"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Friday, 14 November 2014

Rock Kapak Legacy

Akademi Fantasia baru berakhir. Aku layan le jugak walaupun x bersungguh2. Buat2 isi masa lapang sambil lipat kain dihujung minggu. For me.. there is no issue sape yg menang. Aku OK je Firman menang walaupun aku sokong Nuha & Ewal. Tp memandangkan aku sekadar sokong sahaja tanpa mengundi, there is no objection. 

The only AF contestant yang aku betul2 sokong adalah Nubhan AF6. Yang ini mungkin aku sanggup undi. Tapi, masa AF6, aku kt UK, Makanya tiada ruang untuk aku mengundi. Namun gigih aku mendonlod diari AF dan konsert tiap2 minggu. Malangnya lepas habis AF beliau agak sendu. The other contestant yg aku sokong, tapi lepas AF adalah Hafiz. Pada aku suara dia indah. walaupun hakikatnya lagu yg dia dapat biasa2 je, tp bila hafiz nyanyi jadi perfect gitu. Mawi plak.. aku biasa2 je. Ada lagu dia yg aku suka. Ada yg x suka. Tp aku kesian kt dia... kalau fan yg fanatik tu melampau sangat, haters lagi la super melampau.



Apa yang aku nak diskas kat sini adalah mengenai rock kapak. Pengetua AF tahun ni adalah Hattan. Beliau sangatla cenderung bagi lagu rock kapak kat student. Masalahnya... bebudak ni semua x lahir lagi pun masa zaman rock kapak berada di puncak. Diorang ni nyanyi tak de feel. Aku rasa macam nak mute aja TV tu. Hangin ahkak okehh.

Untuk golongan yang membesar dengan rancangan Pujaan 10 Nescafe dan juga Pilihanmu bersama Radio Muzik, memang kecewa bila lagu2 rock ni dirosakkan oleh golongan k-Pop. Next time aku harap stesen TV kena lebih sensitif. Mohon jangan bagi budak2 muda nyanyi lagu rock. Panggil lah mereka yang mengerti jiwa rock kapak or panggil the real singer, it is even better. 

Thursday, 13 November 2014

Cameron Highlands Travelodge_ The Journey

Last week, bersempena birthday Amni yang ke-4 kitorang buat short trip yg x berapa short ke Cameron Highlands.

Kami bertolak dari Bangi selepas masjlis Ihtifal tadika Amni. Around pukul 1 tgh hari (2/11/14). meluncur laju terus ke Ipoh. Plan nye nak singgah lunch kat Hentian Sg. Buloh, tapi terlepas la pulokkk. Jadinya singgah makan kat Hentian Rawang yang senduu. bole la buat isi perut.

Sampai Ipoh dalam pukul 4. Bawak 2 A's main kat taman dulu dlm sejam. Singgah amik kunci homestay kat rumah pak cik aku dan zasss pergi check inn kat homestay untuk rehat2 & tidur. Nak makan pun malas sbb penat sgt.

BTW... homestay adalah free tanpa apa2 bayaran sbb pak cik aku punya. hehhe. tp kalau x salah 120-150 semalam merujuk kepada waktu.

Esoknya, seawal pukul 9 pagi dah bertolak ke  Cameron. Kitorang lalu Simpang Pulai. First time aku lalu sini. Sebelum ni pernah lalu Gua Musang & Tapah. But both route agak serrreeemm pada pandangan aku. Tapi route Gua Musang dah OK kot sekarang nih. Aku lalu dulu masa tahun 2010, masih x berapa nak siap jalan tu + waktu malam.

Berbalik pada route Simpang Pulai tu... best jalan nih. Lebar. Tak menjerut tali perut sgt. Boleh suka2 potong lori (kalau lalu Tapah jgn harap). Midon bawak kereta pun slow mo jer sbb Amni jenis mabuk kereta. 

Sebenarnya , sebelum sampai kt kawasan tinggi dh boleh jumpa byk tourist attraction especially Strawberry Farm dan Bee Farm. Tp aku x de la nk singgah. Apa kelas. Cuma niat nk singgah kt Avant Chocolate x kesampaian, sbb masih tutup. Orang kata melt chocolate utk makan ngan strawberry kt sini murah reganya. x tau la berapa harga. 

