"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday, 6 April 2008

AF rock kapak konsert

Lately tak de benda best yg berlaku kat sekeliling aku.. so lagi sekali aku akan menulis pasal AF. Sesapa yg rasa muak tu, sila abaikan n3 aku ni.

Aku rasa orang2 yg lahir late 70’s dan awal 80’s akan meniti zaman keremajaan dgn lagu-lagu rock kapak (wow.. ayat). Lagu2 ni mmg dah sebati dgn jiwa aku. Lirik tu mmg dh terlekat kat otak… aku rasa tak der genre lagu lain yg boleh mengujakan aku untuk ikut menyanyi dgn bersungguh2 dan penuh perasaan..hihihi.

Photobucket

Semalam AF6 yg ke-3 buat konsert yg bertemakan rock kapak. Berdebar jugak aku.. adakan kehangatan konsert seperti Anugerah Juara Lagu 1987-1990 akan berulang kembali. Tapi kalau based on diary aku agak macam tak rock sangat jer. Daripada observation aku bebudak ni semua tak dapat menjiwai character rockers yg berwibawa.. Yelah kebanyakannya pun lahir tahun 1985 ke atas. Pastinya mereka membesar dengan lagu RINDU SERINDU-RINDUNYA – SPOON ataupun MERAUNG – NEW BOYZ (eeeewwww). So, aku pun tak bleh salahkan diorang 100%... sebab soul rockers tu mmg tak wujud dalam diri diorang. Ku Tak Marah bak kata Arrow.

Setelah menonton konsert malam tadi, Ramalanku Benar Belaka(Umbrella). Tak best.. hambar.. hancur .. zero bak kata ahkak Ogy.

Untuk mengubat kekecewaan aku malam ni aku buat kerja sambil melayan lagu-lagu rock kapak sambil menyanyi dgn penuh perasaan. Mesti neighbour aku ingat aku ni tgh buang tebiat..hihihhi. Lantakla kaulah En. Neighbour nak panggil aku apa pun. JANJI ROCKKK!!!!


Sekian entry aku kali ni yg ala-ala wartawan Zubir.

2 comments:

areT said...

knowledge kau ttg lagu2 ni hebat sungguh la dal..marvellous!!!....terkesima aku kejap tgk tajuk Meraung-new boys tu...aku pun tak penah dgr lagu tu

-dal- said...

Atie.. kronologi cemana aku buleh tau tajuk Meraung tu ialah sebab aku ternampak poster New Boyz kat stesen LRT lima tahun yg lalu..hihih.