"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Thursday, 22 July 2010

Laksa Sarawak




Tadi, masa lunch hour aku pi makan kat Secret Recipe sebab mengidam nak makan laksa sarawak. Tapi... output yg aku perolehi dari usaha keras aku keluar di kala waktu panas terik adalah sedikit mengecewakan.

Ingin aku nyataan di sini yg bahawasanya Laksa Sarawak Secret Recipe adalah tak berapa nak best. Aku pernah makan what so called the original laksa sarawak kat rumah kawan aku masa awal tahun hari tu. Sedap gilak OK. Kawan aku tu mmg orang sarawak la. Aku pi rumah dia pun sbb nk tempah kek lapis sarawak. Tapi susah nk cari kedai jual laksa sarawak ni melainkan kat Sarawak agaknya. Banyak sangat kurang dari segi rasa. Pastu dahla pakai rencah ayam, rencah udangnya ala2 tenggelam timbul je. Taugehnya letak sket sangat, kecewa aku. Kesimpulannya, aku dan Zaiton secara terang-terangan telah memangkah laksa sarawak Secret Recipe.

Pastu harganya agak overpriced jugaa. Untuk semangkuk laksa yg tak berapa best boleh la plak diorang charge RM 16.80. Tu tak termasuk tax lagi tu. Tapi bab harga tu aku tak de la marah sangat. Da nama makan kat Secret Recipe, mestila harganya mahal sket. Kalau nak murah makan la dekar Restoran Azura, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi... seriously harga diorang memang murah. Restoran Azura ni sebenarnya restoran kegemaran Midon yang merupakan insan penyayang terhadap syiling dan note RM. hehehehe. Namun aku suka sikap penyayang itu, sebab aku boleh menghabiskan duit gaji di sekitar 15 hb setiap bulan tanpa rasa takut sebab aku yakin Midon pasti akan ada back-up money . I luv u hubby.


Nota kaki untuk para pembaca:

1. Review laksa sarawak dia atas hanyalah dari pandangan peribadi aku. Kalau korang teringin pergi je lah, jgn terpengaruh sangat dengan kata2 kessat aku terhadap pihak pengurusan SR.


2. Sekiranya korang sesak poket di hujung bulan akibat membeli handbag 'jurulatih' semasa dapat gaji di awal bulan. Pergilah ke Restoran Azura. InsyaAllah perut anda akan kenyang walaupun hanya membelanjakan RM2.50.

Friday, 16 July 2010

Ketagihan KFC


Sejak aku pregnant... entah kenapa aku suka sangat makan KFC. Kalau boleh nak makan tiap-tiap hari. Tetapi setelah mendengar ceramah ' Pembaziran itu Amalan Syaitan' daripada Midon dengan berat hati aku turunkan kekerapan makan KFC kepada 2 kali seminggu.

Perlukah aku menamakan anak aku ZAITON SANDERS HAMIDON (bukan nama sebenar) sempena memperingati jasa Colonel Sanders yg mencipta KFC recipe.

OK lah korang.. aku nak pi Kompleks PKNS sat. Nak beli KFC .

Wednesday, 14 July 2010

I miss my blogging day

wah... aku check check dah lebih 3 bulan tak update blog. Patutla aku rasa hidup macam kurangg je. Macam masakan tanpa ajinomoto chewahhh.

Sebenarnya nak aku kata aku ni busy sangat tidak le juga. Macam biasa la kerja banyak. Tapi tak de la sampai tak de masa lansung. Yg aku perasan masa terluang aku byk diisi dengan aktiviti tidur yg berkualiti. Pantang nampak katil lansung ngantuk.

So, sedari dari hari ni aku berikrar untuk kembali aktif berblogging. Kalau tak hari hari pun 2-3 hari satu entry pun jadila.

Wednesday, 7 April 2010

ABPBH 09

Minggu ke-10 dan ke-11 ni memang betul2 challenging. Super duper mabuk punya. Kalau boleh aku nak mandi ngan minyak cap kapak.

Nasib baik lecture week dah habis. Legaaaaa. Tak de la aku terkejar kejar nak buat lecture notes.

Sekarang ni UKM tengah study leave week. Sementara para student aku busy study, aku kat opis busy buat ulangkaji gossip.


So, aktiviti seni yang terlatest yg baru berakhir adalah Anugerah Bintang Popular 2009. Dato' Siti Nurhaliza telah berjaya menggondol gelaran Bintang Paling Popular 2009. Tahniah Tok Ti. Seperti biasa ramai la yg dengki kan. Ada yg kata konspirasi lah.. itulah..inilah.

Aku ni bukanlah peminat tegar Siti... Kalau ikut aku, aku nak Aizat yang menang. Tapi bila pikir2 balik, Siti memang layak pun. Lagipun Siti memang banyak peminat fanatik yg sanggup SMS untuk beliau. Dah rejeki gituuu.