Pekan pertama yg akan dijumpai adalah pekan Tringkap, kat depan sikit, belah kanan akan nampak Lavender Garden. Tp kitorang x singgah pun, plan nk pegi esoknya.

Sedikit panduan mengenai kedudukan kawasan2 di Cameron.


Sekiranya naik Cameron dr Simpang Pulai atau Gua Musang kita akan jumpa Kg. Raja > Tringkap > Brinchang > Tanah Rata >  Ringlet 

Kalau naik dari Tapah plak the route is vice versa.

OK lah uolllsss... bersambung di episode seterusnya 

testing

testing... testing. Cobaan untuk membuat comeback :)

Tuesday, 18 June 2013

Embrace Your Heart

Selalu sangat kita rasa cukup helpless, hopeless etc.


Kita yakin kita dah cukup tabah hadapi semuanya


Selalu rasa  yang org sekeliling x memberi support yang secukupnya

 Kadang kadang rasa dah tak mampu lagi

Rasa nak pejam je mata sambil  berkata 'lantak la apa nak jadi.. go with the flow kekdahnya'

Tarik nafas.. lihat kiri dan kanan, ramai lagi orang yang nasibnya lebih buruk dari kita, dugaan mereka jauh lagi hebat dari kita.. TAPI... mereka x pernah putus asa

Akhir kata dari aku untuk aku ..

'You might be a loser BUT be a proud loser'

Semoga jiwa aku terus kental menghadapi pancaroba donia. Aminnn

Thursday, 13 June 2013

Misi Hampa

Segala bermula dengan pemboikotan produk Israel. . Nak derma duit, aku x berduit. Jobless kata... Nak pergi berperang, dengan mercun katak pun aku takut. So aku buat la setakat termampu. Iaitu memboikot McD dan Nescafe.

Boikot McD mudah je. No sweat bebeh, sbb aku lagi suka makan berger Ramly. On the other hand, nak boikot Nescafe  memerlukan jati diri yang tinggi. Agak tertekan hidup buat seketika Dah banyak cap coffee aku try. Dari Alicafe ke Superpower ke Indocafe ke Coffeemix hinggakan Kopi 434 yang menjadi kebanggaan rakyat MuOr (read Midon) pun aku taram. Tapi takde satu pun yang mampu memberikan kesan umpphh yang signifikan.

Segalanya bermula dengan kunjungan aku ke rumah adinda di Kota Damansara. Beliau telah memperkenalkan aku dgn Instant Teh Tarik bertajuk Chek Hup. Memula aku mengeji .. cheh produk chinese ni (sedikit 'resis' di situ.. idjinkan). Tp masa tu x de choice. Rumah beliau x de kopi (pening kepala minum kopi katanya). Aku plak mmg dh habit, sarapan pagi kena minum air panas (mat saleh la katan...). So, layankan jelah si Chek Hup. Rupa rupanya....  Sedappp OK. Setakat teh tarik mamak Impian Maju Seksyen 4 tu memang boleh celen la. Masa nak balik Bangi, siap mintak satu sachet lagi nak buat sampel pencarian.

Pagi tadi puas meround Econsave, Giant dan Pasaraya CS( x glemer lansung nama :D) cari teh Chek Hup. Hampa sangat rasa hati dengan misi yang x kesampaian. Biasala aku, bila bab makan minum ni emotional lebih. At last aku terpaksa berpuas hati dengan 'Teh Tarik Nona'.


Review on ' teh Tarik Nona': Hmm... boleh tahan. Tp Check up lagi Ho Liau.

Next week nk shopping groceries kat TESCO... semoga dipertemukan dengan Teh Chek Hup idaman hati.

Monday, 11 March 2013

Kueh Lopes Mak Cik Maria

Sekadar mewar-war kan kueh lopes terenak di jajahan Bandar Baru Bangi.


