi lemak tajaan kak Fida pula…. Kekenyangan lagi sekali. Terima kasih kak Fida. Memang sedap nasi lemak tuhh. Boleh gulung tikar lah tokeh nasi lemak kat Pasar Malam Bangi ni kalau kak Fida meniaga.


1900 – 1945: Turn Midon plak untuk berpisah dengan kawan2nya. Punyalah lama, dekat satu jam. Peluk jer dah 4-5 kali aku rasa. Tapi tak naik naik bas jugak. Tak pelah, aku biorkan aje.

2000: Check in hotel. Tidur sekejap ---> makan ---> tidur semula ---> breakfast


0430 (21/08): Bas amik untuk pergi Heathrow. Sampai2 diorang cakap flight delay ke pukul 1000 plak. Agak hangin la jugak kami

1000: Akhirnya, kapal terbang berlepas. Alhamdulillah. Tapi tak dapat nak upgrade business class. Benciiii. Review aku mengenai perkhidmatan MAS: Makan Cuma 2 kali. Dah la sikit. Lapor siuttt. The rest OK jer.


0500 pagi(waktu Malaysia) tanggal 22/08/09: Alhamdulillah. Akhirnya kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah hampir 6 tahun merantau di tempat orang. Sepanjang aku disana Cuma 2 kali aku balik ke Malaysia iaitu masa aku balik kawin tahun 2004 dan juga last year masa arwah Hamidi (Midon’s twin brother) meninggal. Bermulalah suatu fasa baru dalam kehidupan aku. Insyaallah.

Tapi… handbabg kena curi la pulak. Grrrrrr… marah btoln aku. Lain kali la plak aku cerita pasal ni….till then. bubaii