"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 3 September 2009

Malaysia oh Tanahairku

Hola everybody…

Selamat berpuasa diucapkan, hari tu sebelum puasa tak sempat nak bagi kata kata aluan. Semoga ibadoh kita di sepanjang bulan yg mulia ni diberkati olehNya. Habis puasa nanti bolehla puan puan sambung aktiviti2 tak bermoral yg sering dilakukan.

Hari ni genap 13 hari kita berpuasa… bermakna dah 13 hari juga aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia tercinta , chewah. Kepada kawan2 diperantauan dipersilakan untuk cemburu.



Kronologi kepulangan aku ke Malaysia:


0900: Shariza a.k.a Sherry, tetamu pertama yg sampai untuk mengucapkan selamat tinggal. Diikuti dengan kak Has Kamal, Kak Maft dan kak Yati Nazri. Jiran sebelah, Puan ZZ sentiasa ada untuk memberi sokongan moral dan bekalan makanan : ))


1130: makin ramai yg datang. Aku pun ingat2 lupa siapa. Yang aku ingat, Fara, Kak Fida, Kak Tim, Ciki Nur, Kak Shanaz, Eija, Mashitah, Aishah, Ana, Kak Zana, Mazlina, Ros dan Azura dan. Terima kasih korang sebab sudi membabai aku. Terima kasih juga kepada yg menelefon dan berkirim salam. Terharu aku. Masa ni dah start sebakkk dah. Macam tak percaya je nak pergi meningglkan Notts.


1300: Sempat lari pergi rumah sebelah kejap untuk lunch. ..lauk asam pedas ayam dan bendi tajaan ZZ. Sodapppp. Burrpp

14.00: Sessi nangis2 pun bermula. Wahh… sakan aku menangis. Memula aku ingat aku tak sedih pun. Rupa-rupanya sedih gila. Bekerja keras kelenjar air mata aku hari tu.


1430: Bertolak ke Heathrow menaiki BMW Muzammil yg terkini lagi sensasi. Terima kasih abg Jamil sebab sudi hantar kami. Terima kasih juga kepada dayang2 pengapit i.e: Zamri dan Hisham-Royal. Jasamu tetap dikenang.

1700: Sampai ke Heathrow dengan selamat. Wah.. tak sakit badan lansung naik kereta Abg Jamil.


1715 : Lepak2 depan departure area sambil makan cucur badak dan karipap tajaan kak Cahaya. Terima kasih kakk… melampau sedapnya, cepat jer habis. Aku dapat makan 3 keping jer. Semua orang kebuluran kekdahnya.


1800: Beratur untuk check-in. Masa ni jumpa penyanyi/pelakon Shah Rezza, Syed Sobri n Azie. Memandangkan aku tengah mode sayu, so aku buat tak paham jer. Kalau tak, mesti aku gedik nak amik gambar sama.


1815: Petugas kaunter cakap kapal terbang delay ke pukul 7.00 esok paginya. Tapi Alhamdulillah, MAS provide hotel + dinner + breakfast.


1830: Makan nasi lemak tajaan kak Fida pula…. Kekenyangan lagi sekali. Terima kasih kak Fida. Memang sedap nasi lemak tuhh. Boleh gulung tikar lah tokeh nasi lemak kat Pasar Malam Bangi ni kalau kak Fida meniaga.


1900 – 1945: Turn Midon plak untuk berpisah dengan kawan2nya. Punyalah lama, dekat satu jam. Peluk jer dah 4-5 kali aku rasa. Tapi tak naik naik bas jugak. Tak pelah, aku biorkan aje.

2000: Check in hotel. Tidur sekejap ---> makan ---> tidur semula ---> breakfast


0430 (21/08): Bas amik untuk pergi Heathrow. Sampai2 diorang cakap flight delay ke pukul 1000 plak. Agak hangin la jugak kami

1000: Akhirnya, kapal terbang berlepas. Alhamdulillah. Tapi tak dapat nak upgrade business class. Benciiii. Review aku mengenai perkhidmatan MAS: Makan Cuma 2 kali. Dah la sikit. Lapor siuttt. The rest OK jer.


0500 pagi(waktu Malaysia) tanggal 22/08/09: Alhamdulillah. Akhirnya kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah hampir 6 tahun merantau di tempat orang. Sepanjang aku disana Cuma 2 kali aku balik ke Malaysia iaitu masa aku balik kawin tahun 2004 dan juga last year masa arwah Hamidi (Midon’s twin brother) meninggal. Bermulalah suatu fasa baru dalam kehidupan aku. Insyaallah.

Tapi… handbabg kena curi la pulak. Grrrrrr… marah btoln aku. Lain kali la plak aku cerita pasal ni….till then. bubaii

10 comments:

areT said...

wah...ko tulih n3 ni dr mana dal..johor ke bangi?

kucingorengemok said...

alamak, kena curik? kesiannya!

Ms.Lilies said...

udah balik yek...
hati mesti sgt gumbira :D

kak cahaya said...

hmmm berbunga hatiku mendapat spesifik dedikasi pada waktu 1715 itu..hehe...
haaa? handbag kene curi..handbag yang ko kata beso dna ko nak isi banyak barang tu ke?...biasanya orang balik msia akan pakai the best handbag yang ada..itu yang d best ke?..alamak sayang ler camni..barang2 camne?...alahai lambat la plak nak tunggu kisah seterusnya...sama gelisahnya cam aku tunggu nurkasih setiap minggu...
pape pon slamat mengemukkan badan dibulan ramadhan ini..kerana sah2 hari2 ko order kat baazar ramadhan...

ujam said...

welkam back dal......

Neny said...

aku x perasan ko dah hapdet rupanya blog. Ni gara2 aku tukar skin, langsung blog ko tidak dihapdet seperti biasa.

Oh, selamat memulakan fasa baru kehidupan. Ko dah ada rumah belum kat bangi tu?

eyda said...

Wah berbagai onak ranjau kaedahnye nak balik Mesia yek..tapi alhamdulillah la dah selamat sampai...Selamat Berpuasa dan Selamat Menyerbu Pasar Ramadhan...hehe

MK said...

welkam home kakak!!! bila bisa ketemu kami geng2 diarikurus m'sia branch?

ZZ said...

1900-1945 - rugi aku takde kat situ.. teringin nak tengok camne diaorg tunjukkan emosi masing2..

-dal- said...

Atie --> aku berkarya dari ofis pejabat dekan secara curi2

KOG --> memang, entah siapa la si pencuri durjana

Ms. Lilies --> gumbira tak terhingga.

Kak Yati --> njasib baik aku bawak henbeg carboot jer. Kurang sket rasa kecewa

Mazu --> TQ, nanti kalau pegi KL tepon aku.

Eyda ---> sangat, tokeh pasdar ramadhan kat sini dah naik jemu tengok muka aku

Nen --> aku skang dok menyewa kat Fasa 4

MK --> nanti kita bguat gathering sempena hari raya. Tapi menu makan biskut kering jer sebab semua org diwajibkan diet

ZZ --> diorang tu ala2 mengawal perasaan semua. Tapi muka semua sedih semacam jer. Nanti aku upload gambar