 Harga adalah seringgit sekeping. Midon cukup x puas hati. huhuhuh


Sesiapa yg kebetulan berada di sekitar Seksyen 4 pada waktu sarapan adalah di cadangan berkunjung ke kedai mak cik Maria. Lontong beliyau pun boleh tahan mantopnye.


Kedai beliau adalah rumah corner lot kat Seksyen 4, satu jalan dgn Petronas
(Credit: gambar dipinjam dr blog Yang Penting Rupa)

Sekian entry dr aku yg malas

Thursday, 28 February 2013

Comfort Foods

Rentetan dari latest entry dalam blog Fara ... membuatkan aku sedar yang bahawasanya bukan aku sorang yang terkejar sana terkejar sini. Hakikatnya semua para ibu yang ada anak sedang membesar, 24 jam sehari tu rasa macam 6 jam je. Aku doakan semoga kita semua dikurniakan kesabaran dalam urusan kerja/belajar dan rumah tangga. InsyaAllah.

Cerita pasal stress, tension dan perkara2 yang seangkatan dengannya ...... aku just nak share metodologi yang aku guna untuk overcome stress aku. Itulah satu satunya 'Me time' dalam sehari. Kalau x sempat pun aku cuba sempatkan, sbb kalau tak nanti aku meroyan kat rumah. Habis satu isi rumah kena tengking ngan aku.

Seperti biasa, asas teori aku RELEASE TENSION = MAKAN .. hehehe

Antara perkara asas yang lain adalah MURAH, TENANG dan TAK RAMAI ORANG sopaya mudah aku nak layan blues sensorang. Kadang2 ada masanya aku menitiskan ayer mata sambil makan. Habis panik semua adik waitress kat situ. hihih

Subway



 gambar cilok sbb asyik tak dan amik gambor kat Subway. Aku kalau pagi mmg lapar xtravagamza


Ini memang tempat favourite aku. Paling kurang pun 3 kali seminggu. Biasanya aku pergi waktu breakfast sebab bfast package agak murah ie. RM 6.70 for 6" sandwich + coffee. Pastu kenyang gila so that aku boleh skip lunch. Good for my diet and pocket.

Secret Recipe


 My All Time Favaourite: New York Cheese Cake + White Coffee


Aku biasa pergi pukul 3-6 pm ' Tea Time Special '. Free Coffee with any purchase of slice of cake. Modal dalam RM 7.00 jugak. Secret Recipe adalah tempat yang paling aman di jajahan Bandar Baru Bangi. Bukan sebab tak de orang. Tapi semua customer dalam waktu ni adalah para ibu ibu macam aku. Semuanya layan blues sorang2, sambil dengar lagu or baca novel. Kami seolah olah saling memahami antara satu sama lain. Senyum masing masing penuh makna. hehehe. Ala2 syurga dunia gitu. Kekerapan longgokan aku pi SR adalah dalam 2 kali seminggu.

Pizza Hut



Pizza Hut kat Warta, Bangi pun boleh dikategorikan sebagai tempat yang aman damai dengan syarat bukan peak hours dan bukan time pekerja gomen dapat gaji. hehehe. Favourite food aku kat sini adalah 'Prawn Aglio Olio Sphagetti '. Memang terbaikkk la. Harga dalam RM 10.90 +++ drinks mungkin dalam RM 17. Yang ni jarang2 aku pergi sebab modal besar. :(. Sebulan sekali dua jer pergi.

OK lah korang ... aku nak sambung kerja balik a.k.a sambung stress. Semoga ketemu di lain entry.

Thursday, 21 February 2013

Grilled Salmon & Veggies

Hari Selasa yg lepas pergi TESCO. Ada ikan Salmon murah, RM 25.++/kg. Apalagi beli je la kan sbb En. Midon peminat Salmon. Aku so so jer. Klau ada aku makan, kalau x de pun setakat ni x de lah mengidam.

Resepi routine kalau masak Salmon versi aku adalah grilled. X berapa pandai makan kalau masak lain. Pernah try masak asam pedas, kari ... masak lomak pun den ponah try, tapi x jalan le kat tekak kami.

