Feberet I okehhh subway sandwich ni. Sebelum ni cawangan Subway yang paling dekat adalah di bandar Kajang. Tp al maklumlah.. berkunjung ke bandar Kajang ni umpama berkunjung ke New Delhi. hhehehe. Dah la panas, banyak kereta, susah nak parking, kotor dan bla, bla, bla....
Selalunya... demi melunaskan keinginan aku nk makan Subway aku sanggup merayap pergi The Mines (sambil berwindow shopping),
tak pun ikut Midon pergi kedai supplier kat Puchong (namun setiap kali samapi Puchong mesti x jadi nk makan Subway sebab akan singgah makan di Restoran Baser kebanggan rakyat Kota Tinggi)
tak pun makan kat Subway Kota Damansara, OTW pergi hantar Amni ke upacara berswimming pool bersama Kak Piya dan Ammar (adik aku duduk apartment, so ada swimming pool...punyalah jauh kan hehehe)
Tapi.. setakat hari ini aku masih belum membuat lawatan tapak ke seksyen 15. Tunggu adik Iman masuk nursery dulu la. Boleh umi ngeteh dengan aman di Subway.
4 comments:
ini bermakna..doa aku masih belom dimakbulkan lagi..ko dpt gak mkn subway w/pun jauh..aku ni sejak balik UK lom dpt mkn lagi sbb kat melaka - jb tak de subway...sedey...peberet aku tu
Aku cdgkn ko tulis surat kat dato' bandar Melaka kak. hehehhe
dal..aku tumpang gembira
bersyukur atas rahmatNya
Post a Comment