"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday, 27 October 2009

kemas office

Alhamdulillah... bila aku balik semula ke UKM, aku dapat office lama balik. Bukan apa... sebenarnya banyak khazanah lampau yg aku tak sempat kemaskan sebelum aku pi UK dulu. Walaupun tutor tutor silih berganti duduk kat bilik aku ni, tapi barang2 aku masih tersusun elok cemana aku tinggalkan 6 tahun dulu.

Hari ni free sikit sebab dah minggu exam ... dan otak aku pulak ala2 jammed nak tulis thesis. Maka aku pun amik kesempatan kemas office... buang barang barang tak penting yg selama ni aku sayang nak buang tapi sebenarnya tak de makna nya kalau aku terus menyimpan.

Antara barang2 tak penting yg aku simpan hampir belasan tahun ni adalah nota2 'request' yg aku dapat masa kat MRSM. Ex- MRSM students aku rasa dah well known dgn apa dia request ni. For those yg tak tahu 'request' ni ala gift/makanan berserta nota yg diberikan oleh kawan/classmate/roomatee/secret admire kepada seseorang. Tapi tidakla ia diberi secara direct. Biasanya ia diberikan melalui perantara. Dulu kat MRSM setiap homeroom diberi jadual untuk menjalankan jualan request.

Aku pun tak ingat yg aku masih simpan notes2 nih. I think it is already the time to get rid all this 'cinta monyet' stuff. Yelah aku sekarang ni dah jadi isteri orang... para para 'old flames' juga ramai yang dah jadi bapak orang. Tapi aku rasa kalau masing2 terbaca balik 'kalimah cinta' yg pernah ditulis, mungkin akan aje terjun bangunan mengenangkan kesengalan zaman muda mereka. hehhehe

Request ni bukan semata2 dari secret admire sahaja. Best friend juga diidjinkan untuk menghantar request. Antara2 request2 yg berjaya membuat aku tergelak sorang2 dalam opis adalah request dari Atie.


notes dari atie yg dipenuhi tuduhan terlampau. Aku tak jiwang OK!!!





Nota arahan supaya aku jgn tidur kat surau..hehe --->

11 comments:

teratakmuslaily said...

mak ai! dah mcm bukit ko punye nota dal!... mesti ko gelak sengsorang bila baca balik suma nota nota tu kan?... mcm sedey je nak bakar or buang kan dal? hehehe

Anonymous said...

budak mrsm poyo kan, tertido pun bg surat warning, ada senior sound aku tido kat dlm kelas, alasan bukan takut aku bodoh tak dengar cikgu ajar, alasan segan kalau kawan2 tahu si kuat tido itew junior satu dorm.. APAKAH..

areT said...

hehheeh....baeekk nyer ayat aku kat kau ek..lady cinta...aku miss la jaman dolu2 ..tp kau mmg kuat tido kat surau kan???

zafwah said...

hahaha..kantoi tdo dlm surau..patut le dl2 lunch time talk tu ko asik jd ala2 kapal terbang nk landing tak jadi jek..muahaha

-dal- said...

kak lalily --> mmg gelak sakan kat ofis masa mengemas tu

Yaya --> ala kata pun budak MRSM, sengal seperti biasa. Tapi nota surau tu bukan the 'real' note. Itu note dari atie saja dengki ngan aku. hehehe

Atie --> heheh, aku ngan dian suka tidur kat surau. Lain la kau.. waraq. huhu

Farah --> aku sorang je ker??? ko bukan biasa join sekaki. hehe

areT said...

aku rajin semayang subuh kat surau:)

Neny said...

Aku pon! aku pon!hehehe

MK said...

isk..tido dlm surau ah best.. siap ngigau2 lagi..pastu cover buat mcm batuk2..hehehe

gila lama kak dal simpan notes request itu!!! the only note that i still in my mind is "ur face is so mesmerizing"

wowww... mesmerizing lah sgt nye... hua hua

myselfndots said...

wakakaka..

tido dlm surau ekk.ada kala tido duduk, ada kala siap baring2 .. borak2 sebelum tido...:P

-dal- said...

Atie --> tolong... aku tau kenapa kau suka pegi surau

Nen --> aku dulu terpaksa pergi surau sebab Che Nab AJK displin. Demi kawan ku gagahkan jua heheh.

MK --> MK pun ahli kelab tidur surau jua. hehhe...sangat memsmerizing

Long --> yg paling kelakar kalau ada satu group 4-5 orang tidur bertimpa timpa. Lansung tak rasa bersalah.heheh

casainee said...

hah..boleh lagi ko simpan semua request2 tu..hahaha. surat jgn tido surat tu paling aku tak tahan..haha. sapa yg kasi tu? err aku tak penah dpt (heh, sbb tak pegi surau pun:P)