Here is the resepi ... aku suka marinated dgn benda simple simple jer. Pernah try campur macam macam dgn niat untuk meng 'enhance' kan rasanya. Tp resepi ni jugak yg paling aku gemar.

Bahan-bahan (kuantiti agak2 sendiri la yer sbb aku pun biasa main belasah jer)

Bawang putih
Lada hitam
Gula
Garam
Sos Tiram
Kicap cair
Olive oil

Cara-cara

1. Tumbuk  bawang putih + pepper + gula + garam sampai lumat. Lumur kat ikan
2. Tabuh kan sos tiram dan kicap cair. Gaulkan sehingga mesra
3. Marinated for 3-4 hours
4. Sebelum grilled tuang sket olive oil n gaul lagi supaya minyak rata
5. Grill sampai masak.
6. Bila dah hampir masak tu, grillkan sayur sayuran sekali.



 Tadaaa dah siap untuk dimakan


Untuk hari ni aku regukan dengan Nasi Goreng Cina ....OK lah., Agak compatible rasa keduanya.




Tuesday, 19 February 2013

Selamat tinggal donia hiburan

Seperti yang korang kenali aku .... aku ni tersangatlah wartawan lokasi dunia hiburan. Sentiasa update dengan gossip artis terbaru. 

Hobi aku plak ... tengok drama bersiri. Drama Melayu x kiralah slot apa, dari Akasia ke Lestari, ke Zehra meskipun Aksi aku layankan jer. Cerita omputih plak gigih aku mendownload sampai beratus ratus episode. Cerita korea aku kurenggg sket ... tapi kalau dah depan mata, istiqamah jugak aku menontonnya setiap hari. Itulah dunia aku.

Namun, bila ada anak yang sedang membesar ni macam macam faktor yang perlu dipertimbangkan. Bukan sbb x de masa. Boleh jer aku tengok TV sambil melayan budak2 ni. Tapi budak2 baru nak membesar ni senang meniru gaya orang lain. Otak tengak pesat berkembang katanya.

Sebelum ni bila aku tanya behaviour Amni kat taska .. cikgu dia selalu komen yang Amni suka belasah orang (gigit, pukul, tendang etc). Habis budak2 lelaki yang lg besar dr dia pun jadi mangsa belasan beliyau. Mula2 aku agak in denial .... aku cakap sbb kat taska dia banyak budak lelaki kot, tu yang dia jadi kasar. 



TAPI setelah bermuhasabah, aku rasa Amni meniru perangai banduan2 Fox River dalam cerita Prison Break. Maklumlah ... aku menonton Prison Break tu macam makan nasi. 24 episode x 4 season tu asyik la diulang tayang. 

Tapi yang peliknya Greys Anatomy tu pun umpama makanan harian aku. X de pulak Amni main doktor2  hehehe. Hmmm, that is people nature then ....'bad things attracts'.

Antara yang terbaru:

Kejadian A
Aku: Ni duit saper nih sepah2?
Amini: Aku punya, aku punya ( di sakki tiru Upin Ipin)

Kejadian B
Aku bebel bebel seperti biasa
Amni: POYOOOO (disakki tiru JOZAN dalam Maharaja Lawak ' Ini semua poyo' :D )

Maka, supaya keadaan x menjadi semakin parah. Aku perlu melakukan perubahan. 
'Selamat tinggal dunia hiburan '


Wednesday, 13 February 2013

Aku Merinduimu ..ting..tong

Sesiapa yg hidupnya sezaman ngan aku mesti akan terjebak dengan iklan bedak Follow Me ... yg tag line nya adalah seperti di atas.

Sekarang ni musim orang pergi umrah agaknya. Kat FB beramai ramai mereka mengupload gambar. Kalau x salah visa umrah baru dibuka selepas musim haji. Lagipun orang suka pegi time sekarang sbb tengah musim sejuk. InsyaAllah, tak de lah panas sangat di bumi Makkah dan Madinah. 

