"terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu"

Sunday, 6 April 2008

AF rock kapak konsert

Lately tak de benda best yg berlaku kat sekeliling aku.. so lagi sekali aku akan menulis pasal AF. Sesapa yg rasa muak tu, sila abaikan n3 aku ni.

Aku rasa orang2 yg lahir late 70’s dan awal 80’s akan meniti zaman keremajaan dgn lagu-lagu rock kapak (wow.. ayat). Lagu2 ni mmg dah sebati dgn jiwa aku. Lirik tu mmg dh terlekat kat otak… aku rasa tak der genre lagu lain yg boleh mengujakan aku untuk ikut menyanyi dgn bersungguh2 dan penuh perasaan..hihihi.

Photobucket

Semalam AF6 yg ke-3 buat konsert yg bertemakan rock kapak. Berdebar jugak aku.. adakan kehangatan konsert seperti Anugerah Juara Lagu 1987-1990 akan berulang kembali. Tapi kalau based on diary aku agak macam tak rock sangat jer. Daripada observation aku bebudak ni semua tak dapat menjiwai character rockers yg berwibawa.. Yelah kebanyakannya pun lahir tahun 1985 ke atas. Pastinya mereka membesar dengan lagu RINDU SERINDU-RINDUNYA – SPOON ataupun MERAUNG – NEW BOYZ (eeeewwww). So, aku pun tak bleh salahkan diorang 100%... sebab soul rockers tu mmg tak wujud dalam diri diorang. Ku Tak Marah bak kata Arrow.

Setelah menonton konsert malam tadi, Ramalanku Benar Belaka(Umbrella). Tak best.. hambar.. hancur .. zero bak kata ahkak Ogy.

Untuk mengubat kekecewaan aku malam ni aku buat kerja sambil melayan lagu-lagu rock kapak sambil menyanyi dgn penuh perasaan. Mesti neighbour aku ingat aku ni tgh buang tebiat..hihihhi. Lantakla kaulah En. Neighbour nak panggil aku apa pun. JANJI ROCKKK!!!!


Sekian entry aku kali ni yg ala-ala wartawan Zubir.

Wednesday, 2 April 2008

It's Rock Kapak week..yeyehh!!!

Lagu tugasan minggu ini

Summer of 69 (Bryan Adams) - NUBHAN
Keunggulan Cinta ( BPR) - RIZ
Sentuhan Kecundang ( Ekamatra) - FAISAL
Patahnya Sayap Malam ( Massa ) - STANLEY
Kamelia ( Sweet Charity ) - ALIFF
Opera Hidup ( Wings ) - NAIM
C.I.N.T.A. ( XPDC ) - TOI


Enter Sandman ( Metallica ) - RINA
Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) - NADIA
Tika Dan Saat Ini ( Medicine) - LUFYA
Sepi Sekuntum Mawar Merah ( Ella) - SAIDA
Pelesit Kota ( Search ) - STACY


Wednesday, 26 March 2008

Resepi Cendol

Resepi ni untuk Nurul dan sesapa yg lain yg nak mencuba. Tapi kalau kat Malaysia..beli jerla.

Original resepi aku amik dari internet. Buat comparison 2-3 resepi. Pas tu aku improvise sesuka hati aku. Apparatus nak buat cendul plak, midon yg buatkan untuk aku guna plastik container yg dilubang-lubangkan. Buleh pakai senduk yg lubang2 jugak..tapi susah sket nak cari yg saiz lubangnya ideal.

Photobucket
gambar pinjam dari
http://masak-masak.blogspot.com/2006/05/cendol-ss15-subang-jaya.html

Bahan-bahan

Tepung Beras - 1 cawan
Tepung pulut - 1 sudu besar
Air - 3 cawan
Air Kapur - 2 sudu kecil
Daun Pandan -5-6 helai
Pewarna Hijau - 1 sudu kecil
Santan - 1-2 liter
Dark Brown Sugar/ Gula Melaka

Cara

1. Blend air + daun pandan. Tapis(ambik air jer)
2. Campur tepung beras + tepung pulut + air pandan+ air kapur+pewarna. Kacau sentiasa. Masak sampai kental.
3. Masuk adunan dalam dalam acuan berlubang.
4.Tekan supaya keluar berjurai dan jatuhkan kedalam air sejuk.
4. Rebus santan ngan pandan. Tambah ngan air untuk adjust kepekatan
5. Rebus air gula ngan pandan. Tambah ngan air untuk adjust kepekatan
6. Campur cendol + santan + air gula. Buleh makan ngan pulut & kacang merah

Tuesday, 25 March 2008

Happy Birthday Hubby

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments


Today hubby turns 30… happy birthday to you. Semoga diteguhkan iman dan dipanjangkan umur.. dan semoga semua pengorbanan hubby dibalas dengan rezeki yg melimpah ruah dikemudian hari. InsyaAllah.

