"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday 17 June 2008

Becky Bloomwood yang sengal.....

Shopaholic sequel yg menceriakan hari-hariku...

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket

Friday 13 June 2008

Terima Kasih yang amat

Hari ni Delegasi dari UKM datang melawat Nottingham University sebab ada meeting regarding to research collaboration between the university.

So terlanjur ber ‘meeting’ mereka pun berhajat nak berjumpa dgn staff UKM yg further study kat Notts. Salah sorang nya tentulah aku

Dari pagi lagi perut aku dah kecut, macam-macam perasaan ada … berdebar-debar, takut sedih sampai nak nangis pun ada. Yelah, tahun ni kan dah masuk tahun kelima aku buat PhD. Aku takut jer kena hentam dengan Dekan dan staff unit latihan. Segala macam doalah aku baca sebelum bertolak dari rumah.


Aku sampai kat bilik A13(Trent Building) dalam pukull 11.00 pagi. Kami diminta berjumpa dengan wakil Unit Latihan dulu iaitu Puan Normah Adam (Penolong Pendaftar). It turns out Puan Normah Adam ni punyalah baik dan tersangatlah memahami masalah yg kami hadapi. Siap puji baju aku cantik lagik..hihihihih.

Dah lepas hampir sejam baru kami pun dibenarkan jumpa dengan wakil Fakulti masing. So wakil FST adalah Dekan Prof. Aminah dan Timbalan Dekan Prof. Musa. Prof. Musa ni dulu supervisor aku masa buat Master. Prof. Aminah pulak tak pernah ajar aku.. tapi masa aku dah kerja kat UKM dulu aku selalu jugak borak-borak ngan dia.

Photobucket
Inilah Prof. Aminah yg baik hati

Photobucket

Ini pulak Prof. Musa yg banyak berbudi

Jumpa-jumpa aku jer.. Prof. Aminah terus peluk aku sambil menangis .. yelah dah 4 tahun lebih tak jumpa kan. Aku yg dari muka pucat2 terus tergamam lantas menangis hihiih. Tak sangka rupanya diorang tak marah ngan aku. Siap tak kasi aku explain lagi kenapa aku extend sebab diorang kata diorang faham. Sangat terharu hoccay!


Rasa nak menagis bila diorang tanya aku cukup makan pakai ke tidak .. terasa diri aku yg tak berapa pandai ni dihargai. Lepas tu biasalah sessi memberi kata semangat dan doa untuk aku. Sangat sentimental.

Sebagai penutup kepada entry aku ni.. Aku nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada Prof. Aminah, Prof. Musa dan juga Pn. Normah Adam sebab sangat memahami situasi aku dan juga sangat2 mengambil berat. Tak terbalas budi tu rasanya.

Ermmm.. sekarang ni aku tengah terfikir2 apa nak belikan diorang sebagai sourvenir masa balik Malaysia nanti. Itu jerlah yg aku mampu.




Wednesday 11 June 2008

Makan Bola, Minum Bola, Tidur Bola...

Photobucket


EURO 2008 dah mula dah hari Sabtu yg lepas. Hari hari ada match..huhuuhh. Yang bestnya kat UK ni buleh tengok bola live tanpa perlu bangun pagi-pagi buta macam kat Malaysia.

Hakikatnya aku ngan Midon adalah penyokong tegar team England.
Sangat patriotik hoccay!!!
Tapi memandang tahun ni England tak dapat masuk final round terpaksalah aku sokong team lain.

So, fauvorite team aku pada tahun ni jatuh kepada

Photobucket
PORTUGAL!!!!!

dan

Photobucket
GERMAN!!!

Saturday 7 June 2008

Good Luck Malaysian....

Harga minyak naik lagik... tak lama lagi mesti harga beras, tepung, gula, ayam pun naik jua.

So, pandai-pandailah korang UBAH GAYA HIDUP bak kata Pak Lah...

contohnya cuba try test makan ubi kayu hari-hari, minum air kosong, malam pakai lilin, pastu pegi kerja pakai kain batik ngan baju t-shirt MSSD (ala yg biasa dapat free kalau ada sukan tu)... pasti sumer org buleh survive.

Nasib baik aku tak jual lagi keter Kancil aku. Nanti balik Malaysia aku pakai Kancil jer lah nampaknya. JFU 969..wait for me.