Di perkarangan Masjid Al Nabawi, Madinah

Aku pun dulu pegi time2 cam ni jugak. Bulan Februari 2010. Pejam celik dah 3 tahun berlalu. Dari x de anak sampai dah beranak dua.

Lawatan ke Jabal Magnet (fefeeling Rindu Bertamu di Abu Dhabi..heheh)
Di Jabal Rahmah (semoga Allah panjangkan jodoh kami)


 Menunggang unta.hehe

Lawatan ke Thaif (kawasan tanah tinggi di Makkah)

Bila tengok gambar kat sana. Ya Allah rindunya hati. Bukan lah rindu dgn ke'best'an Makkah dan Madinah. To be honours, city kat sana tak best pun. Tapi aku rindu sangat dengan kedamaian dekat sana. Yang paling aku rindu adalah laungan azan Subuh di Masjidil Haram. Subhanallah. First time aku menitik air mata bila mendengar Azan berkumandang. Perasaan bila pertama kali mengucup Hajar Aswad pun adalah indescribable.

Di hadapan Masjidil Haram, Makkah

Ya Allah, jemputlah aku ke sana supaya aku dapat merasakan perasaan yang indah itu lagi sekali.

Special Edition: Gambo kucing Makkah. Aku keboringan tunggu kakak2 pilih kurma lama sangat

Jemaah umrah kumpulan kami. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan

Ada juga plan nak pergi Umrah lagi. Tapi, ada sesetengah ustaz berpendapat lagi afdal dulukan yang wajib i.e. mengerjakan Haji. Tapi tulah, kalau ikutkan turn aku tahun 2030 (aku daftar tahun 2010). Pernah juga tanya2 di tabung haji untuk pakej Muassasah. Depa bgtau kalau pakej yang paling murah i.e RM 20K tu pun berebut orang nak sampai kena queue 2-3  tahun. Dia kata yang confirm ada n boleh pergi on the spot adalah pakej RM 50K ke atas. Namun, masalah problemnya .. mana aku nk kumpul 50K tu. hihihi. 

Tak pelah, InsyaAllah ada rezeki sampailah giliran aku. Sesungguhnya Allah itu memberi perancangan yang terbaik untuk hambanya

Friday, 8 February 2013

Happy Chinese New Year !!!

Selamat bercuti bersempena Cuti Tahun Baru Cina  yer kawan2. Kepada yang nak drive balik kampung tu jgn lupa teguk kopi banyak2 sopaya x mengantuk. Sepanjang pemerhatian aku, jammed cuti TBC adalah yg paling teruk berbanding dgn perayaan lain. Yelah .. time Hari Raya Puasa orang cina tak heran pun nk balik kampung. Tapi time TBC orang Melayu pasti balik kampung.

Aku pun x terkecuali. InsyaAllah balik kampung. Tapi x pasti lagi bila. Esok pagi ke, esok petang ke, lusa ke, tulat ke. Beginilah nasib menjadi isteri kepada CEO syarikat konglomerat (..konglomerat la sangat). Busy memanjang. Every each incoming calls is money katanya. Ye lah .. orang gomen kan tgh kaya raya dapat bonus, ramai la yg nak upgrade alarm rumah, pasang autogate, service etc. Tak pe lah, aku pasrah je asalkan aku diberikan wang secukupnya untuk berlibur dengan makanan.



OK lah korang ... nikmati percutian kali ini dengan keluarga tersayang. Kalau ada jiran ke, member ke nak jamu korang makan Bak Kut Teh ke, Yee Sang ke, Kuih Bulan ke, tanya dulu apa ingredients di dalamnya. Nak selamat makan limau Mandarin je. Di jamin kehalalannya.

Thursday, 7 February 2013

In denial stage is over !!!

Seperti biasa ... post title aku adalah spiking london. But the content is always in malay. Idjinkan.

Aku telah mengesahkan diri aku seorang yg gemuk ataupun untuk lebih tepat berperut buncit menggeleber.