Overall ABP 2009 ni, OK OK jer. Majlis banyak di cacatkan oleh persembahan artis jemputan yang nyanyi tak semenggah especially bebudak AF yg nyanyi segmen tributre utk KRU. Hazabb .... Aku siap pi goreng nugget lagi masa diorang nyanyi.

Majlis banyak diselamatkan oleh 2 pengacara yg beshhh iaitu Kak Engku & Syarifah Shahirah. Kelakar gila. Sweet and selamba.TV3/ ABP tolong beri perhatian. Tahun depan sila gandingkan mereka berdua lagi. No more ahkak ogy ok.

Tapi seperti biasa jugak le ... ada yg tak puas hati. Cakap pengacara tak stended la, buat lawak over la, tak bersopan santun. tak macam orang putih dalam grammy awards la itu la ini la. Sebenarnya kalau ditengok dalam grammy awards tu pengacara buat lawak sengal jugak. Cuma mungkin cara penyampaian lawak berbeza mengikut kepompong bangsa. .. and for those yang nak tengok pengacara yang berbudi bahasa pulak, len kali jangan tengok ABP. Pi la tengok Forum Perdana ...

Wednesday, 24 March 2010

Sahabat Sejati : UNIC

Nasyid ini ditujukan khas untuk rakan karib aku yg baru

Wednesday, 17 March 2010

good news

Sebenarnya, kalau ikutkan, aku nak tunggu lagi 2-3 minggu baru nak announce. Tapi, memandangkan aku ni berlakikan insan yang bernama MIDON, makanya, tak sampai 24 jam, berita aku disahkan pregnant telah tersebar ke seantero dunia. Tapi tak pelah, aku malas nak hangin ngan laki aku yg sentiasa over excited ittewww.


so..... Alhamdulillah. Setelah hampir 6 tahun berkahwin akhirnya dah sampai rezeki kami untuk menimang cahaya mata.

Apa perasaan aku????

First impression ---> blur

2nd impression ----> gembira sebab tak payah belikan belikan hadiah birthday midon + wedding annivessary. Mengandung ni kira hadiah la tu. OK... aku memang keji.

3rd impression -----> blur semula

4th impression -----> mula berfikiran negatif

1. Alamak!!! tak laratnya nk melalui fasa morning sickness
2. Alamak!!!! lepas ni mesti tak boleh tidur lena
3. Alamak!!!! lepas ni mesti makan tak puas
4. Alamak!!! mesti lepas ni tak boleh ternganga nganga concentrate tengok movie. Sekejap2 mesti dengar bunyi baby nangis
5. Alamak!!!! mesti sessi gossip aku akan terganggu. Just imagine tengah naik syeh bergossip tetiba anak ajak pegi toilet. Anti klimaks betul

Opppsss... jgn silap sangka, bukan aku tak bersyukur. Cuma dah lama sgt hidup berdua. Dah get used bak kata omputih. This is a new phase in my life. I really need a time to digest everything.


and finally....

5th impression

I'am truly happy. Alhamdulillah.

1. suka sebab sesungguhnya aku di beri peluang untuk naik ke satu peringkat lagi dalam hidup aku iaitu menjadi seorang ibu.
2. Suka sebab boleh kumpul lagi byk pahala. Banyak wooo pahala jadi ibu. (keji lagi sket, macam tak ikhlas)
3. Suka sebab dapat mengandungkan zuriat kami, darah daging sendiri
4. Suka sebab boleh bukak Quinny Buzz
5. Suka sebab boleh bukak kotak baju baby, toys, bla bla bla... hasil peng 'car boot 'an sepanjang kat UK
6. speechlesss.....

Doakan aku sihat dan baby sihat yer kawan2. Selamat sehingga melahirkan. Cukup sempurna sifatnya dan comel lagi bijaksana.

owhh.. lupa nak bagitau. Umur kandungan baru masuk 6 minggu. Belum stabil lagi. Sekarang ni masih fasa berhati hati.




Thursday, 4 March 2010

Suratan atau kebetulan

sejak aku balik dari umrah ni... tak pernah sekali pun aku berjaya utk acces ke FORUM CARI. Tak de internet la, page cannot display la. Adakah forum CARI dah tukar website address nyer. Sesapa ada info tolong habaq kat aku yer. Sangat la yer ketinggalan tentang gossip artis terkini



Aku mula rasakan yg doa aku di Masjidil Haram termakbul. (antara doa aku adalah supaya jgn dibiarkan hati aku ni terpesona dengan benda benda yg lagha)

Haruskah aku bersyukur atau rasa kesal??? Setelah berfikir panjang lansung jer aku ucap Alhamdulillah.

Tapi sejam sekali mesti ada attempt nak acces Forum CARI... adakah kerjaya aku sebagai penggiat gossip tnah air akan berkubur. Kita tunguuuu.