"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Tuesday, 10 February 2009

Trip to Amsterdam 1: P & O Ferries

Photobucket


Idea nak pegi Amsterdam ni tercetus dalam 2 minggu yg lepas. Masa tu aku ngan ZZ (kakak sebelah rumah) mengalami tekanan mental yg maksimum dengan kerja2 PhD kami. So aku saje-saje serve website P & O ferries. Wah tengok2 ada offer. Harusla tergedik2 aku nak pergikan. Setelah calling2 a few people, family aku, ZZ ngan Kak Fida setuju nak pergi. So kitorang decide bertolak 7/2/09 dan balik 9/2/09. Ada masa lebih kurang seminggu untuk buat tentative, bincang pasal makan, booking tiket etc.

So for those yg mungkin berminat, harga cruise pakej ni 84GBP(2 adults) for return trip ( Hull Port - Rotterdam Port) + cabin for 2 nights + transfer coach from Rotterdam Port - Amsterdam City - Rotterdam Port)

Petang Sabtu (7/2) pukul 2.00 pm masa tempatan bertolak lah kami 3 keluarga dari Nottingham ke Hull. Konon- konon nak singgah The Deep Aquarium sebab nak tengok Jaws, tapi pusing punya pusing tak jumpa2. Last2 kitorang singgah TJ Hughes pi shopping Tefal.

Dalam pukul 6.30 pm kitorang sampai ke Hull Port untuk check in. Pastu dalam pukul 7.3o pm dah dapat masuk cabin. Apalagi feeling feeling Titanic le. Pada aku dengan harga pakej cabin tu boleh dicategorykan sebagai selesa la. Pastu ada ensuite bathroom. Tuala, bed linen, toilettries semua ada. Buleh makan makan bekal dalam cabin (penjimatan berganda di situ sebab tak payah makan kat restoran yg mahal).Memang aku recommend la untuk orang2 yg nak budget price. Cuma yg tak bestnya P & O tak provide kettle & cofee/tea. Nasib baik aku bawa kettle sendiri.

Photobucket

Photobucket

Ini plak itenerary yg aku copy paste dari P & O website. Yg bestnya kita buleh tinggal beg dalam cabin masa jalan2 kat Amsterdam. So bulehla berlenggang dengan lebih bergaya.

Amsterdam minicruise itinerary

Day 1

15:00 - 19:30: Check in at passenger terminal in Hull
21:00: Ship departs Hull for overnight cruise to Rotterdam (Europoort)

Day 2

08:00: Arrive Europoort
08:30: Coach departs terminal in Europoort
10:30: Arrive at Amsterdam city centre and explore the cosmopolitan city at your leisure
17:00: Coach departs Amsterdam city centre for Europoort
18:45: Arrive at Europoort
21:00: Ship departs Rotterdam for another entertainment-filled overnight cruise back to Hull

Day 3

08:00: Arrive at Hull
Terasa macam duta P & O ferries plak aku harini. Next entry aku akan cerita pasal trip aku ke Zaanse Schan & Amsterdam City

Hello

Photobucket

Dah lama gila aku tak menulis blog. Actually there is a few reason but I think it doesn't matter anymore. Well from now on aku akan update blog aku ni. Tapi tak de la kerap sgt kot sebab kerja yg menanti adalah bertimbun.


Mula-mula tu aku ingat taknak teruskan karier berblogging ni pastu nak deleted ajer blog aku. Tapi dari hari ke hari macam ada satu perasaan bak kata omputih 'urge to writes'. Gitula kekdahnya. So last week dengan bersusah payahnya aku buat makeover kat blog aku ni. Finally berjaya juga aku guna template yg cun sket. TAPI still aku tak pandai nak save semua link/function kat previous template eventhough aku dah ikut dah instruction. So, Atie atau sesapa sahaja yg sudi tolong bagi lecture sikit kat aku camane nak buat perkara tersebut.

see you all in the next entry

Thursday, 4 December 2008

Udang masak lemak tempoyak

Photobucket

Walaupun kami ni dok jauh beribu batu dari Malaysia, namun tempoyak tetap di hati.

Minggu lepas masa nak clearkan fridge aku jumpa le tempoyak ni. Adala dlm 2-3 sudu last kopek punya. Selongkar freezer plak, jumpa udang dalam 12 ekor. Sepantas kilat aku dah tau nak masak apa hari tu. Senang, sedap dan mudah.

Bahan-Bahan
Bawang besar - 1/4 biji
Cili api - ikut suka korang le nak letak 50 biji sekalipun
Serai -1 batang ditik
Kunyit - 1/2 sudu kecil
Asam keping - 1 keping
Tempoyak - 3 sudu
Santan - 1/4 cawan
Air - 1 cawan

Cara memasak
1. Blendkan bawang + kunyit + cili dengan air
2. Masukkan dalam periuk. Kemudian campakkan serai dan asam keping. Masak hingga mendidih
3. Masukkan tempoyak.
4. Masukkan udang
5. Tambahkan santan
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
7. Tutup api bila udang dah masak

Dah siap pun. senang kan buatnya. Boleh masak sambil tengok Sutera Maya lagi.


Wednesday, 3 December 2008

perlu ker aku cerita????

Perlu ke aku cerita pasal trip aku pi Frankfurt 2 minggu yg lepas.?Dah berlapuk pun dah. Sejak balik hari tu aku adalah sedikit busy + malas pun ye jugak. OK lah.. aku cerita la sedikit sebanyak buat syarat.