Sebelum ni aku mmg menyedari situasi di atas. Tapi, kerana berjiwa in denial, terdetik dalam hati aku ' hmm  ... entah entah pregnant lagi kot' just because I read somewhere that someone is getting pregnant after 4 months giving birth to her daughter. Punyalah tak nak mengaku gemuk kannn . Padahal kalau nak diikutkan ke huru hara an hidup aku sekarang, getting pregnant is the last thing that I want in my life (tp kalau ada pun aku ttp bersyukur ... rezeki Allah nak bagi)

Namun kini aku tersedar dari lamunan, bak kata Aris Ariwatan. Yesterday, I've just had my first period after giving birth to Iman. Oleh itu, sah lah kebuncitan aku bukan sebab mengandung, tapi sebab lelemak.

Therefore, for the time being I've to establish the diet and exercise regim. Meskipun teringin body seperti Scha Al Yahya ... namun x mungkin tercapai. Dapat kurus sket pun jadilah. At lest bila pakai baju tu nampak kemas, nampak lean, nampak fit.

 Disclaimer: Seperti biasa gambar artis diambil dari thread Gossip Forum Cari


Kuruskan Scha Al Yahya?  Mungkin aku perlu makan batang sawi 8 bulan kalau nak dapat body cenggini.

 Akhir kata ... semoga aku istiqamah. 

XOXO (motif fefeeling Gossip Girl ???)

Sunday, 27 January 2013

Pangkor.... here I come


Finally dapat jugak kami pergi bercuti setelah berada dalam satu jangka masa hidup yang 'haru biru'.

Hmmmm.... sejak bila yer aku rasa hopeless, helpless, restless dan bermacam2 less lagik nih. Aku rasa sejak dari aku naik cuti bersalinkan Nur Iman. Nak menyusun masa jaga  new born baby n full of tantatrum 2 years old toddler memang menguji kesabaran aku. Di takdirkan pula Nur Iman bukan baby yg mudah dijaga... kuat sangat meragam. Dalam 24 jam tu adalah 14 jam kot beliau menangis . Diam waktu tidur jer. hehehe. Sekarang pun masih cenggitu, cuma dah kurang la sket.

Lahirnya Nur Iman membawa rezeki kepada kami. Alhamdulillah Midon berjaya dapat projek CCTV yg agak besar di  **** . BUT... the project takes a lot of his time. Keluar pukul 7 pagi balik pukul 2-3 pagi. Huwaaaaaa. Tinggal le aku uruskan budak 2 orang ni sorang2. Waktu pagi agak challenging masa nak menyiapkn mereka pergi Taska. Weekened lagilah super challengging. Kadang2 aku cuma sempat makan roti dan milo jek. Sekali lagi Alhamdulillah, akhirnya projek tersebut dah fully deliver dalam 2 minggu lepas. Berakhirnya satu episod yang mencemaskan.

Dalam waktu yang sama kami terheret untuk menghadapi masalah dalaman keluarga. X perlu aku ceritakan secara details apa masalah problemnya di sini. Terlalu peribadi. Tapi masalah ini memang menguji kekuatan mental kami. Senang cerita huru hara lah hidup kami buat sementara waktu. InsyaAllah masalah akan cuba diselesaikan satu persatu. 

Namun.. satu perkara yang sangat sangat menggembirakan aku adalah research aku berjalan dengan sangat2 lancar buat waktu ini. Bersyukur sangat. Terima kasih Allah. Sesungguhnya  dalam kesempitan itu Kau berikan kelapangan.

Aku pun menunjukkan tanda2 bahagia yang ketara. Semua baju semakin sempit. Huwaaaaaa. Bila aku nak sempat exercise ni. Tulunnnn... aku dah gemuk.

OK lah... korang. Esok aku nak bertolak pergi Pangkor. Doakan kami selamat pergi dan balik yer.

Wednesday, 23 January 2013

Hi peeps

I am soooo exhausted....



Semoga aku diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi dugaan mendatang

Friday, 30 November 2012

Fenomena Durian Crepe : Edisi aku terjebak

Durian Crepe adalah dessert yang paling ngetop buat masa kini. Memula aku pandang sebelah mata je. sebab aku memang tak makan durian yang di buat kuih etc. senang cerita pengat durian, bubur kacang durian, tempoyak, lempuk tu memang aku tak layan la.

