"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Monday, 19 November 2012

Turkish Indulgence

Sedar x sedar, dah lebih seminggu x mengupdate blog. Bagi mengelakkan blog ini bersawang ingin aku titipkan entry ringkas di sini.. (wah .. ayat sangat karangan UPSR). Bukan apa, nanti bila dah start bersawang, lagi lah malas nak update. Sudahnya  2-3 tahun blog ni terbiar nanti.

Petang tadi aku melepak di Secret Recipe... port biasa aku layan blues sorang2 mengenangkan untung nasib diri. Lagipun kalau dine in pukul 3-6 petang dapat coffee free dgn setiap pembelian  cake. Aku kan cheapskate, pantang nampak benda free.


Kek pilihan kali ini adalah, Turkish Indulgence yang di cipta khas sempena tayangan umum filem Istanbul Aku Datang terbitan MIG yang diterajui oleh Mejar (K) David Teo. Aku tak tengok lagi pun cerita ni, x minat Lisa Surirumah berlakon. Tunggu je lah keluar kat Astro sempena Hari Gawai tahun depan.


Komen aku on Turkis Indulgence ni... hmm OK lah kot. rasanya seperti Chocolate Indulgence yang diimprovise. Ada tabur2 kacang Pistachio sket, ada marshmallow dan yang penting ada turkish delight signature element iaitu rose flavoured jelly. Bila digabungkan semua elemen terasa harmoni di dalam mulut (komen ala2 Chef Jo masterchef gitu). Tapi.... tak de la rasa nak makan lagi. Cukuplah sekali bak kata Jay Jay. Mungkin juga kerana dipengaruhi oleh harganya yg  mahal. RM 10/slice.

OK... sekian entry ringkas dari aku (ringkas la sangat : D )

6 comments:

Neny said...

aku pon suka 3-6pm secret recipe. Bukan nak kek sgt tapi nakkan kopinya...hehehe

areT said...

aku bersyukur di saat org msia terkinja2 mendapatkan sekeping burger free, seumpama menyambung peluru utk org palestin..engkau bangkit dgn hanya menjamah kek mahal. Free Gaza!

-dal- said...

Nenny... 3-6 pm @ Secret Recipe memang 'Mommies Time Out'. Dah lama aku peratikan, mmg byk ibu2 tension macam kita berehat + mencari ketenangan time nih

-dal- said...

are-T,
aku hanya mampu terkesima mendengar ucaptama dari kau ittew

kak cahaya said...

mahalnya..10/piece.. bkn 7.90 je satu slice ke

-dal- said...

turkish delight nih special edition Kak Yati.. tu yg mahal sket kononnya