Aku ni bukan fancy sgt bab berjalan2 nih. Sebab tu la tak excited nak bercerita. Tapi trip kali ni aku bagi 4/5 bintang. Sebabnya, gumbira dapat bergossip ngan Nenny + rumah Nenny yg panas + bilik air Nenny yang best macam hotel. Kiranya dari segi accomodation adalah tip top. Tapi dari segi tahap kesejukan.. huhuuhhuuu, rasa nak beku paru-paru aku. Punyalah sejuk. Rasanya kalau orang potong tangan aku pun aku tak rasa sebab ianya telah mengalami proses penyejukbekuan maksima.

Photobucket

Dari segi city plak... to be honest pada aku semua city kat europe ni lebih kurang sama jer. Kira-kiranya kalau ko dah pegi satu city, tak payah pegi city2 lain pun tak per (warning: jgn percaya sangat cakap2 aku ni sebab aku memang orang yang mals nak berjalan). Tapi overall nya aku tengok Frankfurt city ni adalah sedikit moden berbanding dgn London, lebih best dari Dublin dan kurang best dari Paris. Tempat2 lain jangan tanya sebab aku tak pernah pergi dan tak merancang pun nak pergi.

Apa-apahal pun, thanks to Nenny & Mat Ju yang sudi melayan kami sepanjang trip kami kat sana. Kalau korang nak pi UK jgn buat2 lupa lak singgah rumah aku. Thanks juga kepada Liza, Razif dan juga mamat camera man (aku tak ingat nama dia sapa) yg tolong bawa kami berjalan2 ke Frankfurt city. Tidak ketinggalan juga setinggi tinggi penghargaan kepada pilot RyanAir yg telah membawa kapal terbang dengan jayanya. Terima kasih juga kepada korang semua yg bac a entry aku yg ntah apa-apa ni.

Tuesday, 18 November 2008

Aku nak pegi Frankfurt


Photobucket

Dah beberapa hari dah tak update blog. Nampaknya tak tercapai hasrat aku nak jadi blogger tegar. Aku sekarang ni tengah busy kuasa dua ye kawan-kawan. Sebabnya weekend ni nak pegi Frankfurt. Perginya tak lama, 3 hari jer. Hari Jumaat pagi bertolak, Ahad petang dah balik semula. Tapi perasaan adalah berbunga-bunga sebab dapat naik kapal terbang. Yer.. aku tau ada sedikit jakun di situ. Tapiiii... ada aku kisah

So, sekarang ni tgh belajar dengan bersungguh-sungguh untuk cover masa pegi holiday. Ini bukanlah sebab aku rajin sangat belajar masa weekend (tapi adala on komputer buat syarat, selak-selak journal sket). Tapi aku takut aku akan demam dengan teruknya lepas balik Frankfurt. Memang begitulah tahap kesihatan aku. Tak bleh jalan jauh sket, pastu mesti ala-ala nak demam seminggu. Tak best kan jadi aku ni.

Untuk saper yg kenal Nenny, tujuan sebenar aku pi Frankfurt ni adalah sebab untuk melawat beliau. Kebetulan plak husband dia schoolmate laki aku. So.. mission kali ini adalah berkonsepkan serampang tiga mata iaitu

1) reunion aku dan nenny
2) reunion midon dan mat ju
3) jalan-jalan frankfurt

OK lah korang .. doakan aku selamat pergi dan balik. Berjumpa lagi di minggu hadapan. Kita sudahi bacaan kita dengan tasbih kifarah dah Surah Wal'as (betul ke aku eja ni)

Wednesday, 12 November 2008

Sizzling mee

wah.. sgt blogger tegar aku ni sekarang. Tiap-tiap hari update blog. Sebenarnya tak de apa yg menarik pun nak cerita. So, aku kongsi resepi sizzling mee yg baru saja dilahap oleh kami berdua sebentar tadi.

Photobucket
Bahan- bahan:
  • 2-3 sanggul mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Tambahkan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Dalam periuk lain celurkan mee. Toskan dan gaulkan dengan minyak dan kicap.
9. Lepas tu dalam campurkan kuah dan mee dalam sizzling plate. Pecahkan telur sebiji dan masak di atas stove

Photobucket

Ini adalah gambar mee yg sdg dimasak diatas stove. Mengelegak gitu. oleh kerana tahap kemalasan aku adalah maksimum.. aku malas nak gaul mee ngan kicap. So, warnanya plain jer.. tak berapa menariks


Tuesday, 11 November 2008

Selamat tinggal beg

hari ini pada tanggal 11 November 2008 aku dengan paksa relanya terpaksa membuang beg ini.

Photobucket

Kisah aku dan beg ini bermula 5 tahun lepas. Seminggu selepas aku sampai ke UK aku telah membeli beg ini di Argos ( masa tu aku sangat obses ngan Argos). Harganya tidak le mahal. Dalam 8 pound rasanya.

Maka bermulalah episod hidupku dengan beg ini. Hari2 pergi school bersama. Jadi teman menangis aku kalau reaction tak jadi, jadi teman gembira juga bila reaction berjaya. Actually beg tu dah ada koyak2 sket. 2 tahun lepas aku ada beli beg baru utk bawak pegi school. Tapi berat sgt hati aku nak pakai beg baru. Dalam hati aku biarlah beg buruk aku tu sama2 menyaksikan kejayaan... sgt sentimental ye aku ni. So, aku terus pakai beg tu sehingglah semalam. TAPI... malam tadi si IKI kucing durjana telah mengencing di atas beg aku. geram betul aku. Rasa nak potong jer ekor dia.

Photobucket
inilah aksi bengis yang tertuduh

Aku try rendam + basuh beg tu. Tapi seperti sedia maklum, bau kencing kucing memang susah nak hilang. So, setelah melalui beberapa proses penaakulan mantik... aku pun ambik keputusan nekad membuang beg ini.

Kepada beg... selamat berpisah. InsyaAllah kalau aku berjaya satu hari nanti, jasamu tetap akan ku kenang.