Hari ni Delegasi dari UKM datang melawat Nottingham University sebab ada meeting regarding to research collaboration between the university.
So terlanjur ber ‘meeting’ mereka pun berhajat nak berjumpa dgn staff UKM yg further study kat Notts. Salah sorang nya tentulah aku
Dari pagi lagi perut aku dah kecut, macam-macam perasaan ada … berdebar-debar, takut sedih sampai nak nangis pun ada. Yelah, tahun ni kan dah masuk tahun kelima aku buat PhD. Aku takut jer kena hentam dengan Dekan dan staff unit latihan. Segala macam doalah aku baca sebelum bertolak dari rumah.
Aku sampai kat bilik A13(Trent Building) dalam pukull 11.00 pagi. Kami diminta berjumpa dengan wakil Unit Latihan dulu iaitu Puan Normah Adam (Penolong Pendaftar). It turns out Puan Normah Adam ni punyalah baik dan tersangatlah memahami masalah yg kami hadapi. Siap puji baju aku cantik lagik..hihihihih.
Dah lepas hampir sejam baru kami pun dibenarkan jumpa dengan wakil Fakulti masing. So wakil FST adalah Dekan Prof. Aminah dan Timbalan Dekan Prof. Musa. Prof. Musa ni dulu supervisor aku masa buat Master. Prof. Aminah pulak tak pernah ajar aku.. tapi masa aku dah kerja kat UKM dulu aku selalu jugak borak-borak ngan dia.
Inilah Prof. Aminah yg baik hati

Ini pulak Prof. Musa yg banyak berbudi
Jumpa-jumpa aku jer.. Prof. Aminah terus peluk aku sambil menangis .. yelah dah 4 tahun lebih tak jumpa kan. Aku yg dari muka pucat2 terus tergamam lantas menangis hihiih. Tak sangka rupanya diorang tak marah ngan aku. Siap tak kasi aku explain lagi kenapa aku extend sebab diorang kata diorang faham. Sangat terharu hoccay!
Rasa nak menagis bila diorang tanya aku cukup makan pakai ke tidak .. terasa diri aku yg tak berapa pandai ni dihargai. Lepas tu biasalah sessi memberi kata semangat dan doa untuk aku. Sangat sentimental.
Sebagai penutup kepada entry aku ni.. Aku nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada Prof. Aminah, Prof. Musa dan juga Pn. Normah Adam sebab sangat memahami situasi aku dan juga sangat2 mengambil berat. Tak terbalas budi tu rasanya.
Ermmm.. sekarang ni aku tengah terfikir2 apa nak belikan diorang sebagai sourvenir masa balik Malaysia nanti. Itu jerlah yg aku mampu.