
Seperti biasa, kalau aktiviti yg berkaitan dgn artis lansung jer aku akan terkinja kinja nak sertai. Maka, pagi2 buta hari ahad tu kitorang dah bergerak pi Stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan Acara Penutup Karnival Jom Heboh 2009...dengan harapan akan kena interview dengan krew MELODI hehehe. Kalau datang lambat tak dapat parking OK

Sayup sayup di belakang aku tu adalah pelakon
Dafi Spa Q. Yg lagi satu tu adalah pelakon tak terkenal sebab aku tak tau nama dia. Oleh kerana aku datang pagi makanya artis yg ada cumalah artis yg suam2 kuku sahaja. Kalau nak best kena datang petang. Tapi malangnya petang tu aku ada urusan yg lebih penting iaitu urusan akhirat.

Kat booth Hot FM.. jumpa Leya. Sangatla yer gaya posing semua adalah sama. Aku ketandusan idea cemana nk posing.

Ni kat salah satu booth TV3. Mamat baju merah tu adalah budak yg berlakon jadi anak mak cik Merry kat cerita
Cinderella... Faizul ke apa ntah namanya dalam cerita tu. Minah pakai cermin mata tu.. yg jadi Dr. Zulaikha dalam cerita
Legasi 43 Karat. Pompuan yg duduk atas kerusi tu, yg jadi makwe Aliff dalam cerita
Dendam. Iyer... sememangnya pengetahuan aku tentang drama Melayu sangat menakjubkan. Owhh...Neo
Tari Tirana pun ada. Sgt la tak boleh pergi dekat sebab beliau telah dihurungi oleh gadis remaja. Memandang aku dah tak remaja aku mengundur diri saja.

One Nation Emcee tengah perform lagu Raja Gelek.. wah minah lead singer tu bukan main lagi sakan menggerudi.
By the time pukul satu kitorang dah bertolak balik. Masa ni dah mula dah dapat tengok orang bergaduh berebut parking. Media Prima sila perhatian yer supaya perkara ni tak berulang lagi. Kalau ikut hati nak jer aku tunggu konsert, sebab ada Dato' CT & Jac Victor namun dalam setiap perbuatan kita perlu beristiqamah....hehehhe. Maka dengan berat hatinya aku melangkah pergi.
Sekian laporan hiburan minggu ini