Tapi durian crepe ini memberikan suatu pengalaman baru. Rasanya sungguh harmoni di dalam mulut. 88.4 ratus kali ganda lagi best dari rainbow cake.
Harga jualan kat area BBB ni adalah RM 10 untuk 1 box (3 ketul besar or 6 ketul kecik). Pada aku OK lah. Sebab whipping cream mmg mahal rega nya. Durian pun x berapa nak murah. Tapi kalau ikut komen Midon. MAHAL tapi x delah sedap sangat. Elehhh... x sedap2 pun habis 2 ketul dia mentekedarah.

For my taste buds.... aku suka makan durian crepe ni half frozen. Macam makan eskrem gitu.

OK lah. Aku busy dengan urusan duniawi. Jangan lupa mencuba durian crepe yer kawan2.

Monday, 19 November 2012

Turkish Indulgence

Sedar x sedar, dah lebih seminggu x mengupdate blog. Bagi mengelakkan blog ini bersawang ingin aku titipkan entry ringkas di sini.. (wah .. ayat sangat karangan UPSR). Bukan apa, nanti bila dah start bersawang, lagi lah malas nak update. Sudahnya  2-3 tahun blog ni terbiar nanti.

Petang tadi aku melepak di Secret Recipe... port biasa aku layan blues sorang2 mengenangkan untung nasib diri. Lagipun kalau dine in pukul 3-6 petang dapat coffee free dgn setiap pembelian  cake. Aku kan cheapskate, pantang nampak benda free.


Kek pilihan kali ini adalah, Turkish Indulgence yang di cipta khas sempena tayangan umum filem Istanbul Aku Datang terbitan MIG yang diterajui oleh Mejar (K) David Teo. Aku tak tengok lagi pun cerita ni, x minat Lisa Surirumah berlakon. Tunggu je lah keluar kat Astro sempena Hari Gawai tahun depan.


Komen aku on Turkis Indulgence ni... hmm OK lah kot. rasanya seperti Chocolate Indulgence yang diimprovise. Ada tabur2 kacang Pistachio sket, ada marshmallow dan yang penting ada turkish delight signature element iaitu rose flavoured jelly. Bila digabungkan semua elemen terasa harmoni di dalam mulut (komen ala2 Chef Jo masterchef gitu). Tapi.... tak de la rasa nak makan lagi. Cukuplah sekali bak kata Jay Jay. Mungkin juga kerana dipengaruhi oleh harganya yg  mahal. RM 10/slice.

OK... sekian entry ringkas dari aku (ringkas la sangat : D )

Wednesday, 7 November 2012

Sambal Kicap Maji

Anda orang Johor?? Pernah merantau di Johor??? ataupun bersuamikan orang Johor???

Kalau korang mempunyai ciri ciri di atas pastinya korang dah biasa dengan ke obsessan rakyat Johor dengan sambal kicap. Tak kiralah jawa ke, banjar ke, bugis ke mahupun pan asian macam aku.

Sinonimnya hubungan pisang goreng dan sambal kicap adalah umpama orang muslim dengan solat 5 waktu. Umpama Rukun Makan Goreng Pisang. Tahap wajib okeh.

Ada satu gerai goreng pisang feveret aku di Seksyen 3 BBB yang selalu aku kunjungi. Memang Meletop lah goreng pisang kakak  ni. Goreng pisang nya cukup rangup, pisangnya cukup masak, tak keras tak lembik. Cuma satu je yg tk sempurna. x de sambal kicap.

Makanya, aku pun bagi cadangan sopaya akak tersebut buat sekali sambal kicap.Customer mesti suka punya kataku. Ye ye O je. Macamlah aku pernah berniaga goreng pisang. Pada mulanya dia buat muka bolayan jer dgn aku. Hampir setahun jugalah cadangan aku dibiar sepi. Tapi dalam bulan lepas gerai kakak tu dah ada sambal kicap. Terima kasih kakak goreng pisang.