Tak de hadiah dari aku tahun ni. .. takder duit isk..isk..isk. Maklumlah dah dekat setahun tak dapat elaun. Hidup kat sini pun Midon yg tanggung. Kesian aku.. Tapi takpe.. Midon kata kalau aku lulus PhD itu kira hadiah paling besar untuk dia.. sepanjang hayat tak payah bagi hadiah pun tak per katanya…

So.. its makan2 time. Menu hari ni Chicken Fillet Rosemary Grill + gravy, grill mushroom+ radish + capsicum + broccoli and jacket potato. Kek plak.. birthday boy (boy??? eewww..man la) mintak lemon cheesecake.. so lemon cheesecake it is.

Hari ni buat pertama kalinya aku buat cendol. Sungguh bangga hati ini..hihihihi. Rasanya bolehla… kira sedapla untuk org yang dah 4 tahun tak minum cendol macam aku dan Midon.

Tapi tak der gambar la plak untuk party makan2 aku ni.. kamera kena pinjam member yg pi tour Europe. Nak pakai kamera henpon macam tak professional la plak… lagipun henpon aku tu ala2 ketinggalan jaman.

Monday, 24 March 2008

Easter Break

Kat sini tgh Easter Break.. satu Nottingham senyap sunyi. Semua org Melayu pegi jenjalan agaknya. Aku macam biasa lagi ske duduk rumah layan TV.. layan Desperate Housewives...

Pastu layan AF 6...

Comment aku pasal AF... biasalah dah masuk musim ke-6 pun..makin suam2 kuku. Fav contestant aku musin ni.. si Nadia. Actually minah ni takder la best sgt pun. Lagi best Amylea ngan Idayu AF3. Tapi sebab yg lain lagi melampau tahap kenyal tak bestnya..jadilah si Nadia ni paling best. Ni lagu dendangan dia untuk konsert satu ... R.I.N.D.U (lagu asal Hetty Kos Endang)


Wednesday, 19 March 2008

layanzzzz

Hubby n the gang men'sumbang'kan suara... layanzzzz. Konon jamming ler hihihih


Thursday, 13 March 2008

TAG - 2

Wow..kena tag lagik.. kali ni aku jawab dgn cepat dn pantas

Kat mana selalu online???

1. Blog sendiri dan seterusnya ke link blog kawan2 aku. Biasanya aku baca sekali lalu jer dulu.. sebab nk cepat kan. Bila time aku free.. aku visit balik dan dropped a comment. Fav. blog aku semestinya blog Atie sebab dia yg paling rajin update.

2. Yahoomail….. check email from NMC, helwaNMC, freecycle, showcasecinema, hmv etc..etc..

3.
Hotmail … check email from kawan2 Malaysia, UKM, KPT dan segala yg berkaitan dengan Malaysia lah

4.
Friendster … tengok kalau2 ada orang upload gambar terbaru. Kawan2 aku pun suka bg message through frenster rather then email.. so layannn

5.
Utusan online.. aku ni patriotic orangnya. Walaupun jauh beribu batu, Malaysia tidak kulupakan

6.
Forum CARI.. fav. section aku semestinya GOSSIP dan MOVIES& TV… kenkadang masuk gak FAMILY DISCUSSION, HOBBIES & LIVING, FOOD & RECEPIES. Akhir2 ni selalu masuk LOCAL POLITICS..wow

7.
Hanielliza, MamaFami Fotopages, myResepi etc…etc.. utk dapatkan resepi.

8.
Torrent Malaya …. download cerita melayu

9.
Isohunt torrent … download cerita omputih dan segala mala benda

10.
website download lagu.. Jiwang.org, imeem..etc..etc

sekian... aku tak der sapa yg nak di TAG, apa kata aku TAG Atie balik hihih