Namun sambal kicap tu bukan free yer kawan kawan. Sebotol rega RM 5.50. Cukupla dalam 10 kali makan kot. Nasib baik sedap. Cukup masam , manis pedasnya. Itulah sambal kicap Maji.

Komen mak aku... patutlah orang berniaga kat KL buleh kaya. Orang KL ni suka buang duit katanya. Malas goreng pisang OK lagi. Sambal kicap yang senang tu pun malas buat. ... tersipu sipu aku, sbb aku tergolong dlm mereka2 yg malas ittew.

Monday, 5 November 2012

Ipoh Eco Park

Raya Aidilahha kami tahun ni di sambut di Ipoh. Actually, kami mengikut rombongan meminang sepupu aku yang bakal menyunting awek Penang. Teringin plak nak meninjau adat budaya belah utara. 

Majlis pertunangan berlansung pada hari Ahad, 28 Ogos. Pagi raya 26 Ogos tu, kami bertolak dari Bangi. Singgah semalam di Ipoh memandangkan ada pak cik kami tinggal di situ. So, menu utama raya haji kali ni adalah lomang dan rendang tok. Sedapppp nyer rendang tok, teringat2 sampai sekarang. Tapi sebagai banjar totok aku tetap merindui ketupat, lodeh dan ayam masak merah.

Last  year pernah sampai bandar Ipoh. Tapi tak de ape kat Ipoh city yang menarik minat aku (dalam erti kata lain, bandar Ipoh tak best...hihihihi, jangan marah ye orang Ipoh).

Masa petang raya tuh... tak de benda nak buat. Perut pun sebu sebab makan banyak. Makanya, kami decide untuk mebakar lemak dengan berjalan2 di Eco Park. Best jugak taman nih. Sesuailah untuk aktiviti riadoh keluarga. 



Oleh kerana trip ini disertai oleh bibik tersohor keluarga kami iaitu adek bongsu aku si Ayu... maka aku bolehla lenggang kankung sambil ambil gambar. Saksikan laporan bergambar di bawah..

Amni bagi ikan keli makan roti
 

Pemandangan sekitar Eco Park
 

Amni berkejaran menangkap bubble.. fefeeling hindustan sangat

baby Iman yang behave... seronok agaknya ditup angin sepoi sepoi bahasa

Saturday, 3 November 2012

Dia Jantung Hatiku

Tajuk entry ni tiada kaitan dengan sinetron indo, Dia Jantung Hatiku yang keudara di TV 3 suku setiap Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang.



Hari ni birthday anak sulung saya, Nur Amni yang ke-2. Cepatnya masa berlalu. Masih terbayang lagi kesakitan selama 18 jam masa nk lahirkan Nur Amni dua tahun yang lepas. Alhamdulillah menjelang subuh pukul 5.25 am Amni selamat dilahirkan. Jantung hati saya yang sangat sangat saya sayangi.

Celebration biasa biasa je, sebab Midon kena kerja hari ni. Pagi2 bangun kami satu family pergi sarapan di McD. Tapi seperti biasa, huru hara dengan budak 2 orang ni, tiada laporan bergambar yang boleh disertakan.

Tengah hari Midon balik untuk lunch, dibelikan sekali Oreo Cheescake di kedai kek Segar. hidupkan lilin, nyanyi nyanyi sket, potong kek... dah selesai sambutan birthday Amni.

Kepada anak Ummi Nur Amni, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Ummi dan abi doakan Amni memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat. InsyaAllah


Thursday, 1 November 2012

Nur Iman @ 3 months

Just an update. Hari ni pergi KKIA Bangi untuk monthly check up dan amik jab 3 serangkai (DT/Hib/IPV) 2nd dose. Alhamdulillah free :).


 'Nur Iman' Growing Up Chart

At Birth   ; Weight: 2.8 kg, Length: 49 cm
1 month  ; Weight: 3.8 kg, Length: 52 cm
2 months ; Weight: 4.6 kg, Length: 54.5 cm
3 months ; Weight: 5.1 kg, Length: 60 cm